29

609 33 8
                                    

Jam 10.30 malam. Izlan masih belum tiba. Naik mengantuk aku dibuatnya. Firuz pula sudah nyenyak tidur.

Rakaman drama Korea Beautiful Mind ku tonton sementara menunggu ketibaan Izlan. Sengaja aku tidak menghubunginya, tak mahu dia tergesa-gesa memandu ke sini. Lagipun dia baru tiba di Shah Alam hari ini selepas lebih seminggu bertugas di luar.

Loceng di pagar berbunyi.Aku bangun dari sofa dan menjenguk ke luar melalui sliding door. Aku tersenyum, Izlan tiba akhirnya.

Wajah dan penampilan ku lihat seketika di cermin besar yang tersergam di ruang tamu. Seluar hitam dan blouse putih mungkin tidak keterlaluan untuk pertemuan di hadapan pagar sahaja malam ini.

Ku betulkan ikatan rambut dan sedikit bedak talkum Anakku kepunyaan Firuz ku sapu sedikit di wajah. Sedikit perfume jenama YSL ku spray di bahagian hadapan tubuh. Mahu segar dan wangi sedikit untuk malam yang bakal bertukar sejarah sebentar lagi.

Izlan bersandar di sisi keretanya. Jeans dan t-shirt hitam sudah cukup untuk dirinya. Sentiasa segak dan menarik buat diriku.

“Lambatnya..orang dah mengantuk.Ayuz pun dah tidur..”kataku sebaik sahaja berdiri di hadapannya.

Aku memasukkan kedua-dua tangan di dalam kocek seluarku. Checked! Benda yang hendak ku beri pada Izlan sebentar lagi sudah sedia di dalam poket.

“Sorrylah. Saya bawa family makan luar malam ni..”kata Izlan, menjawab sambil tersenyum.

Terkenangkan aku Uncle Zaman, Kak Intan dan Nina.Lama sungguh rasanya tak berjumpa mereka.Nantilah, aku akan mencari waktu hujung minggu ini untuk melawat mereka.

“Sihat ke semuanya? Kak Intan macam mana?”tanyaku.

“Alhamdulillah. Cuma Kak Intan sahajalah..Sakitnya makin teruk. Doktor pun dah tak advice untuk sambung chemo. Badannya dah tak mampu tanggung.”

Izlan menjawab perlahan. Aku tahu ada rasa sedih di situ.

“Nanti awak datang tengok Kak Intan boleh.Katanya tadi teringin nak jumpa awak lagi..”

Izlan menyampaikan pesanan Kak Intan padaku.Aku mengangguk perlahan. Aku juga mahu bertemunya. Cuma kesibukan kerja menyebabkan aku tidak sempat mencuri masa berkunjung ke rumah mereka.

Kami terdiam beberapa minit mencari topik yang sesuai untuk dibincangkan. Aku juga menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan apa yang ku rancangkan sekian lama.

Suasana di hadapan rumahku lengang malam ini. Hanya lampu jalan dan lampu garaj kereta menerangi persekitaran. Sekali-sekala ada kereta yang melalui jalan serta motosikal dari pasukan keselamatan taman meronda.

“Sunyi kawasan sini malam-malam.Awak kena hati-hati. Dahlah tinggal berdua sahaja dengan Ayuz..Jangan balik lewat sangat tiap-tiap hari..”nasihat Izlan padaku membuka semula ruang perbincangan kami.

Aku mengangguk tanda mendengar nasihatnya perlahan.

“In shaa Allah.Selamat kawasan sini.Kami bayar security team untuk meronda 24 jam..”ceritaku pula.

Izlan menolak rambutnya ke belakang.Dalam samar lampu ku tatap wajahnya lama.Kasihan dia, nampak sangat kepenatan.Terasa tak bertimbangrasa pula diriku kerana melanjutkan pula pertemuan kami ke malam ini.

“Walau ada security team, kena sentiasa aware.Manusia ni kalah dengan duit. Family sendiri pun sanggup dianiaya, dirogol, dijual jadi pelacur, apatah lagi orang yang tak ada kena mengena.”Izlan menambah lagi.

“Hmm.Betul tu.In shaa Allah saya jaga diri..”kataku bersetuju lagi menerima nasihatnya.

Dia menambah lagi. “Banyak kes kami cuba selamatkan perempuan-perempuan yang dijual sebagai pelacur.Ada yang dijual oleh bapa sendiri.Ada yang dari kecil duduk kat rumah pelacuran, kiranya dilatih untuk menjadi pelacur.Ada yang berulang-ulang kali kena tangkap sebab tak tahu nak hidup dengan cara lain selain melacur.”

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now