6

755 34 0
                                    

Aku duduk terperosok di meja paling belakang berhampiran rak buku untuk mengemas kini akaun kafe. Sambil-sambil itu aku cuba menganalisis anggaran kasar keuntungan Coffee and Novel bulan ini.

Syukur alhamdulillah. Walau masih belum boleh dibanggakan, tetapi perkembangannya semakin memberangsangkan bulan demi bulan.

“Tiga tahun pertama sangat kritikal Hanna..Kalau boleh jangan ambil gaji untuk diri sendiri dulu..tingkatkan untung..kenalkan brand dulu pada pelanggan.” Tegas Kak Abby.

Minda seorang akauntan kan. Untung..Untung.
“Apa target Hanna untuk Coffee and Novel? “ tanya Kak Abby lagi.

Dia memang suka mentarbiah aku bab perniagaan. Katanya walau aku ambil course bisnes di universiti, mindaku masih kabur ke arah perniagaan yang berjaya.

“Emm...untuk menjadi tempat tumpuan warga Shah Alam menikmati kopi dan dessert yang sedap. Pada masa yang sama diorang ada pilihan untuk baca novel kegemaran..” jawabku lancar. Konfiden sangat.

Kak Abby merenungku lama. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku tergelak. Apa lah lagi idea nya nak membasuh aku hari ini?

“Hanna, Hanna... Bila meniaga memang betul kita nak bahagiakan orang. Beri kemudahan pada orang. Cipta apa yang pengguna nak..”

“Tapi..kita as orang Islam, jangan sempitkan fikiran kita sampai tak nampak jalan macam mana nak bagi syarikat kaya..”

“Orang Islam wajib kaya tau..sebab kita kena bagi zakat. Kalau kaya zakat pun dapat bagi banyak..Secara tak langsung, kita tolong bangkitkan ekonomi orang Islam itu sendiri..”

Lancarnya mulut Kak Abby bercerita mengenai bisnes. Masa yang sama dia tekankan soal peranan seorang Muslim.

Oh kakakku yang bijak..I miss you so much!

Telefonku berbunyi. Nama Ibu Faridah di situ. Aku tersenyum dan terus menjawab..

“Hanna, ibu nak bagitahu ni..Tadi ada orang pecah masuk asrama, kami kena rompak Hanna ”suara ibu terketar-ketar di hujung talian..

“Ha! Betul ke ibu? Ibu ok tak? Adik-adik macam mana? “aku bertanya bertalu-talu.

Ya Allah, berita ini sangat menakutkan. Tolong mereka Ya Allah..mereka anak yatim.

“Dah kena tangkap dah orang jahat tu.Pak Abu yang duduk depan rumah ni perasan dan sempat call polis. Polis masih investigate lagi ni..tengah ambil keterangan..”terang ibu.Suaranya mulai tenang.

“Tak apa lah ibu..Hanna datang sekarang..” tegasku dan terus mengemas dokumen dan laptop di atas meja.

Ibu Faridah mungkin memerlukan kata semangat dari aku ketika ini.

Aku dan arwah Kak Abby antara anak yatim yang masih kekal berhubungan dengan Ibu Faridah walau sudah dewasa. Mungkin kerana kami antara anak-anak yang terawal menumpang kasih di Darul Jannah waktu mula ditubuhkan.

Eh, baru aku tersedar keretaku masih di bengkel untuk servis. Mujur dari jauh ada kelibat teksi. Laju aku menahan.

******
Perkarangan halaman Darul Jannah dipenuhi dengan penduduk-penduduk Kampung Sutera. Ada 3 biji kereta polis di hadapan pagar.

Banglo dua tingkat yang dijadikan Asrama Anak-Anak Yatim Darul Jannah nampak tidak terurus. Pejabat Ibu Faridah jelas kelihatan baru diselongkar.

Mujur hari ini hari Isnin, anak-anak masih di sekolah. Kalau tak, tak tahu lah apa nasib mereka.

“Bingai punya perompak! Sah-sah ini Asrama Anak Yatim. Apalah harta yang kami ada untuk kau rompak?”marah betul hatiku.

Aku terpandangkan Ibu Faridah yang sedang bercakap dengan seorang lelaki. Polis mungkin.

PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now