32

376 28 3
                                    

Aku berjalan mengekori Izlan menuju ke keretanya. Dia bersandar di pintu kereta menghadapku.

"So, take care.."kataku sepatah.

Dia diam sahaja. Memandangku redup dan lama.

"Awak pun take care..."

Aku mengangguk. Entah kenapa perasaanku sayu tiba-tiba. Bila lagi aku akan berjumpa dengannya. Ikut aturan lagi 2 minggu. Kata Izlan tadi tugasan kali ini dia tak dibenarkan berhubung dengan sesiapa. Telefon pun akan dimatikan sepanjang waktu.

Semoga jodoh kami panjang. Semoga tiada halangan untuk aku bertemu dengannya.

"Saya ikut sahaja awak nak bila kita menikah. Part saya, saya akan selesaikan hari ini sebelum saya bertolak nanti. Selebihnya saya serahkan pada ayah saya untuk jumpa Ibu Faridah. Bahagian tarikh saya serahkan pada awak. ."

Aku diam dan mengangguk. Aku pegang dadaku lagi. Laju ia berdegup kali ini.

"Saya ada dalam hati awak kan?"tanya Izlan lembut. Aku memandangnya. Mataku mula berkaca.

"Saya ikhlas mahukan awak. Saya nak kongsi hidup dengan awak.Saya nak jadi ayah kepada anak-anak awak, penjaga tetap kepada Ayuz dan Nina. Saya nak tolong awak majukan kafe awak. Saya nak belajar nama-nama kopi dan belajar minum kopi pekat tanpa tersedak lagi..Saya nak jadi orang yang peluk awak bila awak sedih atau stress..Saya nak tengok bintang di langit malam-malam sambil tangan peluk bahu awak tanpa fikirkan halal atau haram lagi.."

Dia terhenti. Aku mengetapkan bibir. Mahu menahan tangis. Aku benar-benar lembik saat ini.

"Lagi.."tanyaku mahukan lagi kata-kata janjinya.

"Saya mahu awak Hanna.Tak pernah saya rasa macam ni . Saya rasa risau jika kita tak jadi untuk bersama..Tapi saya dah janji pada negara untuk jadi polis yang baik..Salahkah saya sebab jadi polis Hanna ? Pada masa yang sama saya nak rebut awak untuk jadi isteri saya..?"tanyanya. Aku melihat air mata mula bertakung di matanya. Buat pertama kali.

Aku terasa hatinya benar-benar remuk sewaktu menuturkan kata-kata itu. Terasa dia ditekan antara perasaan kasihnya padaku dan janjinya pada pekerjaannya.

"Hanna, teruk sangat ke saya ni sebab saya polis? Saya tahu saya sentiasa dikejar bahaya..tapi untuk awak saya akan jaga diri saya baik-baik.."tanya Izlan. Suaranya masih sama seperti biasa walau aku tahu dia sangat sedih ketika ini.

Aku tak mampu berkata-kata. Aku menarik tangannya sedang sebelum ini aku lah yang sentiasa menolak jika dia mahu menyentuhku.

Tangannya ku letakkan ke pipiku. Aku tak peduli jika ada mata yang memerhati. Aku juga tak peduli jika matahari sedang naik saat ini dan menyebabkan kepalaku perit menahan bahang.

"Kerja baik-baik ya..Awak balik nanti kita siapkan diri untuk majlis kita.."kataku pendek.

Aku lihat bibirnya mula menguntum senyum. Tangannya diusap-usap ke pipiku. Aku rasa terbuai seketika sebelum aku mula tersedar bahawa kami sedikit keterlaluan kali ini.

Aku menolak tangannya.

Aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

"Sorry..."

"Saya pun sorry.."kataku.

Tiba-tiba terasa ada sesuatu menyentuh kakiku. Lembut dan menggelikan. Aku merenung bawah. Kucing ! Spontan aku menjerit dan terus bergerak laju ke sebelah Izlan dan memegang lengannya.

Izlan tergelak dan terus mendukung kucing yang diberi nama Vida oleh Nizam dan Aida. Tak tahu kepunyaan siapa, tapi kerap benar berada di sekitar kafe kami. Hanya aku sahaja yang tak mampu melayan Vida kerana ketakutanku terhadap kucing semenjak kecil lagi.

"Tak apa Vida..Auntie Hanna memang tak suka kucing. Dia suka Uncle aje.."usik Izlan padaku. Izlan yang sekali dua mengunjungi kafe kami pun sudah kenal dengan makhluk bermisai yang memiliki nama glamour ini.

Izlan mengusap-usap kepala Vida dengan penuh kasih sayang namun matanya tetap menatap mataku. Kami saling bertatapan tanpa berkata-kata, mungkin bekalan untuk mengubati rindu tika berpisah selepas ini.

"Abang Iz..."tiba-tiba ada suara memanggil dari tepi.

"Aesha" kata Izlan. Spontan aku melepaskan lengan Izlan. Kenapa tiba-tiba dia ada di sini ya?

Aesha berdiri bertentangan kami. Gayanya nampak biasa sahaja pagi ini. Seluar jeans, t-shirt lengan panjang dan tudung sarung. Wajahnya pula polos sahaja tanpa make-up seperti yang biasa ku lihat di media sosial. Ada raut murung pada riak wajahnya. Jika sekali imbas, tiada siapa yang akan perasan dia adalah Aesha Zulaikha, selebriti media sosial yang terkenal.

"Sha buat apa dekat sini?"tanya Izlan. Aku diam sahaja,perlahan-lahan aku mahu berlalu. Izlan menarik tanganku laju, tak mahu aku pergi. Sebelah tangan memegang Vida, sebelah tangan lagi memegang tanganku. Kelakar pula ku rasakan saat ini. Izlan seolah-olah menjadi rebutan tiga wanita, Aesha, aku dan Vida.

"Sha cari abanglah. Dah seminggu Sha call abang, wassap abang..Kenapa abang block Sha..Apa salah Sha?" suara Aesha kedengaran sedih sekali. Aku rasa bersalah untuk berada di sini lagi mendengar perbualan mereka.

"Sayang, awak jangan pergi mana-mana. Saya tak nak awak salah faham.."kata Izlan padaku tegas apabila aku mula mahu melepaskan tangan daripada genggamannya.

"Sayang?..Abang panggil perempuan ni sayang..?"kata Aesha bagai tak percaya. Matanya bulat memandangku penuh kebencian, sesekali matanya memandang Vida pula yang sedang asyik mengiau dalam pelukan Izlan.

"Sha, boleh tak stop Sha punya perangai merepek ni. Abang dah nak kahwin dengan Hanna, Sha pun dah nak kahwin..Kita pun tak pernah ada apa-apa.."tutur Izlan masih lembut mahu membalas amarah Aesha.

"Tapi Sha sayang abang. Abang pun sayang Sha...Sha tak nak kahwin dengan Irfan. Abang pun tak nak kahwin dengan perempuan ni. Betul tak?"rayu Aesha. Dia menghampiri Izlan, mahu memegang tangan Izlan.

Izlan meletakkan Vida perlahan-lahan di jalan.

Izlan menarik tanganku. Cuba menjauhkan diri daripada Aesha.

"Sha jangan bukan-bukan. Abang tak pernah sayang Sha. Sha adik tiri abang. Full stop."

"Tak. Kita akan kahwin kan bang.. Abang akan jumpa Papa dan Mama bagitahu yang kita akan kahwin. Thats the real plan.."jawab Aesha tegas.

"Dah lah Sha.. Sha makin mengarut. Abang nak Sha balik sekarang, sebelum abang call Papa Sha dan Mama bagitahu yang Sha buat kecoh kat sini.."ugut Izlan pada Aesha. Dia nampak keras hati saat ini dan tak peduli pada kata-kata Aesha.

"Arhhghhhh!!" Aesha menjerit dan menolak tubuh Izlan kuat. Sekaligus aku juga tertepis. Selepas itu dia berlari menuju ke kereta sportnya. Tak sampai seminit, kereta mewah berwarna merah itu bergerak laju melintasi kami. Mujur Izlan sempat menarik tanganku, jika tidak apalah nasibku dilanyak kereta mahal.

Aku mengurut dada. Peliknya perangai Aesha ini. Tak ku sangka dia bukanlah se'cool' yang aku sangkakan.

"Okay tak awak? Gila lah budak ni.."marah Izlan sambil memerhatikan tubuhku atas dan bawah. Beberapa pengunjung Kafe & Novel termasuk Ibu Faridah dan Kak Ita keluar mendapatkan kami.

"Okay, tak bahaya ke Aesha bawak kereta dalam keadaan macam tu? Saya takut dia accident pulak.."kataku sambil membetul-betulkan baju.

"Awak ni, nak risaukan dia buat apa? Awak nyaris kena langgar tadi tahu tak?"marah Izlan padaku.

Aku diam sahaja.




PESONA CINTA HANNAWhere stories live. Discover now