Bab 3

111K 6K 1.5K
                                    

Aidan menuju ke dapur.Atas meja,atas peti ais,bawah kabinet semua diselongkarnya tapi powerbanknya masih tak ditemui.Aidan menggaru kepala.

Mendengar bunyi selipar menghempas lantai,Aidan berpusing.Tasnim di hadapan pintu dapur sambil membasuh seliparnya.Pasti dari tempat penyembunyiannya---sungai belakang rumah tok babah.

"Adik.."

Tasnim berpusing melihat Aidan yang berdiri di belakangnya.

"Abang.." Tasnim segera bangun dari mencangkung.Tangannya yang basah dilap ke baju.Tudung yang sedikit terselak dibetulkan.

"Adik ada nampak powerbank abang tak? Rasanya abang letak dekat atas peti ais tu tadi nak charge." Tasnim mengerut dahi.Dia menggaru kening sekejap sebelum melangkah ke peti ais.Terjengket-jengket dia menjenguk.

"Rasanya sebelum adik keluar adik perasan kat atas ni.Tapi dah tak de.."

Aidan turut membontoti Tasnim."Tu laa..baru semalam abang letak."

Tasnim menghadap Aidan.Dahinya berkerut memikir.Isi dalam mulutnya dimainkan.

"Abang ambil dah kut.Cari tak dalam bilik?"

"Dah..tapi tak de.." Aidan menarik kerusi lalu duduk.Tangannya menongkat kepala sambil memandang Tasnim yang berdiri di hadapannya.

"Hermm..tak pasti la abang.." Tasnim menggaru kepala.

"Macam mana ni? Malam ni abang nak balik sana dah." Aidan memandang Tasnim dengan riak yang serabut.Tasnim pula terkebil mahu menyelesaikan masalah abangnya.

"Abang beli lain je la.Malam ni kan balik? Sempat je.." Tasnim menahan tangan kirinya di atas meja.Aidan memuncung.

"Yang tu kan abang beli dengan adik.Mana sama dengan yang lain.." perlahan saja suara Aidan.Tasnim tersengih kecil.

"Apa bezanya? Sama je la..boleh charge jugak.."

Aidan masih senyap,merenung peti ais.Macam mana boleh hilang macam tu je?!

Tasnim cuma senyap je memerhati Aidan.Nak tolong cari pun tak tahu dekat mana.Apa susah sangat ni? Beli baru je la..

"Adikk.." Aidan memanggil.Nadanya sedih.

"Hurmm.." Tasnim mengangkat sedikit keningnya.

"Jom teman abang pergi beli baru,boleh?"

Tasnim menggaru pipi.Dia mengambil tempat di sebelah Aidan.Aidan memerhati tingkah Tasnim.

"Adik takut ayah marah.." bisik Tasnim perlahan.Matanya melihat sekitar dapur,takut kehadiran ayahnya tak sedari.

"Alaa.." Aidan menjatuhkan kepala.Paksu ni pun..dulu sporting je.

"Tak payah bagitahu paksu---"

"Aip..abang ni..mana boleh.." Tasnim cepat memintas.Tangannya naik hendak memukul Aidan tapi dibatalkan saja niatnya.Mereka dah besar dan ada batas.

Aidan senyum sikit melihat Tasnim yang serba salah itu.Tangan naik,tapi tak hinggap.Wajah putih merah Tasnim direnung.Adui..cantik!

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now