Bab 14

113K 5.6K 1.5K
                                    

Zulaikha telah ditukar kepada Najiha. Harap maklum.

***

Aidan melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiz. Sambil dia membetulkan duduknya, mata mengerling kepada Tasnim yang duduk bersimpuh di sebelah Afina. Tak puas tengok isteri sendiri. Angau!

"Minum tok babah, pak long, pak ngah.." Tasnim menuang air ke dalam cawan dan mengeluarkannya daripada talam. Tok babah masik sibuk bercerita itu ini kepada cucu dan menantunya.

"Anak depa tu jadi macam tu sebab mak ayah tu kahwin sepupu. Babah duk larang dah, ey degil jugak. Anak jadi macam tu rasalah"

"Tak jugak bah, kadang-kadang sebab persekitaran dengan genetik." Encik Fakhrul menyangkal dakwaan Tok Babah mengatakan bayi jirannya yang sindrom down ialah dari perkahwinan sepupu.

"Orang dulu-dulu mana ada kahwin sepupu. Tak berkembang keturunan. Ni kamu semua dengar.." Tok Babah memanggil anak cucunya supaya mereka menumpukan perhatian kepada dia. "..tok babah tak nak kamu semua kahwin sesama sendiri. Keturunan aku tak da lagi yang kahwin dengan sepupu. Selagi aku hidup, jangan berani malukan keturunan aku!"

Tasnim mengangguk. Tangannya terasa digenggam Afina di sebelah. Matanya menyinggah sebentar kepada Aidan. Lelaki itu turut melihatnya dengan senyuman nipis 'semuanya baik-baik saja'.

"Tak adalah tok babah..geli la nak kahwin dengan sepupu sendiri. Kalau tercerai nanti, kan dah malu nak berjumpa" Sumayyah tanpa segan silu bercakap. Najiha di sebelah turut mengangguk bersetuju. "Betul-betul"

Aina menjuling mata ke atas. Dalam hatinya dah mula menyumpah dua orang sepupu di sebelahnya ini. Menyesal gila dulu kecik-kecik main dengan diorang. Kalau masa boleh diundur, nak je sepak masuk sungai. Biar lemas!

Aidan dalam hati dah meronta-ronta mahu menyangkal Tok Babah. Tapi malas dia mahu memanjangkan hal tersebut. Tersilap bicara, habis terbocor rahsianya dengan Tasnim.

***

Aidan duduk di tangga anjung rumah. Tangannya mencabut kelopak bunga kekwa yang dipetik dari taman Tok Chik belakang rumah. Saja sekadar menghilangkan bosan.

Hatinya berfikir tentang kata-kata tok babah tadi. Dia tak takut, malahan bila Tok Babah tahu sekalipun, dia boleh larikan diri bersama Tasnim dan mulakan hidup baru. Tapi, tak tenang hatinya. Perkara sebesar ini dirahsiakan dari keluarga.

"Abang?" Tasnim yang hendak menutup pintu depan itu terangkat kening melihat Aidan yang duduk di tangga.

Aidan menoleh. "Eh, buat apa sini?"

Tasnim melihat kiri kanan sebelum dia turun mendekati Aidan. Tudung dah tersarung dari sebelum dia keluar dari bilik lagi. Ruang sebelah Aidan didudukinya.

"Tasnim nak tutup pintu tadi. Pelik jugak pintu terbuka tengah-tengah malam." Tasnim merapatkan kakinya ke badan. Udara sejuk malam singgah lembut mengena kulitnya.

Aidan mengangguk. Nafasnya ditarik dengan tangan dimasukkan ke dalam poket baju melayu yang dipakainya. Kepala dijatuhkan ke bahu Tasnim. Mata berkelip lambat memerhati kegelapan malam.

"Abang menyesal ke, kahwin dengan Tasnim?"

Lama menyepi, Tasnim membuka mulut. Pipinya dilabuh ke atas kepala Aidan. Bau rambut Aidan menusuk ke rongga hidung. Lembut, wangi.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now