7

730 35 3
                                    

Firuz berlari-lari menujuku. Comelnya buah hati ku yang seorang ini.

Melihat Firuz aku terus lupa terhadap driver yang menumpangkan aku sebentar tadi.

“Mana kereta Mak Su..?”tanya Firuz. Aku tersengih.

Anak Izlan juga sudah berlari mendapatkannya.
“Mak Su tumpang daddy kawan Ayuz..”jawabku.

Mendengar kata-kataku Izlan tergelak besar. Anaknya perempuan, sama tinggi dengan Ayuz.

“Pak Su..kenapa Pak Su yang ambil Nina hari ini. Mama mana? “ tanya si kecil pada Izlan tu yang membuatkan mataku membulat.

Pak Su! Anak buah juga rupanya.

Aku meminta Izlan menghantar aku dan Firuz ke bengkel tempat aku menghantar Myvi ku.

“Kenapa tak bagitahu awak ambil anak saudara aje.?soalku.

Aku pun tak tahu kenapa aku harus marah.

Izlan hanya tergelak-gelak. Entah apa yang lucunya aku tak tahu.

“Awak tak tanya..”jawabnya pendek dan terus gelak lagi.

Nina dan Firuz di belakang sedang asyik menonton video “Frozen” melalui smartphone ku.

“Kan dah tanya tadi. Awak boleh je jawab itu bukan anak saya. Itu anak buah saya.Saya tak kahwin lagi.”aku separuh membebel.

Aku menelan liur. Rasanya aku dah terluah kemusykilan yang ada dalam kepalaku.

Entah bila tiba-tiba aku ber awak saya dengan dia. Tiba-tiba juga antara kami terasa biasa walaupun sedang bertelingkah kecil.

“Lega tak bila tahu saya bujang lagi?”Izlan mendugaku. Aku mencebikkan bibir.

“Nak lega dah kenapa? Saya ada apa-apa dengan awak ke?Kita baru kenal ok, tak sampai pun 48 jam. Lagipun dengan adanya anak buah tak bermakna awak belum kahwin”aku menjawab kasar.

Izlan senyum lagi.

“Saya tak kahwin lagi la. Tak percaya sudah...”

“Bila awak still tak percaya yang saya masih bujang, maknanya awak betul-betul nak tahu pasal saya kan. Betul atau tak Hanna Zulfa?”tanyanya lembut..

Perlahan dan cukup menusuk perasaanku.

Aku diam.Berharap supaya masa berhenti seketika.Aku sudah lama tidak dibuai debar yang tidak berhenti-henti seperti ini.

“Ok dah sampai..” Izlan memecahkan kesunyian. Aku membuka pintu kereta dan mengajak Firuz turut sama keluar.

“Ada rezeki kita keluar sama ya..”katanya. Wah, seorang Inspektor Polis sedang mengajakku dating.

Aku memandangnya lama. Sengaja aku menikmati tentangan matanya yang tajam.

“Tengoklah..kalau saya free. By the way, thank you for today”jawabku.

Jawapan yang hanya mewakili 20% dari hatiku. Sebenarnya aku mahu menjerit dan berkata yes, bila dan di mana.

Aku malu dianggap mudah. Jika benar dia bersungguh, pasti ada episod lain selepas ini.

Firuz menggenggam tanganku dan kami berjalan menuju bengkel.

Becok mulutnya bercerita tentang aktiviti di sekolah. Dia pasti tak tahu Mak Su nya itu sedang berperang dengan perasaan sendiri.

****
Aku tiba di Pusat Transit Gelandangan Chow Kit jam 9 malam. Ibu Faridah dan guru-guru dari Darul Jannah sudah pun mula mengagih-agihkan makanan.

Ibu Faridah meminta Firuz mengikutnya manakala aku diminta untuk standby di hadapan Pusat jika-jika ada warga Chow Kit yang mahu mengambil sendiri makanan mereka.

Firuz memilih untuk mengikut aku hari ini. Kadang-kadang jika ku lihat dia terlalu penat, aku tinggalkan dia di rumah Kak Siti.

Malam ini aku memilih seluar jeans dan kemeja petak-petak berwarna maroon. Rambut seperti biasa ku tocang satu.
Jaket milik Izlan yang menyelamatkan aku daripada malu ku sarung lagi hari ini.

Bukan tiada sweater lain. Entahlah, aroma perfume yang tertinggal di jaket itu benar-benar membuatkan aku selesa. Tanpa sedar aku menarik jaket itu dan ku kucup lama.

Lagu You are My Everything dari telefon Samsung Note 4 mengejutkan aku dari aktiviti mencium jaket Izlan.Nombor yang tidak dikenali.Aku menyentuh ikon yes.

“Wangi sangat ke jaket saya tu sampai lama sangat cium.”

OMG,  Suara garau itu aku sangat kenal. Serta merta aku menoleh di sekeliling. Dia mesti ada di sekitar ini.

Tak sampai beberapa saat, dia muncul dari bahagian kanan. Senyumnya manis ke arahku. Aku pula pasti sudah kemerahan di wajah melawan malu.

Aku cuba-cuba buat biasa. Buat-buat tak nampak dengan kehadirannya. Kebetulan, ada seorang lelaki separuh umur datang dan mengambil bungkusan makanan.

“Saya rasa lawa pulak jaket tu bila awak pakai. Rasa tak patut pulak kalau saya mintak pulang..”katanya tak menunggu panjang untuk terus mengusikku.

“Nak balik ke? Haah kan, janji semalam kalau jumpa balik kena pulang..”kataku dan terus cuba menanggalkan jaket tersebut dari tubuhku.

Izlan menarik tanganku yang membuatkan aku terus menjegilkan mata. Dia ni..memang tak makan saman !

“Op sorry !” ujarnya bila melihat aku mendengus kasar. Tangannya diangkat tanda minta maaf.

“Sorry saya tak maksud nak pegang awak. Cuma saya nak bagitahu tak payah pulang jaket tu..saya gurau aje..Malam ni pun sejuk. Nanti awak sakit pulak..”jelasnya.

Dia nampak betul-betul rasa bersalah atas sikapnya tadi.

“Yalah..you are forgiven not forgotten..”aku memaafkan sambil memberi amaran secara tidak serius.

Serentak kami tergelak kecil.

Sambil-sambil memberi warga gelandangan bungkusan makanan, ada sahaja topik kami bualkan.

Cerita tentang Chow Kit, tentang aktivitiku bersama Darul Jannah dan terselit juga lawak-lawak bodoh darinya.
Udara ini terasa begitu menenangkan bagiku.

Berdiri di sebelahnya di kawasan yang fizikalnya kurang teratur dan sesak dengan manusia pelbagai ragam, peliknya aku terasa umpama kami dalam dunia sendiri.

Tanpa sedar jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Ibu Faridah, Firuz dan yang lain pun sudah kembali pada kami.

“Wah, tak sangka Tuan Izlan datang malam ni.Ingatkan main-main aje..”kata Ibu Faridah bila melihat Izlan membantuku mengemaskan meja.

“Mana boleh main-main ustazah. .Saya dah kata nak datang kan, kenala tunaikan..”balas Izlan. Aku mencebikkan bibir sahaja.

“Saya hantar awak balik..”kata Izlan padaku. Firuz sudahpun lena di riba Ibu Faridah..Aku mendukungnya dan ku letakkan di seat belakang.

“Tak apalah awak.. Saya dah biasa drive dari sini..”tolakku. Walau di hati meronta-ronta mahu pertemuan malam ini dilanjutkan, tetapi aku benar-benar penat.

“Nanti saya call awak boleh..?”tanya Izlan.

Pandangan matanya benar-benar mengharap.

“Mana awak dapat no phone saya?”soalku pura-pura tidak selesa. Dari siapa lagi..? Ibu Faridahla..

“Awak lupa agaknya saya polis. Menyiasat adalah kepakaran saya. So, tunggu tau. Kalau awak tak angkat, saya cari awak tak kisah la time tu pukul berapa”.dia menegaskan lagi.

Aku mengangkat bahu dan buat muka tak kisah.Masih mahu berlagak.

“Ok. Kalau saya tunggu dan awak tak call.siapla”ugutku dan terus menutup pintu kereta.

Izlan Zakuan. Terukkah aku sebagai perempuan. Terlalu cepat lukaku terubat.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now