Bab 18

118K 5.2K 501
                                    

"Tengok ada barang yang tertinggal tak?" Puan Faridah memberi pesan terakhir sebelum mereka berangkat. Beg besar dah bersusun di ruang tamu. Aidan sibuk mengangkut buah rambutan dan durian yang diberi oleh tok babah ke dalam bonet kereta.

"Abang lapik dulu bonet" Tasnim datang dari pintu dapur membawa surat khabar. Aidan mengangkat kening melihat isterinya itu, masih berkain batik dan berbaju t-shirt lengan panjang.

"Tak nak ikut balik ke?" Tanya Aidan sambil menyambut huluran surat khabar tersebut. Surat khabar itu dibuka dan dihampar di dalam bonet.

"Nak la, Tasnim ni sibuk tahu tak? Nak kemas beg sendiri lagi, beg abang lagi.."

Aidan hanya tergelar mendengar Tasnim menekankan perkataan abang. Dengan tubuh masih menunduk ke bonet, Aidan menoleh memandang Tasnim di tepi. Geram je tengok budak ni mengomel.

"Abang angkut masuk bonet ni kang" Aidan mengacah mahu menarik tubuh Tasnim. Tasnim pantas menjauhkan diri. Sempat dia memukul lengan Aidan dengan surat khabar sebelum mencecet lari ke dalam rumah.

Aidan menggeleng perlahan. Tangan kiri mencengkak pinggang dengan tangan kanan menutup bonet kereta. Dia ingat dia boleh lari? Huh!

"Bawak kereta molek-molek. Ni mana budak Tasnim ni? Orang nak gi dah dia tak keluar lagi. Tasnim!" Bila si anak mahu pulang, tok chik la yang paling bising. Kalau boleh, semua dia nak perfect, semua cukup ada depan mata dia.

"Iyer chik, dah siap dah.." Tasnim kalut-kalut keluar dari bilik. Selendang hitam yang masih belum sempat dililit diselempang ke belakang. Tangan kirinya memegang kasut.

"Haa, tu la! Mandi lambat. Buat apa la berejam sangat dekat bilik air tu?" Sambil tangannya disalam Tasnim, sempat lagi orang tua itu membebel.

Aidan ketawa terkekek di anjung rumah. Semuanya sebab dia yang malas mengemas beg, jadi dia angkut semua baju dan beg dan diserahkan kepada Tasnim untuk gadis itu kemaskan untuknya. Eh silap, Tasnim bukan gadis. Wanita, errrr..tua untuk Tasnim. Perempuan..aaaaa..apa-apa jelah!

"Tok babah mana abang?" Sambil tangan menyarung kasut ke kaki, Tasnim mendongak sikit bertanya kepada Aidan.

"Tu dekat pangkin, tengah asah parang." Aidan membongkok badan mengambil handbag Tasnim. "Gi salam dengan tok babah, abang masuk bag"

"Jap"

"Yang babah nye pun. Anak cucu nak pergi dah ni, boleh pulak dia duduk kat situ."

Tasnim hanya tergelak nipis mendengar laungan tok chik di muka pintu.

"Haa..yalah.." Tok babah yang berada di pangkin itu memberhentikan kerjanya. Dia bangun mendekati Tasnim sambil mengelap tangannya yang basah ke kain tuala kecil yang diikat di pinggang.

"Tasnim gerak dulu tok babah" Tasnim menunduk menyalami tok babah. Tok babah hanya mengangguk. Tangannya menepuk perlahan bahu Tasnim.

"Jaga diri dekat tempat orang."

Tasnim kemudiannya masuk semula bertemu dengan ayahnya. Hisyam yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu yang memandang Tasnim mendekatinya.

"Tasnim pergi dulu, ayah" Tasnim menunduk kepala. Selama ini kalau Tasnim menghulur tangan, tak pernah Hisyam menyambutnya. Jadi langkah terbaik Tasnim hanya menundukkan kepala. Kakak-kakak dan adiknya senyap mengurung diri dalam bilik.

"Jaga diri. Jangan orang lain mati pulak kerana kamu"

Baru Tasnim mahu tersenyum tapi ayat belakang Hisyam mematikan hasratnya. Teragak-agak dia mengangguk. Tok chik menggeleng perlahan. Afina dan Aina buat tak endah walaupun mereka mendengarnya. Payah bila ada orang tak open minded dan susah terima takdir, macam ni la jadinya. Dah Allah bagi sakit tu, tak mau insaf lagi.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now