JODINSTA 3

51 2 0
                                    

Taman Adda Heights .

Iphone 7 Luthfi berdering dan bergetar . Tertera nama Aiman . Apalah dia nak malam malam buta ni .

"Hello Luth . Esok kitorang nak hangout . Nak join tak ? " Aiman memulakan pembicaraan .

"Siapa je and kat mana ? " soal Luthfi .

"Paradigm . Aku , Naqib ngan classmate girl aku tiga orang "

"Ouh malas lah aku . Ade geng kau yang lain lagi " dalih Luthfi .

"Okay la kalau cemtu . Btw ada El tau . Byeeee "

Tuttutttt.......

"Cilake punya kawan . Bukan nak bagitahu awal awal " bebel Luthfi sendiri .

Dia kembali mendail nombor Aiman semula .

"Eh aku nak ikut lah ! Kul brp esok ? "

"Eleh tadi bukan main malas la pelah . Dengar nama El je bukan main kau eh " Aiman mula bebel .

"Alah kau ni . Kul berapa esok ? "

"1 petang "

"Ouhokay aku tunggu kat dalam MPH ar " jawab Luthfi teruja .

"Okay bye"

Tuttutttt.....

●●●

Paradigm Mall

Eliz datang awal ke Paradigm . Tidak mengikut apa yang dirancang oleh rakan rakan yang lain . Dia sengaja datang awal kerana mahu mencari buku latihan di MPH .

Kenapa tak tunggu rakan yang lain ? Semua tak boleh pakai . Lain nak cari lain yang dicari .
Eliz sampai di Paradigm Mall tepat jam 12.00 tengah hari .

MPH dituju . Seperti biasa mata akan melilau melihat lihat sekeliling walaupun dah acap kali datang ke sini .

Lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali berkumandang menandakan ada seseorang menelefon . Tertera nama Izzah disitu .

"Hello "

"El kau kat mana ? Aku da sampai ni . Kat dalam MPH . Datang awal la sikit weh "

"Jadah haram . Janji kul 1 " Eliz mula mencarut .

"Bapak aku hantar awal . Dia nak keluar . Kau kat mana ni ? "

"Baru sampai . Otw MPH lah ni . Nasib baik aku terfikir nak datang awal . Kalau tak lone to ly lah kau " jawab Eliz lagi .

"Hahahah . Dah la cepat sini . Aku kat bahagian buku latihan "

"Oklah jap bye "

Eliz mengatur seribu langkah ke MPH yang berada di tingkat 3 . Masuk sahaja MPH dia berjalan pantas ke arah tempat letaknya buku latihan .

Penatnya lalu lorong lorong kecik ni . Dah la MPH ni besar . Mahu tak letih mencarinya .

"Woi mana kau Zah " Eliz sedikit menjerit memanggil Izzah .

Mujur tidak ramai orang . So suka hati dia je lah . Eliz merungut di dalam hati . Tak pasal pasal kena jogging dalam kedai buku ni . Eliz berlari lari anak mencari dimana rakan baiknya itu .

Tiba di satu lorong ,

"Allahuakbarr " Eliz beristighfar  apabila hampir melanggar manusia yang duduk melunjur di tepi rak buku itu .

Mujur dia tak langgar dan sempat brek kecemasan . Kalau tak mahunya dengan dia sekali tergolek dekat situ .

'Yang manusia ni pun satu ingat kedai bapak dia ke nak duduk kat bawah bagai . Dah la lorong kecik . Kalau aku langgar tadi tak ke jadi bala ' marah Eliz dalam hati.

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now