30

372 20 0
                                    

Firuz memelukku dari belakang. Seawal 7 pagi dia dah bersiap untuk ke sekolah. Apa mimpi agaknya dia pagi ini? Bersemangat lain macam.

"Mak Su wangi nya pagi ni..."Firuz memujiku. Aku tersenyum sahaja. Beg tangan ku kemaskan ala kadar.

Aku juga tak sabar hendak ke kafe. Peristiwa indah semalam yang menukar status ku daripada single kepada teman wanita Izlan rupa-rupanya mengujakan hatiku.

Pintu rumah dan gril ku kunci.

"Pak Su.."suara Firuz menjerit. Aku menoleh ke belakang. Izlan sudah terpacak rupa-rupanya di hadapan pagar rumahku.

Aku tersenyum simpul sahaja menghampirinya. Malu semalam sebenarnya belum hilang lagi.

Pintu pagar dibuka. Laju Firuz meluru untuk memeluk Izlan.

Isyh..budak bertuah ni. Lebih sudu dari kuah pula dia. Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Nah.."Izlan menghulurkan sejambak mawar yang disorokkan daripada belakang kepadaku. Aku tergamam sesaat. Wajahnya pula selamba sahaja.

"Ala, Ayuz pun nak jugak.."Firuz merengek kuat.

Izlan mencuit hidung Ayuz. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya. Sebiji gula-gula disuakan kepada Firuz. Pandai pula dia siap-siap menyediakan sesuatu pada Firuz.

Akhirnya aku tergelak.

"Awak petik bunga dekat mana pagi-pagi ni? Petik bunga DBKL ye..?"aku mengusiknya.

Yalah,semalam dia balik hampir jam 11 malam. Pagi ini 8 pagi dia muncul semula dengan bunga sejambak. Kedai bunga mana yang buka seawal 8 pagi.

"Adalah....untuk orang special, mestilah ada special arrangement, tak gitu..?"katanya.

Tangannya masih lagi tersua-sua jambangan bunga padaku. Aku malu-malu mencapainya.

Aku tersenyum sahaja dan menghidu haruman daripada jambangan mawar merah dan kuning itu.

"Terima kasih awak.."

"Sama-sama sayang.."jawab Izlan dengan senyuman nakal di muka.

"Nina mana, Pak Su?"

Kami serentak menoleh ke arah Firuz. Lupa pula kami dengan kehadiran si kecil ini.

"Nina ikut mama dia pergi hospital lah Ayuz..Ayuz geng dengan Pak Su ajelah hari ini okay.."jawab Izlan.

Kembali matanya menatap wajahku. Aku membetulkan rambut di dahi.

"So?" tanyaku tiba-tiba. Ingin bertanyakan perancangannya hari ini. Adakah dia mahu menghantarku ke kafe atau sekadar singgah menghantar bunga.

Aku berharap hari ini kami dapat menghabiskan masa berdua. Aku belum dapat move on daripada rasa bahagia semalam. Apa perancangan yang patut dihabiskan hari ini?

Menonton wayang berduakah atau jalan-jalan cari makan?

"Saya ada hal di utara. Mungkin dua minggu lagi baru balik.."katanya ringkas.

Aku terdiam. Kata-kata itu seketika mematikan angan-anganku.

"Oh.."itu sahaja yang mampu keluar daripada bibirku.

Aku lupa aku sedang bercinta dengan seorang penjawat awam yang sibuk.

Aku patut tidak meletakkan harapan yang tinggi hendak bersantai selalu. Adakah aku sudah berfikir panjang sewaktu melamarnya semalam? Tiba-tiba rasa ragu-ragu mengusik hatiku.

"Kita breakfast sekali lepas hantar Ayuz ke sekolah ya. Ada benda saya nak bincang dengan awak.."katanya membuat keputusan. Pintu keretanya dibuka menjemput aku duduk di hadapan dan Ayuz di belakang.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now