Bab 1

123K 6.5K 1K
                                    

T A S N I M
"Something told me I'm gonna love you forever"

TASNIM merenung lama batu nisan di hadapannya.Matanya sudah merah dan pedih akibat menangis.

Tanah yang masih basah dan merah itu diusap lembut.Air mata mengalir perlahan di pipi.Sembab terus wajahnya.

"Ibu.." panggilnya sayu.Dia kemudian meletakkan pipinya di tanah tersebut kemudian mendakap seolah-olah memeluk ibunya.

Aidan memerhati di pintu tanah perkuburan itu.Sudah satu jam dia menunggu Tasnim.Ahli keluarga yang lain semua sudah pulang.

Dia menghela nafas apabila melihat Tasnim yang makin menjadi-jadi tangisnya.Aidan kemudian merapati Tasnim lalu duduk bercangkung di sebelah gadis 15 tahun itu.

"Adik.." panggil Aidan lembut.Tasnim buat tak endah.Air matanya mengalir laju.Ibunya tiada,syurganya hilang.Habis mukanya kotor dek merah tanah.

"Adik.." panggil Aidan lagi.Kalau boleh,mahu saja dipeluk tubuh Tasnim yang sedang menangis hiba itu.Dia mengusap kepala Tasnim yang berbalut tudung itu.

"Ibu.." sesak suaranya memanggil.Dada penuh dan sesak seolah tak mempunyai ruang.

"Adik dah..adik macam ni lagi ibu sedih" pujuk Aidan.Dia keliru mahu memujuk.Kalau dulu senang saja Tasnim reda dengan pujukannya tapi kali ini tak berhasil.

Aidan akhirnya mengambil keputusan untuk duduk bersila di sebelah Tasnim.Dia merenung lama Tasnim kemudian mengalih pandangan ke kubur yang masih baru itu.

"Aidan jaga dia mak su"

TASNIM senyap membasuh pinggan di dapur.Mukanya lali dan membengkak akibat banyak menangis hari ni.

Sekali sekala air matanya dibiar turun tanpa disapu.Sunyi rumah ini terasa mencengkam hatinya.Tasnim menahan tangan di tepi sinki.Kalau tak diharapkan,memang dia jatuh terduduk.Bahunya terhinggut perlahan.

"Ibu.." panggil Tasnim perlahan.

Aidan keluar dari bilik mandi setelah selesai mandi dan mengambil wudhu'.Dia melihat Tasnim yang berada di sinki itu.

Pandangannya pula beralih kepada mangkuk bubur yang dibawa pulang dari masjid untuk Tasnim.Tak bersentuh langsung.

"Adik dah makan?" Aidan bertanya.Bahu Tasnim ternaik sikit.Dia cepat-cepat mengelap air mata dengan hujung bajunya.

"Abang..adik makan roti tadi." jawab Tasnim.Dia menoleh memandang Aidan yang berada di meja makan.

Aidan memandang sambil menghela nafas berat.Wajah Tasnim memang teruk sangat.Hilang terus sinar wajah manjanya.Wajah yang putih itu merah padam dengan bibir dan mata yang bengkak.

"Kenapa tak makan bubur?"

"Tak selera."

"Makanlah sikit.Kasihan abang yang bawa balik untuk adik." Aidan memerhati Tasnim yang mula kelihatan serba salah itu.

"Kalau sayang abang,makan sikit.Duduk sini,abang temankan" Aidan menggunakan cara halus.Dia yang hanya dengan kain tuala tanpa baju mengambil tempat di meja makan itu.

"Ermm..nanti adik makan." Tasnim mendalih.Dia kembali menoleh ke sinki lalu pili air dibuka.

"Nak abang dukung datang sini ke?" Soalan yang bernada amaran.Semenjak Tasnim meningkat 10 tahun,tok babah dah melarang Tasnim bermanja dengan Aidan.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now