Perlawanan terakhir adalah antara Smk Indah Bakti dan Smk Sultan Ismail . Permainan yang semestinya sengit . Kedua dua sekolah merupakan musuh tradisi di dalam padang .
"Doakan aku" sempat lagi Luthfi berbisik ditelinga Eliz sebelum melangkah masuk ke dalam padang .
Eliz tersenyum simpul memandang Luthfi yang sedang meregangkan otot . Sesekali Luthfi menjeling Eliz yang sedari tadi memerhatikannya .
"Kalau ye pun . Janganlah pandang sampai nak tembus muka si Luthfi tu " usik Izzah yang dari tadi perhatikan gelagat Eliz .
"Eish mana ada " dalih Eliz menidakkan kata kata Izzah .
"Eleh " Izzah mencebikkan bibir . Taknak mengaku konon .
Perlawanan bermula . Para pemain mengambil tempat yang sepatutnya . Penonton yang hadir juga sudah mulai bersorak . Kawasan tepi padang penuh dengan penyokong penyokong .
Eliz , Izzah dan Nadya dari tadi terjerit sana sini . Mereka juga minat bola . Perempuan minat bola takde hal kan ? Mereka adalah antara penyokong tegar Smk Indah Bakti .
Setiap tahun ada saja muka mereka . Yelah , nak bagi semangat dekat kawan baik yang berdua tu lah kan . Kesian tiap kali nak lawan mesti merayu minta mereka bertiga datang .
"Gooaaallll!!!!! " jerit Nadya dengan gembira sekali siap package lompat . Buah hati dia yang goal kan memang lah .
"Yeahhhhh!!!!" Izzah pula melepaskan kegembiraan .
"Kipidapp Indah Bakti !! " sorak Eliz begitu semangat .
Permainan diteruskan lagi . Kini kedudukan sudah 1-0 . Maknanya Luthfi sudah bolos satu . Mukanya juga agak sedih .
Eliz memandang gerak geri Luthfi yang agak murung . Tiba tiba pandangannya bertembung dengan Luthfi . Senyuman manis dihadiahkan .
Signal 'good' juga diberikan tanda semangat . Balasan positive diterima . Sempat juga Luthfi mengenyitkan mata kepada Eliz . Buah hati beri semangat , takkan nak merundum lagi .
●●●
"Congrats guyss . You did it !! " ucap Nadya begitu seronok .
Aiman dan Naqib hanya terangguk angguk . Smk Indah Bakti berjaya menewaskan Smk Sultan Ismail dengan jaringan tunggal Naqib . Begitu gembira seluruh warga Smk Indah Bakti . Mereka berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lepas .
"Tahniah Luth" ucap Eliz apabila terlihat kelibat Luthfi mendekatinya .
"Thanks " balas Luthfi cukup lembut .
" Dapat nombor dua pun okay apa . Dont be too sad " nasihat Eliz .
"Aku takkesah dapat nombor dua . Yang paling penting aku sentiasa jadi nombor satu yang bertakhta dihati kau "kenyitan menggatal diberikan kepada Eliz . Mulut manis berbicara .
"Merepek apa kau ni ?" Eliz berasa agak segan . Haih sengaja betul si Luthfi ni nak mengacau dia.
"By the way tadi kenapa kau pandang aku macam nak tembus muka aku ni . Handsome sangat eh aku harini ? " Luthfi mula memperbetulkan rambutnya agar lebih terletak elok .
Alamak dia perasan pulak Eliz tenung dia tadi . Kantoi! Entah entah Luthfi pun perhatikan Eliz jugak . Tu yang terbolos satu . HAHAHA
"Kau kan rupa dah ada tau . Tapi lebih kacak kalau kau buang sifat PERASANTAN kau tu !!! " Eliz mengangkat kaki beredar dari situ .
Mukanya merah menahan malu . Macam mana lah boleh kantoi dengan Luthfi ni . Mana nak letak muka ni adoi . Izzah dan Nadya yang sedang berbual bual bersama Aiman dan Naqib dituju . Itu ajelah tempat yang selamat .
YOU ARE READING
Jodoh Instagram
RomanceEliz Syazia , gadis yang sangat berjiwa kental . Pelbagai dugaan diharungi . Berkat orang sekelilingnya dia mampu lalui semua ini . Hati yang mulanya terbuka untuk si dia makin lama makin tertutup dan terkunci semula . Siapakah yang mencuri kunci te...