33

290 20 0
                                    


Petang yang sama, aku ke rumah Izlan bersama Ayuz.Ada sesuatu yang diberinya padaku.

"Nanti ambil hadiah untuk awak. Ada atas katil saya."pesan Izlan sebelum beredar meninggalkan aku tengahari tadi.

Wajahnya kelihatan bengang lagi akibat kejadian Aesha dan perangai peliknya.

"Hadiah lagi..Tadi dah bunga?" tanyaku.

Dia senyum.

"Saya tak boleh tidur semalam.Hati saya terlalu happy.Otak saya non stop fikir macam-macam benda untuk awak. "luah Izlan.

Dia mengenakan rayban hitamnya sambil menghidupkan enjin kereta.Kacak! Sama seperti detik pertama pertemuan kami dulu.Cukup membuatkan hatiku tak keruan.

"Jaga diri sayang.Tunggu saya balik..."pesannya lembut.

Aku senyum."Baik.Jaga diri awak juga, abang...."ucapku lambat-lambat.Sengaja mahu melihat reaksinya.

Dia tersengih lebar.Tangannya mahu mencapai lenganku.

"Ni yang tak boleh nak kerja ni...Sayang sikit.."katanya manja sambil jarinya diletakkan di pipi kirinya.Petanda minta dicium.

"Dah.Dah.Jangan nak over okay.Baik awak gerak sekarang..Sebelum jadi lain.."kataku pura-pura marah. 

"Mak Su, tekanlah loceng tu.."

Suara Ayuz melenyapkan seketika kenangan manisku bersama Izlan tengahari tadi. Aku menekan suiz loceng di hadapan pagar.

Tak sampai seminit Uncle Zaman dan Nina keluar mendapatkan kami.

"Kenapa datang tak bagitahu?Boleh Uncle masak apa-apa .."  sapa Uncle Zaman mesra.

Ayuz dan Nina sudah laju berlari masuk ke dalam rumah.

"Iz suruh Hanna datang ambil barang Uncle.Katanya hari ni juga kena ambil..."jawabku sambil menyerahkan pada Uncle Zaman kotak berisi kek red velvet yang ku bawa dari kafe.

Kak Intan sudah berdiri menungguku di hadapan pintu. Aku bersalaman dan mencium pipinya di kiri dan kanan. Kak Intan kelihatan ceria dan fresh sekali.

"Rindu akak.Macam mana hari ni?"tanyaku.

Kak Intan menarik tanganku dan membawaku duduk di sofa.

"Alhamdulillah.Makin improve rasanya.Kalau kena kanser ni kita kena paksa diri happy selalu Hanna.Kalau happy, terasa la sikit kuat badan ni..."

Aku mengangguk faham.

"In shaa Allah, akak akan selalu happy kan?"

"Mestilah happy. Adik kesayangan akak dah nak kahwin.Akak dapat adik baru..Hanna Zulfa namanya.."kata Kak Intan kegirangan.Tangannya digenggam ke genggamanku.

Aku tergelak.Cuba menahan malu.

"Iz pesan suruh Hanna ambil barang atas katil dia.Akak pun tak tahu apa.Ada orang hantar tadi.Izz call akak suruh letak atas katil dia.."kata Kak Intan.

"Tulah.Hanna pun tak tahu apa bendanya..Boleh ke Hanna pergi bilik dia Kak Intan?"

"Apa pulak tak bolehnya, bukannya dia ada dalam bilik pun. Pergilah naik. Bilik hujung sekali dekat dengan bilik air.." kata Kak Intan.

Aku terus naik ke atas menuju bilik Izlan. Bilik yang didekorasi warna hitam dan merah itu nampak kemas dan teratur. Tiada poster bertampal di dinding dan hanya menempatkan perabot yang minima. Katil, almari dan meja tulis. Di tepi meja tulis, ada ampaian tempat sejadah dan kain pelekat disidai. Petanda lelaki yang menjaga solat.

Kotak di atas katil Izlan  ku ambil. Apa agaknya ya.? Tidak mampu menahan sabar, kotak itu ku buka.

Sehelai baju kurung. Sebenarnya baju kurung moden berwarna putih, cantik berias manik dan labuci. Ada juga sehelai selendang berwarna putih. Simple sahaja tanpa sebarang hiasan. Dan di bawah sekali ada sebuah buku bertajuk "Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah".

Air mataku terasa mahu jatuh sekali lagi. Bagaimana Izlan mampu mencari masa menyediakan semua ini dalam tempoh yang sangat singkat?

Terasa kesungguhannya. Baju kurung dan selendang ini pula bagaikan petanda inilah busana yang dicadangkannya untuk aku sarung di majlis pernikahan kami. Aku cuba menggayakannya di badan, nampak elok-elok sahaja.

"Wah, cantiknya Hanna baju tu. Itu ke benda yang Iz nak bagi tu ?"

Aku menoleh. Kak Intan sedang berdiri di muka pintu. Aku tersenyum sahaja.

"Boleh tahan juga taste Iz ye. Akak tak tahu pun dia ada kebolehan cari baju orang perempuan.."kata Kak Intan sambil tergelak-gelak.

"Tulah kak. Ingatkan apa benda yang bersungguh-sungguh dia nak bagi tu.."

"Mujur dia ada kerja 2 minggu ni Hanna, kalau tak akak rasa dia paksa Hanna nikah minggu ni jugak akak rasa. Macam dah tak sabar sangat gayanya.."

Aku tergelak lagi. Bahagia sungguh rasanya.

"Hanna sini kejap.."panggil Kak Intan sambil mengajak aku ke meja tulis.

Aku tersenyum lebar. Di sebalik pelapik lutsinar meja tulis Izlan, ada tiga keping gambarku. Gambar pertama aku sedang tersenyum sambil membetulkan anak rambut, aku rasa ini ketika menjamu gelandangan di Chow Kit. Gambar kedua aku sedang berdiri, dari pandangan belakang, sedang membeli laksa di Tasik Shah Alam. Dan ketiga ketika sedang makan, di majlis pertunangan Aesha dan Irfan.

"Stalker!"kataku kuat. Aku dan Kak Intan sama-sama tergelak besar.

"Polis Hanna, macam tu lah. Kaki stalker. Agaknya tu yang dah gatal sangat nak kahwin cepat-cepat tu. Tak sanggup nak lepas rindu tengok gambar aje hari-hari.."

"Akak, Hanna yang ajak Iz nikah laa.."kataku membetulkan persepsi Kak Intan. Walau Izlan yang kelihatan kemaruk nak bernikah cepat, faktanya aku yang melamar Izlan untuk menamatkan zaman bujang kami.

"Yelah, akak tahu tu. Tapi dia yang nampak tak sabar sangat sekarang...Okaylah tu, dia lelaki kan. ."

Aku mengangguk malu.

"Akak nak tanya, Hanna jangan kecil hati pulak. Hanna memang betul-betul terima dan sayang Iz atau Hanna memang berserah pada takdir aje ni. Sebab Hanna nampak Iz bersungguh,  Hanna pun kata okay? Macam mana? "

Aku terkedu mendengar soalan Kak Intan. Sukar juga ini untuk ku jelaskan. Bagaimana ya?

"Emm...macam mana ya. Pada Hanna, Iz datang pada masa yang tepat. Hanna baru lepas clash dengan ex-boyfriend. Dia buat Hanna selesa pada masa yang sama Hanna dapat lupakan rasa sedih. Dia pun ok. Dia boleh terima Ayuz dan Hanna seadanya.."aku terhenti di situ.

"Okay.."kata Kak Intan menyampuk. Menunggu kata-kata selanjutnya dari bibirku.

"Tentang rasa sayang atau cinta tu Hanna tak tahu nak jelaskan macam mana. Hanna takut nak letakkan rasa sayang yang keterlaluan sebab baru sangat lagi kan relationship kitorang ni. Tapi Hanna suka Iz. Dia ada segalanya yang Hanna harap dari seorang lelaki..."jelasku tanpa berselindung.

"Akak doakan yang baik-baik ya untuk Hanna dan Iz. Hanna pun slow-slow la. In shaa Allah perasaan tu akan timbul juga bila hubungan tu dah halal. Allah redha kan..?"pujuk Kak Intan.

"Akak faham kenapa Iz suka sangat dengan Hanna..."

"Kenapa kak?"tanyaku. Ya, aku pun tertanya-tanya apa  kelebihan yang ada pada diriku sehingga Izlan bersungguh-sungguh inginkan aku.

"Hanna matang dan sangat berterus-terang. Nampak Hanna jenis perempuan yang berdikari dan tak manja walaupun Hanna muda lagi.."

Aku tersenyum sahaja. Betullah tu. Dah lama aku tiada tempat untuk bermanja, maka matang dan berdikari sahajalah satu-satunya pilihan yang aku ada.

PESONA CINTA HANNAKde žijí příběhy. Začni objevovat