JODINSTA 7

43 1 0
                                    

Pagi yang indah membangkitkan semangat Eliz untuk bangun ke sekolah . Dia bangun awal seperti biasa . Baju sekolah yang sudah digantung elok di paku dinding terus disarung . Scarf putih diperbetulkan supaya tidak senget . Tudung sekolah putih bersih berlencana dan tanda nama segera disarungkan .

Eliz turun ke bawah . Kelihatan ayahnya sedang menghirup air kopi di meja makan . Eliz segera mencapai cawan dan menuang air milo sejuk yang diambilnya dari peti ais . Lega .

"Abah cepat sikit . Dah lambat ni !" Jerit Eliz dari luar rumah yang sedang menyarung kasut converse hitamnya .

"Kejaplah ! " sahut Encik Kamal .

"Hish abah ni " rungut Eliz . Padahal mana ada lambat . Aku je yang nak datang awal kahkah .

●●●

Smk Indah Bakti

Macam biasa , ruang kosong dibahagian barisan perempuan yang paling depan disediakan untuk ketua penolong kelas 5PA1 yang berwibawa iaitu Eliz Syazia .

"Awal kau datang " perli Nadya .

"semangat ! hehehe " jawab Eliz sambil menyengih .

"Semangat lah semalam baru otp dengan crush lah kan " selamba dek je Izzah berkata tanpa memandang kiri dan kanan .

Eliz pantas menekup mulut Izzah . Matanya dijengilkan . Dasar mulu murai ! Tak reti simpan rahsia betul lah . Izzah senyum menampakkan giginya . Ingat iklan colgate ? Fuh

"Haa ?? Crush siapa ? "soal Nadya sedikit kuat .

Eliz sudah memandang Nadya seperti mahu menelannnya . Eh aku kerat 13 jugak kesayangan Naqib ni .

"Ni lagi sekor . Nak aku amik mikrofon dekat pentas tu ke ? " soal Eliz sarkastik dengan keningnya yang sengaja diangkat .

"Alah sorry lah . Nanti cita au . Kalau tak......" Nadya tersenyum jahat .

Eliz mengangkat keningnya . Dahinya berkerut .

"Kalau tak aku post gambar kau dengan Luth semalam kat ig hahahaha " Nadya ketawa jahat . Eliz melopong .

"Berani ke ? " soal Eliz semula . Takut ? Takut jugaklah . Tapi rileks okay . Kita kena chill .

"Ofcourse hahaha " Nadya sudah ketawa mengekek ngekek bersama Izzah .

"Eh geng aku dengar kan lusa dah start game bola " kata Izzah penuh teruja . Hm mana tak teruja . Pakwe dia main bola . Excited lebih je .

"Main kat mana ? " soal Eliz walaupun matanya memandang tempat lain .

"Sekolah kita lah . Jom tengok . Nak tak ? " Izzah sudah membuat muka berharap . Dengan dikelipkan sekali matanya . Euww gediknya . Tak mengaku kawan okay !

"Aku on je , jom ar ! " sokong Nadya yang tadinya diam kerana sedang tekun membuat kerja sekolah di perhimpunan . Salah satu budaya pelajar yang tak pernah pupus .

"Jom ! Mari kita sama sama menyokong sekolah kita !" Eliz berkata dengan semangat siap mengangkat tangannya lagi .

"Ewah orang tu . Sokong sekolah ke sokong buah hati . Nampaknya tahun ni El berpaling tadah lah " Izzah menjuirkan bibirnya .

Eliz agak blur . Whats wrong here ? Apa ni ? Allahu .

"Haah buah hati dia kan main jugak " Nadya pula menambah rencah .

"Siapa pulak korang ni ? Tah pape je ar " Eliz mengulingkan matanya . Dia kembali menghadap pentas .

" Luthfi Hilaz " bisik Nadya ditelinga Eliz .

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now