11

653 27 0
                                    

Aku mengalihkan pandangan ke arah tasik. Tebal rasa mukaku menghadap mukanya.

Sungguh berani dia bergurau bab nikah kahwin denganku sedang perjumpaan kami tak mencecah sepuluh kali pun.

“Hanna, marah ke? Senyap aje..”tegur Izlan setelah menyedari aku tidak memberikan respond kepada gurauannya.

Aku menghela nafas.

“Awak ni kan, benda lain boleh buat gurau. Kenapa hal nikah nak dibawa gurau? Salahkah saya tanya awak ke mana minggu lepas? Kenapa sampai nak ajak nikah pulak?”kataku berterus-terang.

Habis menuturkan kata-kata itu aku berfikir sendiri. Adakah itu adalah gurauan yang biasa-biasa atau aku yang terlebih sensitif?

“Hanna, saya minta maaf..”pujuk Izlan. Aku membetulkan duduk dan memandangnya.

“Tak..saya teringat kata bos saya. Jadi polis ni banyak rahsianya. Tak semua boleh dikongsi, Kalau nak kongsi pun dengan isteri atau suami bolehlah. Itu pun ada hadnya..”Izlan menjelaskan. Wajahnya serius sedikit kali ini.

Izlan berdiri dan berjalan menghampiri pagar yang memisahkan tasik dan taman. Dia bersandar di situ dan memandangku. Seketika dia memandang Ayuz dan Nina yang sedang bermain gelongsor. Ada beberapa kanak-kanak lain turut di situ.

“Saya ke Sabah. Ada urusan kerja. Kemudian saya sibuk menguruskan kawan saya yang cedera..Menjawab tak soalan awak tu?”sambungnya lagi. Kali ini nadanya lebih lembut.

“Maaf ok jika gurauan saya tentang tok kadi tu buat awak marah..”

Aku memandangnya. Hatiku sejuk sedikit dan rasa terpujuk dengan kesungguhannya meminta maaf. Aku menguntumkan senyum akhirnya. 

“Tapi kan..sebenarnya saya pun tak berapa faham kenapa awak nak rasa marah. Saya memang betul-betul nak ajak jumpa tok kadi ni..”dia mencuba lagi mencucuk sarang tebuan.

Aku malas melayannya kali ini. Tak jadi rasa nak melenting bila melihat Izlan gelak terkekeh-kekeh.

“Dahlah. Karang saya tinggalkan awak kat sini..”ugutku.

Oh, hari ini aku menumpang keretanya. Baru tersedar aku mengugut perkara yang tidak menguntungkan diriku. Tak apa, aku tahan teksi.

Lelaki dan perempuan memang seperti asalnya dari planet yang berasingan. Cara berfikir dan emosi juga tidak sama. Dia memandang hal itu lekeh sedang padaku pernikahan adalah subjek yang sangat mahal nilainya. Tidak layak dibawa sebagai gurauan.

“Ok, kali ni saya serius.”Izlan bersuara. Aku memandangnya.

Apa lagi topik yang ingin diutarakan kali ini. Kami sudah berada di sini hampir sejam. Nina dan Ayuz sahaja yang masih belum penat bermain. Sesekali ada mereka datang menjengah meminta air untuk menghilangkan penat.

“Hanna, saya betul-betul nak kenal dengan awak. Nak ada hubungan yang istimewa dengan awak.Hubungan yang boleh saya bawa awak jumpa tok kadi..”kata Izlan selafaz. Dia memandangku sambil tangannya disilangkan di bahagian dada. Matanya tajam merenung diriku.

Aku terkedu memandangnya. Nekad benar dia mengeluarkan kata-kata itu. Perlukah permohonan itu dilafazkan? Tidak bolehkah perjalanan perhubungan ini berlalu ditentukan masa dan keadaan?

Sejujurnya terlalu banyak perkara yang bermain di fikiranku. Aku rasa fobia untuk melafazkan rasa suka,sayang dan cinta secara formal. Aku lebih selesa seperti begini.
Ada rasa bahagia bila bersamanya walau sekadar makan di tepi tasik berdua.

Namun jika bila dia menyepi, aku ada sebab untuk tidak membenci kerana antara kami tiada ikatan yang jelas.
Izlan lelaki yang menarik. Bersembunyi dari wajahnya yang serius dan tampan, dia sebenarnya kelakar dan penyayang.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now