JODINSTA 16

37 3 0
                                    

Eliz membuka akaun instagram miliknya . Scroll punya scroll terjumpa postingan Luthfi . Tersengih dia seketika . Gambar ni . Gambar kami berdua di tepi padang sewaktu perlawanan bola sepak di sekolah .

Luthyusoff  The one who said im handsome and cute .

Hampir tercekik Eliz membaca caption Luthfi . Masalah kan dapat pakwe perasan lebih ni.  Memanjang puji diri sendiri aje. Batak sungguh eh eh . Eliz menekan butang comment.

elsyzia_ tak penat eh puji diri sendiri

Tidak sampai beberapa minit comment itu dibalas oleh Luthfi .

Luthyusoff dah cakap memang malu nak ngaku kan haih . MENGAKU JE LAH SAYANG OI !
fasyura_zz bersemut dah screen aku
aimeanss boleh dpt diabetes gua
nad_iya kau kena tabah dpt mamat macam ni @elsyzia_
elsyzia_ dah la nipu , riak pulak tu allahu berubahlah bro@luthyusoff
itszahhhh nak fighting pulak dah
nqibb17 ingat sweet ke shitons
aimeanss depa nak lawan kita@itszahhh

Eliz ketawa mengekek ngekek membaca komen rakan rakannya . Aduhai . Masalah betul jadi orang yang senang terhibur ni . Tapi memang mereka ni suka buat lawak hm hambar lah kekadang tu .

•••

Macam biasa waktu rehat Eliz akan pergi koperasi sekolah . Menu biasalah . Ada orang tanya tak muak ke dia makan roti hari hari . Hm kadang tu muak lah . Tapi favourite kan . Lagipun roti berkhasiat uhukss .

"Milo dengan roti coklat satu " pesan Eliz dengan genggaman duit ditangan . Dia tahu harga kesemuanya .

"RM2.30 " kata budak koperasi yang merupakan pelajar petang .Siap package muka mintak penampar lagi . Dengan pelanggan tu cubalah senyum . Ni muka mintak kaki . Eliz menghulurkan duit tersebut .

"Terima kasih " perli Eliz kuat kuat . Hish muka dah lah masam mencuka . Terima kasih pun takde . Dasar takde budi bahasa . Aku complain kang kena pecat padan muka .

Eliz berjalan menuju ke cafe minda sambil membebel seorang diri . Hish goblok punya budak . Kau tu dah lah junior . Hormat sikit junior ni .Cehh

Bummpp !

Badannya terasa sakit apabila bertembung dengan seseorang . Sakit doo . Batu ke apa !? Eliz menggosok gosok bahunya yang sakit . Aku ke yang salah jalan tak tengok depan . Hish ni membebel pasal budak koperasi lah ni . Punca lah budak ni .

"Ssorry sorry " kata budak lelaki dihadapan Eliz . Dia teka sahaja lelaki sebab suara memang lelaki . Matanya perlahan lahan memandang wajah manusia itu . Gulp !!

"Zahril...."gumam Eliz perlahan .

"Syazia !" panggil manusia dihadapan Eliz . Ya dia Zahril .

Masa lampau Eliz yang memang takkan pernah dia ingat sampai bila bila . Namun dia tidak dapat menahan rasa terkejut tadi lalu meluncur laju nama lelaki itu .

Eliz terus melangkah dan beredar dari situ . Kenangan lama terimbau . Manusia tulah penyebabnya ! Sebab dia Eliz kosongkan hatinya selama empat tahun.  Dan sekarang kenapa...kenapa dia muncul kembali .

"Syazia ! Tunggu ! " panggil Zahril apabila Eliz berlalu dari situ .

Makin dipanggil makin laju derapan kaki Eliz menuju ke kafe minda . Buat apa lelaki tu dekat sini . Macam mana dia boleh ada dekat sini . Jangan cakap...yang dia sambung tingkatan enam dekat sini . No no ! Mustahil sangat !

"saya nak tanya pejabat dekat mana " soal Zahril apabila dia berjaya berdiri dihadapan Eliz .

"dekat blok F sebelah sana " jawab Eliz tanpa sesaat pun memandang wajah Zahril . Benci ! Itu yang dia rasakan .

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now