16

606 25 0
                                    

Selesai membacakan puisi tersebut, aku terus berjalan mendapatkan Izlan di belakang.

Sebenarnya ada rasa malu di hatiku membacakan kata-kata itu apatah lagi sememangnya aku dedikasikan untuknya.

Bagaimana penerimaannya?
Tahukah dia agaknya apa maksud kata-kata di dalam puisi itu?

Aku menghampirinya. Dia memandangku dengan senyuman manis sekali.

Ah Izlan..Terubat rasa rinduku melihat senyuman itu. Aku memang menanti waktu untuk berjumpanya. Tapi rasa serba salah pula untuk mengajaknya keluar memandangkan jadualnya yang sentiasa sibuk.

“Awak sampai pukul berapa?”tanyaku sambil melabuhkan punggung. Di hadapannya ada secawan kecil espresso.Wau, lambang lelaki sejati.

Espresso adalah pati kopi asli..Kebiasaannya peminat kopi lebih selalu memesan Americano atau Long Black Coffee, tidak terlalu pekat namun masih mengekalkan rasa kopi yang asli.

Bagi mereka yang kurang tegar lidahnya untuk menahan rasa pahitnya kopi selalunya lebih suka memesan Latte, Cappuccino atau pun Mocha. Sama seperti ku.

Walau aku pengusaha kedai kopi, aku hanya mampu bertahan sekadar Mocha atau Americano.

“Pukul 9 agaknya. Kenapa tak bawak Ayuz sekali?”tanya Izlan padaku.

Malam ini dia berkemeja kelabu dengan lengannya disinsing sehingga siku. Aroma perfumenya menangkap ke hidungku. Kuat namun harumannya memikat. Aku tidak pernah jemu dengan bau ini.

“ Tadi balik dari tadika dia duduk di sini sehingga maghrib.Tiba-tiba katanya nak balik rumah pula. Jadi saya minta pengasuh dia jaga. Risau pula saya lewat malam ini..”jelasku.

“Oh..”katanya sepatah. Izlan seolah-olah mencari kata-kata pula malam ini.

Mungkin dia segan apabila Kak Ita, Aida dan Nizam sesekali memandang kami.

“Mereka ini kan, buat-buat tak faham sahaja sudahlah..”aku bersuara dalam hati sambil membulatkan mata memandang Nizam yang berdiri di bahagian barista.

Di hadapan, band dari pelajar universiti berhampiran sedang menyanyikan lagu Mewangi dari Akim dan Majistret.

Rasanya sudah beberapa kali band yang menggelarkan kumpulan mereka “On Track”ini mengadakan persembahan pada acara Open Mic kafe ini.

“Thanks awak datang malam ni..”ucapku.

Terima kasih juga kerana kurangkan rindu saya pada awak.Kata suara hatiku pula.

Dia mengangguk.Senyum.

“Okay, kalau boleh saya nak berdua sahaja dengan awak.Tapi tak apalah.Kalau saya tak jumpa awak malam ni, risau esok-esok saya kena outstation pulak..”balasnya.

Beginikah kita nanti Izlan jika benar-benar berkasihan? Setiap masa aku dan engkau ada untuk bersama adalah sangat berharga.Dan sudah tentu aku perlu belajar pula berkongsi dirimu dengan tugas yang hadir tak kira masa.

“Hanna..”panggil Izlan sambil mengeluarkan buku kecil dari poket seluarnya.

Aku memandangnya kehairanan.Bagaikan polis trafik pula mempunyai nota kecil di dalam poket seluar.

“Saya banyak soalan nak tanya ni pasal puisi awak tadi..ni saya dah tulis dalam buku..”tanya Izlan tidak berselindung.

Sebelah tangannya diletakkan di atas meja sambil sebelah lagi memegang nota tersebut.

Alahai, malu la pula rasanya.

Perlu ke nak bersoal jawab pula? Kalau tahu begini reaksinya, baik aku menyanyi atau berpantun tradisional sahaja tadi.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now