"Ikut apa yang kita dah rancang . Jangan sampai kantoi . Takut jadi complicated pulak kang " kata suara sang pemanggil di sana .
"Aip aip cipp ! Dont worry . Dia takkan tahu . You know me . Im the best actor in Malaysia okay HAHAHA " penerima panggilan itu bersedia menjalankan tugas yang diberikan .
"Good . Okay set pukul 12 dah kena sampai . 12.30 dah ada kat situ . Papehal aku roger . Raklu " si pemanggil mengingatkan semula segala yang telah ditetapkan .
"Okay bye " panggilan ditamatkan . Terukir senyuman nakal dibibir itu .
Terasa tidak sabar menunggu hari esok . Hari yang akan merubah hidup seseorang . Kau akan terima padahnya Eliz . Itulah siapa suruh pendam sangat .
Telefon diambil semula , contact name rakan seperjuangannya didail . Senyuman makin melebar .
"Hello sis , esok ikut plan macam semalam . Kita kena bekerjasama . Jangan lupa . Dan tolong behave jangan sampai dia perasan " pesanan yang sama diulang .
"Okay no prob ! See you tommorow " panggilan ditamatkan .
Kau tunggu esok Eliz Syazia . Hari hari kau yang indah akan berubah . Jangan terkejut sangat dengan suprise esok . Selamat menempuh hari hari indah .
●●●
Paradigm Mall
" Nak pergi mana dulu ni ? " soal Nadya memandang Eliz dan Izzah yang sedang meliarkan pandangan memandang mall ini .
"Selfie dulu nak tak ? " promote Izzah . Bab selfie memang dia lah win .
"Aku nak beli coolblog dulu lah " ujar Eliz . Tekaknya berasa haus . Hati sekali haus . Eh tak , hati rasa tak sedap . Like something gonna happen .
"Okay jom coolblog dulu " Izzah menarik tangan dua sahabatnya itu menuju escalator .
Sambil itu , tangannya mencapai telefon bimbit . Aplikasi whatsapp dibuka . Nama seseorang pantas dicari .
Kitaorang g coolblog dulu . aku mesej nanti kau terus keluar tau !
SEND !
Telefonnya kembali disimpan . Sambil menaip , telefonnya dijauhkan dari Eliz agar Eliz tidak melihat segalanya . Bahaya !
"Kita ambik gambar kat carpark nak tak ? Carpark kat atas tu . Situ tak ramai parking . Alah yang dak hipster selalu amik gambar tu . Aku pun nak try gak " ajak Nadya begitu teruja . Huh nak jadi dak hispter jugak ke minah ni .
"Ha boleh jugak " jawab Izzah .
Eliz hanya mengangguk dan khusyuk menikmati air coolblognya . Tanpa Eliz sedar , Izzah dan Nadya 'pass' tangan tanda berjaya . Sikit saje lagi .
●●●
Izzah dan Nadya sengaja jalan lambat lambat dibelakang Eliz apabila hampir sampai di carpark yang telah dijanjikan , biar Eliz mendahului mereka berdua .
Senyuman terukir dibibir dua orang sahabat Eliz itu . Telefon dikeluarkan . Nombor seseorang didail .
"We're here" ucapnya perlahan agar tidak didengari Eliz .
Kemudian Izzah dan Nadya sekali lagi 'pass' tangan . This is the right time . Goodluck Eliz .
Eliz yang berjalan sendirian berasa hairan apabila suara rakannya langsung tidak kedengaran sesudah mereka masuk ke dalam kawasan carpark .
Hatinya mula rasa tidak tenteram . Nafas turun naik . Perlahan lahan dia memusingkan badan ke arah belakang . Kosong . Tiada sesiapa kecuali dia .
Mana perginya Izzah dan Nadya yang tadi ada dibelakangnya . Dia mula panik . Air liur ditelan beberapa kali . Dah la sorang sorang dekat situ .
YOU ARE READING
Jodoh Instagram
RomanceEliz Syazia , gadis yang sangat berjiwa kental . Pelbagai dugaan diharungi . Berkat orang sekelilingnya dia mampu lalui semua ini . Hati yang mulanya terbuka untuk si dia makin lama makin tertutup dan terkunci semula . Siapakah yang mencuri kunci te...