4

815 40 0
                                    


Keluar dari Coffee and Novel aku membawa diri ke Alam Sentral. Berjalan-jalan membawa hati.

Sedih.Marah dan kecewa.Lima tahun bercinta mudah sahaja dia mengungkapkan perkataan sukar untuk memberi komitmen.Alasan yang sungguh lekeh.

Perasaanku bercampur aduk tetapi yang peliknya air mataku hanya keluar seketika sahaja. Ujian bertimpa-timpa hingga aku merasakan ditinggalkan Irfan kali ini sekadar menambah lunyai emosiku. Jika perasaan itu mampu ditoreh, mungkin tiada hasil yang keluar.Sedih dan pedih terlalu hebat bersarang dalam hati kebelakangan ini.

Berkali-kali aku mengungkapkan kepada diri ini yang sebaiknya buat aku. Allah tak akan menguji sesuatu luar dari kemampuannya. Apatah lagi hubungan yang masih belum kukuh seperti cinta aku dan Irfan.Adakah perlu untuk aku kecewa beria-ia?

Selesai membuang masa sehingga jam 12.30 tengahari, aku pergi menjemput Firuz di tadikanya. Dari seberang jalan dia melambai-lambai menjerit memanggil namaku "Maksu ! Maksu !"

Ku seka wajah yang serabut. Firuz adalah duniaku kini. Aku akan sentiasa menjadi kuat untuk memastikan Firuz tahu dia tidak berseorangan.

Aku berjalan menuju Firuz sambil tangan ku depangkan untuk memeluknya.

Tiba-tiba terasa tubuhku ditolak dan aku hampir tersembam ke atas jalan. Sempat aku melihat sebuah kereta merempuh laju.

Sepantas kilat terasa ada tangan menarik tubuhku daripada jatuh. Mungkin tarikannya terlalu kuat, blaus ku carik dan terkoyak di bahagian depan menampakkan sedikit tubuhku.

Secara drastik aku menutup bahagian yang terkoyak dengan beg tanganku.Mataku membulat memandang lelaki tadi yang masih tercegat di hadapanku.

"Tahulah nak ambik anak..Kenapa Puan tak tengok kiri kanan dulu sebelum melintas.." marah lelaki itu padaku. Aku yang masih lagi terkejut tersentap pula dimarahi sebegitu.

Benci pula aku melihat gayanya walau jika bukan kerana dia entah apa lah jadi padaku tadi. Salahku juga. Cuai dan gopoh.

Lelaki tadi masih tercegat di hadapanku. Wajahnya serius sahaja memandangku. Tak tahu ke mana arah matanya disebabkan dia memakai kaca mata hitam.

"Terima kasih ya encik tolong saya.."kataku agak menggigil dan mahu terus berlalu. Tapi aku masih tercegat di situ bila ku lihat Teacher Siti membawa Firuz kepadaku.

"Mak Su..Mak Su tak ada apa-apa ke? "tanya Firuz.Wajahnya nampak takut. Aduh, kasihan dia.

"Tak apa Ayuz..Mak Su okay." Aku memujuknya.

"Selamat Encik Izlan sempat tolak Hanna tadi.." kata Teacher Siti sambil memandang lelaki tadi.Aku terasa malu pula hendak memandangnya. Lebih malu bila ku rasakan ramai ibu bapa yang turut memerhatikan episod itu.

Pertama kerana blaus ku yang koyak ini.Kedua kerana dia memarahiku sebentar tadi.Terasa panas lagi di muka apabila kata-katanya mengena tepat batang hidungku. Memang silapku. Terlampau berfikir sehingga tak sedar kereta melintas.

"Ok Teacher. Saya bawa Firuz balik dulu ya.." kataku pada Teacher Siti. Teacher Siti berlalu mendapatkan kanak-kanak yang lain.

Firuz memandang lelaki tadi. Ya Tuhan, mengapa dia masih belum mahu beredar?

"Uncle, thank you ye selamatkan Mak Su saya.." ucap Firuz.Bijak.

"Ok adik..Sama-sama.Mak Su adik tak nak cakap terima kasih ke? " lelaki itu mengusikku.

" Kan dah cakap tadi.Nak kena ulang ke? " aku bertanya kasar. Entah kenapa dia ini menjengkelkan pula.

"Kenala ulang.Tadi macam tak ikhlas aje.."ucapnya. Terasa suaranya macam mengejekku.

"Yalah..terima kasih daun keladi.."kataku kuat sambil ku tarik tangan Firuz.

Sekali lagi lelaki itu menarik tanganku.Aku terkejut dan menjegilkan mata.

"Apa ni..gila ke pegang-pegang orang?!" marahku kasar.Dia tersenyum dan membuka jaket jeansnya dan hanya berbaju T hitam di dalam.

"Tu baju yang koyak tu nak bagi semua orang tengok ke? "katanya dan tanpa sempat aku berfikir dia menyarungkan jaket itu ke tubuhku.

Terasa merah mukaku. Malu.Malu.Malu.

"Tak apa, tak payah pulang.Baju tu murah aje.."katanya lagi menjawab soalan yang ada dalam kepalaku. Senyumnya masih meleret.Apalah yang ada di fikiran lelaki ini? Arghhh. Janganlah aku jumpa lagi dia ni.

Aku terus berpaling sambil ku genggam tangan Firuz erat-erat.

"Tapi kan Mak Su..." suara garau itu kedengaran lagi membuatkan aku menghentikan langkah seketika.

"Dengan izin Allah, saya harap kita jumpa lagi, Mak Su boleh pulangkan jaket saya tu ye..."terasa jantungku berderu-deru degupannya laju.

Seketika aku rasa di awangan.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now