Bab 15

123K 5.5K 1K
                                    

Aidan keluar dari bilik air sambil mengelap rambut. Dia menggunakan bilik air di dapur disebabkan Hafiz berkeras mahu menggunakan bilik air di bilik. Orang nak mandi baru sibuk nak mandi.

Sambil mengelap rambut, dia terpandang kelibat Tasnim yang sedang membongkok mengambil sandal di pintu belakang.

Melihat tudung bawal yang tersarung kemas bersama baju labuh berwarna cream di tubuh Tasnim, Aidan mengerutkan kening. Pakai cantik-cantik nak pergi mana? Selalu di rumah dia hanya mengenakan t-shirt dan kain batik, ni dengan palazo segala.

Tasnim berpusing, tangan memegang tali sandal.

"Abang!" Tasnim terjerit melihat Aidan yang berdiri di belakang sambil merenung ke arahnya dengan hanya bertuala dan dada bogel yang sangat kacak!

"Adik nak pergi mana?" Aidan yang selalunya tak kisah, memaut pinggang Tasnim. Terkujat Tasnim dibuatnya. Dada Aidan ditahan dengan tangan kirinya sementara tangan kanan memegang sandal.

"Na--nak pergi pekan kejap, ada barang nak beli"

Bersinar bola mata Aidan, dia tersengih.

"Nak ikut"

Tasnim terkebil.

"Err..aabang nak ikut nak buat apa? Lagipun adik nak pergi dengan kak Yana. Kak Yati sekali." Terang Tasnim. Pelik apabila Aidan bersungguh mahu mengikut. Tak malukah dia?

Aidan menjuih mulut. "Apa masalahnya kalau abang ikut?"

"Nanti abang sorang lelaki, kesian abang. Abang nak jalan dengan sapa?"

"Hmm"

Aidan menunduk sambil mencebik mulut. Pegangan dipinggang Tasnim dilepaskan. Dia berpusing dan berlalu. Tasnim tersengih melihat bahu Aidan yang jatuh dan tubuh mengendur. Merajuk konon. Babap kang!

Malas melayan, Tasnim melangkah ke ruang tamu. Selipar diletakkan di rak kasut khasnya di tepi pintu. Sandal bersarung diambil dan diletakkan di bendul pintu.

Yana dan Yati di cari. Dia melangkah ke bilik mereka. Dijengukkan kepala sedikit untuk melihat didalam bilik.

"Akak" panggil Tasnim.

Yana berpusing. Yati masih melilit shawl di hadapan cermin.

"Eh,Tasnim. Kejap ya. Ni kak Diana lambat sangat. Nak berbelit-belit" Kak Yana menjeling kepada Yati.

Yati hanya tersengih sambil membuka jari telunjuk dan jari tengahnya. Peace!

Tasnim mengangguk.

"Tak pa akak.Take your time, Tasnim tunggu dalam kereta ok?" Yana mengangguk.

"Sorry Tasnim" Yati membuat muka kesian. Shawl masih lagi tergantung sebelah pendek sebelah panjang.

"It's okey" Tasnim tersenyum.Ni kalau tok babah tahu kami bertutur dalam bahasa Inggeris, mau disemburnya dengan minyak petrol. Pantang betul dia mendengar orang bercakap dalam bahasa penjajah itu.

Oleh itu, tok babah menetapkan undang-undang didalam rumah ini seorang pun tidak dibenarkan bercakap dalam bahasa Inggeris. Sangatlah tak open minded. Tapi, disebabkan hampir kebanyakan cucunya belajar di luar negara, bahasa Inggeris seperti menjadi bahasa kedua.

Cuma dihadapan tok babah, tiada seorang pun yang berani, sekalipun abang Aidan.

Baru saja Tasnim mahu bergerak, Yana menahan.

"Eh ni Tasnim. Kita tak naik kereta abang Hafiz . Kita naik kereta abang Aidan. Honda City warna hitam tu. Tasnim tahu kan?"

Tasnim mengangguk. Tahu sangat ler kereta suami dia. Ehehehe..tapi macam curiga je bila naik kereta abang Aidan. Kenapa tak kereta Mak Ngah? Kereta abang Hafiz?

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now