Bab 11

111K 5.4K 350
                                    

Aidan menghempas badan ke atas katil. Kedua tangan menampung kepala di atas bantal. Terkebil-kebil matanya memandang siling. Dia mengangkat sedikit kepalanya sebelum mengeluarkan tangan kanannya.

Dibelek-belek ke udara. Tangan yang disalami Tasnim. Cincin yang tersarung di tangan diperhati lama. Aidan memejam mata. Tak tahu apa yang mendorongnya untuk membuat keputusan sebenar ini.

Terasa tak selesa, Aidan kembali bangun. Tuala diambil dan dia melangkah untuk mandi. Buka saja pintu, baru dia tersedar bahawa paip bilik airnya telah rosak. Mahu tak mahu Aidan membuka baju dan menyalin kepada tuala sebelum dia turun mandi di tingkat bawah.

Dari sebelum mandi sehinggalah dia siap, fikirannya menerawang merata. Puan Faridah yang sejak tadi duduk menikmati air halia pelik dengan sikap Aidan. Dia yang tercongok dekat sini boleh diendahkan.

"Aidan!"

Aidan yang menutup pintu bilik air itu tersentak. Dia berpaling menghadap Puan Faridah yang entah bila duduk di meja makan itu.

"Ibu, bila lagi duk kat sini?"

Puan Faridah mengangguk-angguk. Sah! Aidan ni berangan.

"Ibu dekat sini dari sebelum kamu masuk tandas lagi.."

"Ohh..." Aidan menggaru kepalanya. "..tak perasan.."

"Nak perasan macam mana kalau dok berangsn tak ingat dunia. Ingat siapa tu? Tak sabar dah nak balik sana?" Puan Faridah jeling memerhati. Namun Aidan cuma tersenyum nipis.

Puan Faridah menghela nafas. Selalu Aidan bergurau dengannya tapi malam ni nampaknya mood anaknya ini tak baik.

"Nak share sesuatu dengan ibu?" Puan Faridah mengangkat kening sedikit.

Aidan cuma tersenyum menggeleng. "Aidan naik atas dulu."

Puan Faridah memandang Aidan yang melepasinya. Belum sempat lelaki itu keluar dari dapur, Puan Faridah menahan. "Ibu ni ibu. Sorang ibu tahu hati anaknya, Aidan.." Puan Faridah menoleh memandang belakang Aidan. "Betul tak de apa-apa?"

Aidan senyap. Matanya dipejam, sekadar untuk mencari kekuatan. Dia lambat menoleh ke arah ibunya. Kerusi di sebelah Puan Faridah ditarik.

Aidan duduk menahan siku di atas paha. Tangan Puan Faridah diambil lalu digenggam.

"Ibu?" Aidan memanggil dengan mata merenung ke bawah.

"Ya, sayang.."

Aidan mengangkat kepala memandang mata bening itu. "Kalau suatu hari nanti, Aidan buat keputusan yang terbesar dalam hidup Aidan tapi Aidan membelakangkan ibu. Ibu kecewa tak?"

Lama juga Puan Faridah mencerna ayat Aidan. Dia kemudiannya tersenyum nipis. "Kalau keputusan itu baik untuk Aidan dan agama, apa ibu boleh buat."

Aidan mengukir senyum tipis. Lega sedikit dengan jawapan ibunya.

"Kenapa ni, nak? Resah je.." Puan Faridah memegang kedua pipi Aidan. Rambut basah itu dilurut cermat. Aidan senyap. Mencari kata yang sebetulnya untuk diungkap.

Mrs. Aidan: My Little BrideWhere stories live. Discover now