17

566 25 0
                                    

Irfan mengambil tempat di hadapanku. Menggantikan Izlan yang baru berlalu ke tandas untuk menukar bajunya.

Aku masih mendiamkan diri. Menunggu sahaja dia memulakan kata-kata.

Bukankah Irfan sudah kembali ke Australia untuk menyambung pengajiannya.

Apa pula dia lakukan di sini? Berani pula dia menunjukkan wajah kepadaku selepas begitu cekal mengucapkan kata-kata untuk berpisah denganku dulu.

“You apa khabar Hanna?”tanya Irfan kepadaku.

Kak Ita ingin datang menghampiri kami untuk mengambil pesanan makanan dari Irfan, aku menggelengkan kepala kepada Kak Ita.

Aku berharap Irfan akan pergi segera dari sini. Entah kenapa, panas hatiku melihat kehadirannya malam ini.

Jika dulu, wajah Irfan adalah kekuatanku selepas Kak Abby. Kini, perasaanku tawar melihat dirinya.

Bukan kerana kehadiran Izlan. Bukan juga kerana aku tidak redha ketentuan takdir. Tetapi aku tidak boleh menerima alasannya bahawa jarak yang jauh menjadikan hubungan kami mustahil.

“Alhamdulillah, macam biasa. You? “ tanyaku pula.

“Apa, kau ingat aku akan tertonggeng kesedihan apabila kau kata clash?

"Mimpi lah Irfan. Senang-senang sahaja kau hancurkan perhubungan yang kita bina selama 5 tahun."

"Saat paling aku perlukan dirimu, saat itu lah pula kau sungguh kental untuk pergi, Kau runtuhkan seketika rasa percayaku pada spesies bernama lelaki. Kau menyebabkan aku membina dinding dalam diri untuk bercinta semula.”Aku mengomel panjang di dalam hati.

Belum sempat Irfan menjawab, Izlan tiba di meja kami. Dia menghulurkan tangan ke arah Irfan sebelum duduk di antara aku dan Irfan tanpa rasa bersalah.

Irfan menyambut salam Izlan tapi jelas wajahnya nampak tidak selesa apabila Izlan duduk di meja itu.

“Staff baru ke?”tanya Irfan padaku sambal menghalakan tangannya kepada Izlan.

Aku tergelak. Mesti dia menyangka Izlan kru baru Coffee and Novel disebabkan t-shirt yang dipakainya.

Aku pun satu, lupa pula memperkenalkan mereka berdua.

“Sorry, lupa pula nak buat sessi perkenalan. Iz, ni Irfan. My friend masa belajar dulu..”aku sengaja tekankan perkataan my friend itu supaya jelas di pendengaran Irfan. Irfan ku lihat menarik muka tidak puas hati.

“Irfan, yang ni Izlan. Haah, dia ni staff  baru Coffee and Novel..”aku sengaja pula hendak mengenakan Izlan.

Baik pula dia, tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Hanya mengangguk dan tersenyum.

Lama kami bertiga diam. Aku merasakan Irfan masih ada perkara yang mahu dibincangkan denganku.

Sesekali dia memandang Izlan, mungkin memberikan isyarat meminta Izlan beredar dari situ. Izlan pula ku lihat membuat muka tidak faham, hanya memandang ke hadapan mendengar persembahan nyanyian.

Mesti Irfan pelik dengan perangai staf baru Coffee and Novel ini. Dah lah tidak melakukan sebarang kerja, duduk berhibur pula mendengar lagu bersama-sama bos. Aku tersenyum simpul sahaja menanti apa adegan seterusnya.

“Hanna, I ada nak cakap something dengan you. Kita cakap kat luar boleh. Sekejap sahaja..”ajak Irfan apabila melihat Izlan begitu degil untuk memahami isyaratnya. Aku mengangguk dan bangun.

Terkejut aku apabila Izlan menarik tanganku. Tetapi kali ini aku membiarkan sahaja. Mungkin ada perasaan ingin menyakitkan hati Irfan di hati kecilku kali ini.

PESONA CINTA HANNAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن