3

878 40 0
                                    


Pintu kafe terbuka tanda pelanggan mula tiba.Aku menoleh. Irfan ! Aku tersenyum lebar dan terus bangkit mendapatkannya. Nizam, Kak Ita dan Aida tersenyum-senyum. Tahulah mereka aku bertemujanji dengan lelaki hari ini.

Aku mengambil sepotong kek red velvet dan dua cawan latte buat kami.

Irfan nampak lain hari ini.Kebiasaannya dia memakai cap (topi) dan ber T shirt. Hari ini dia kelihatan lebih matang. Tanpa topi. Bersama kemeja hitam menyerlahkan sedikit sisi kelelakiannya.Tapi entah kenapa hari ini perasaanku seakan biasa sahaja.Tiada debar petanda rindu walaupun sudah lima bulan tidak bertemu.

Mungkin juga fokusku kini bukan lagi diriku. Aku ada Firuz, aku ada Coffee and Novel. Sehingga kadang-kadang untuk membalas whatsaap dari Irfan juga aku lupa.

"Hei..menung pulak.Kita datang pagi-pagi nak jumpa dia.."Irfan menegurku.

Aku tersengih dan meletakkan siku di meja dan dagu di tapak tanganku.Aku merenung Irfan lama. Dia melarikan mata ke arah kek.

"So, macam mana belajar kat Australia" aku bertanya memulakan perbualan.Dia memotong sedikit kek menggunakan sudu dan menyuap ke mulutnya.

"Ok..totally different dari degree dulu..Tak banyak kelas, lebih kepada presentation, outdoor research. Maybe university kat oversea memang lain structure dari sini." dia menjawab.

Aku teruja mendengar ceritanya. Mungkin saat ini rezekiku bukan untuk menyambung pengajian tetapi untuk Firuz. Satu hari nanti jika diizinkan Tuhan, aku akan menggenggam MBA milikku sendiri.

"So you pulak macam mana..? Dah lima bulan kan Kak Abby pergi. You makin ok rasanya kan.." dia menduga.

Aku senyum.Apakah aku ada pilihan untuk tidak okay? Aku sebatang kara kini. Menjadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang aku ada.

"Macam ni ajelah.Huhu. Pagi I busy dengan Ayuz. Lepas hantarkan dia ke tadika, I busy kat sini. Dalam pukul 12 tengahari I ambik dia dan letak kat rumah pengasuh. Kemudian ke sini lagi.Malam lepas maghrib baru I balik rumah.."

Aku menjelaskan rutin harianku. Bunyi seperti working mum yang lain sedang aku baru berusia 23 tahun dan masih bujang.

"Oh..sibuk jugak tu..you jaga dirilah ya apa-apa pun..Kalau you sendiri sakit..lagi lah banyak masalah pulak nanti.Ayuz lagi, kafe lagi.."nasihat Irfan. Sayu pula rasanya.Lama aku tidak diberi nasihat selepas pemergian Kak Abby.

"Tujuan I nak jumpa you hari ni sebab ada hal penting I nak bagitahu.."kata Irfan perlahan. Nadanya berubah menjadi serius tiba-tiba. Dia meneguk kopi perlahan.

"La..whatsaap kan ada.Apa susah-susah nak jumpa I.." aku membalas sambil tergelak kecil. Sebenarnya aku cuba menyembunyikan rasa gusar dalam hati.

"Hmm..sebenarnya susah I nak commit hubungan kita ni akan terus macam biasa..."dia membuka sedikit apa sebenarnya yang tersembunyi di hatinya semenjak tadi.

On point! Aku sudah mengagak dari awal.Naluriku betul. Hari ini perasaannya bukan rindu padaku. Tapi sekadar ada hutang mahu dilangsaikan. Ikatan yang mahu dilepaskan.

"Oo..ok.." aku membalas sepatah. Mataku halakan padanya berani. Mahu mendengar lagi apa butiran dari mulutnya.

"I minta maaf sangat Hanna.Tapi you tahu kan.Susah bila kita jauh macam ni.I risau I tak cukup care pada you dan you fikir I tak sayang you lagi..".

"Dengan study lagi, my new life kat sana. Nak adapt dengan negara yang totally lain dengan environment sini. I takut hubungan kita suam-suam kuku dan at last putus macam tu. So pada I baik I cerita betul-betul pada you dan officially putuskan this relationship."

Panjang juga kali ini penerangannya.

Mengapa aku pula dijadikan subjek? Adakah selama ini aku pernah merungut hubungan kami tak sehangat pasangan lain? Adakah selama ini aku selalu merajuk jika dia kurang mengambil berat? Bukankah antara salah satu sebab hubungan kami bermula kerana dia tertarik dengan sikapku yang berdikari dan pandai membawa diri?

Lelaki.Mencari sebab untuk lari.Dan tak mahu untuk dibenci.

"Oh, so yang menggantikan I tu ada di sini atau Australia?" Entah di mana datangnya suara itu aku tak tahu. Tiba-tiba sahaja meluncur dari anak tekakku.

"Excuse me..pardon.?" Irfan bertanya meminta pengesahan dariku. Aku pasti dia sebenarnya mendengar. Cuma terkejut agaknya dengan soalanku. Aku menyengih.

"Its okla Irfan. Tak apa.Dont worry about me.Betul apa yang you cakap tu.Hubungan jarak jauh macam kita ni susah nak move. Lagi pun sekarang dunia I dah lain..I bukan macam yang you kenal dulu..I dah ada anak...Hehe.."

Untuk apa tujuan aku gelak kecil di akhir ayat itu aku tak pasti.Untuk memberi ketenangan pada Irfankah atau sebagai simbol kemenangan bahawa aku tidak langsung terusik untuk ditinggalkan?

"Hanna.."dia menyebut namaku sepatah. Aku terasa mual tiba-tiba.Perasaan ku bercampur aduk.Meluat, sedih, kecewa walau bibirku masih lagi tak berhenti untuk senyum.

"Irfan..emmm..I nak pergi bank la kejap.You habiskan minum dulu ye..Thanks tau sudi jumpa I hari ni.."kataku sambil bangun.

Irfan memandangku.Tiada lagi perkataan keluar dari bibirnya.

Aku mencari alasan untuk lari dari pertemuan ini.Beg tanganku dari dalam kabinet di bahagian kaunter ku capai dan terus melangkah keluar dari Coffee and Novel. Kak Ita merenungku, mungkin perubahan pada wajahku jelas kelihatan.

Ku ketap bibir perlahan.Ada air hangat mengalir perlahan.Aku ditinggalkan lagi.

PESONA CINTA HANNANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ