Bab 9

115K 5.4K 425
                                    

Aidan membelok kereta ke kanan memasuki pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. Sambil bersiul dia mencari tempat yang diberitahu oleh ibunya.

"In 400 meters, turn left" suara di aplikasi Waze berbunyi. Aidan meluncur memasuki roundabout kemudian membelok ke sebelah kiri menuruni bukit.

Dia memperlahankan kereta apabila sudah memasuki kawasan bangunan asrama pelajar perempaun. Melihat tanda T4 yang terpampang besar di hadapan bangunan itu, tahulah dia yang dia telah berada di bangunan yang betul.

Aidan melihat jam di dashboard, baru jam 3:30 petang. Ibunya kata tadi Tasnim habis exam pukul 4 petang. Dia menghendap keluar tingkap sambil bibirnya dijuih sikit. Antik betul asrama diorang ni.

Bosan menunggu di dalam kereta, Aidan keluar mengambil angin. Pintu keretanya ditutup sebelum dia berjalan sambil mata melilau memerhati sekeliling. Not bad.

Mendapati ada pondok di sebelah bangunan tersebut, Aidan segera berjalan lalu melabuhkan punggung di situ. Handphone di poket belakangnya dikeluarkan.

Ummi Cayang❤
Abang dah sampai ke tempat Tasnim?

Me
Dah ibu. Tasnim belum habis exam lagi.

Aidan senyum kecil. Save ummi, panggil ibu. Dia bukannya apa, dia cuma suka dengar panggilan ummi. Tapi dari kecil dia terbiasa dengan panggilan ibu, nanti panggil ummi terkejut pulak ibunya itu.

Nanti la, bila dapat anak, anak dia panggil Tasnim ummi.

Ummi, ummi. Hihihi..comel.

Aih..bila nak dapat anak ni? Tak sabar nak ganyang baby. Geram je rasa.

Pantas dia membuka akaun Instagramnya lalu melihat koleksi gambar bayi yang di'saved'nya. Mengekek dia ketawa melihat teletah anak kecil yang mencuit hati. Makin meluap-luap rasa nak timang anak.

Mendengar suara-suara di belakang, Aidan menoleh kepalanya. Jam di pergelangan tangannya dilihat. Dah 4:15 petang, patutlah ramai pelajar perempuan yang berjalan memasuki halaman asrama mereka.

Dia menjenguk juga mencari kelibat Tasnim. Namun dalam keramaian dan melihat semua orang memakai tudung putih, pening juga Aidan mahu mencari.

"Tasnim aku gerak dulu"

Aidan menoleh semula. Melihat seorang gadis yang bertudung bawal agak labuh dan memakai baju kurung, dia berdiri perlahan.

Tasnim tanpa sedar diri diperhatikan itu hanya tersenyum lebar dan melambai kepada rakannya yang berjalan ke bangunan sebelah. Matanya terkenyit akibat pancaran mentari.

MasyaAllah, inikah isteriku?

Aidan berlari anak mendapatkan Tasnim yang sudah bergerak mahu memasuki bangunan.

"Sayang" panggilnya perlahan sambil memaut lengan Tasnim. Tangan itu ditarik perlahan supaya Tasnim menghadapnya.

Tasnim menoleh dengan keningnya berkerut. Siapa main tarik-tarik ni?

Kepala Tasnim terdongak memandang Aidan dengan matanya bulat bersinar. Bibirnya kecil membentuk huruf o. Matanya dikebil berkali, tak percaya apa yang dilihatnya.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now