Bab 10

114K 5.5K 406
                                    

T A S N I M
Something told me I'm gonna love you forever

Tasnim melihat diri di cermin. Berdebar sungguh hatinya. Abang Aidan memang gila. Selalu buat jantungnya mahu terloncat keluar. Kalau dia mati, Aidan harus dipersalahkan.

"A-abang..Tasnim tak nak.." Tasnim mengalihkan wajahnya ke tepi sambil dia menahan dada Aidan yang menindihnya. Pangkal lehernya terasa geli dengan bibir dan janggut sejemput Aidan yang bermain di situ.

Aidan mengangkat kepala, melihat gadis dibawahnya. Tangan Tasnim sejuk mengena dadanya walaupun berlapik baju. Mata itu terpejam dengan kening sedikit kerut.

Aidan menghela nafas. Tulang pipi isterinya dicium nipis. "Abang tak paksa" Aidan bangun dari menindih Tasnim. Baju kurung Tasnim yang terselak ke perut dibetulkan. "Mandi sini. Abang mandi bawah.."

Tasnim menjatuhkan kepalanya. Siku ditongkat ke sinki sambil tapak tangan memukul dahi tanda kesal.

"Abang marah tak?"

"Kalau dia marah macam mana?"

"Aku dah jadi isteri derhaka ke?"

Pelbagai persoalan diutarakan tanpa jawapan. Tasnim menampar perlahan pipinya. Gila. Gila. Gila. Mesti abang marah. Isteri tak boleh tolak kemahuan suami. Tapi...

"Tasnim..dah siap ke? Ibu dah balik" suara Aidan bergema di luar dengan bunyi ketukan di pintu.

Tasnim yang mula hendak melorot jatuh itu terus tegak badannya. Kain tuala yang sudah melonggar dipegang dengan tangan kiri. Dia tersentak. Ibu balik? Tapi dia ada dalam bilik Aidan. Macam mana kalau ibu tahu? Kenapa Aidan boleh tenang?

"Tasnim.." Aidan memanggil lagi. Tasnim kalut tak tahu hendak buat apa. Rambutnya diramas. Mundar-mandir dia di situ. Apa nak buat? Apa nak buat?

"Tasnim dengar abang tak?" Suara Aidan kuat. Tasnim tergopoh keluar dengan kain tuala longgarnya yang masih belum terselit. Pintu dibuka luas.

"Abang..shhhh" Tasnim menekup mulut Aidan. Satu tangan memegang bahu Aidan dengan kaki terjengket. Matanya dijegil kepada Aidan. Jangan cakap kuat, nanti ibu tahu. Aidan mengerut kening kenapa awak ni?

"Aidan.." Faridah memanggil dari luar. Tasnim memejam mata apabila suara itu mendekat. Tubuhnya spontan merapat ke tubuh Aidan. Seolah mahu masuk terus ke tubuh lelaki itu.

"Ai---" Faridah terhenti. Dia terkelip melihat Aidan dan Tasnim yang 'bersatu'. Dengan dua-dua hanya bertuala.

Aidan menggerakkan anak mata melihat Puan Faridah di pintu. Tasnim masih kaku di hadapannya. Takut terkantoi.

Tasnim keras. Dalam otaknya mula mencari pelbagai alasan. Dia tak sanggup dikatakan menggoda Aidan. Dia pula tak sanggup dikatakan berbuat tak senonoh bersama Aidan. Macam mana ni? Bagaimana? How? Andweeee..

Tasnim resah bila tualanya mula dirasakan melonggar. Sedikit demi sedikit menyapu kulit tubuhnya. Tasnim mengigit bibir. Bahagian hadapan melurut jatuh.

Tangan dia lepaskan dari mulut Aidan. Baru dia mahu menahan, Aidan terlebih dahulu memaut tubuhnya. Memegang tuala daripada terjatuh. Tubuh Tasnim dibawa merapat ke tubuh. Dia membuat isyarat mata kepada Puan Faridah, menyuruh wanita itu keluar.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now