JODINSTA 2

58 6 0
                                    

Taman Indah Bakti

Jam lonceng terus berdering . Terasa payah teramat untuk membuka mata . Rasa seperti tidak sanggup menghentikan mimpi indah tadi .

Dengan terpaksa Eliz beredar ke bilik air . Ada setengah jam untuk mandi dan solat subuh . Ni semua gara gara mimpi lah . Sampaikan dia tak sanggup nak pause mimpi tu .

"Yaya !! Bangun da pukul 6 !! " jerit Angahnya iaitu Izuan Arsyad dari luar bilik .

"Ye ye dah bangun lah " sambut Eliz .

"Okay good girl "

'Kecoh betul si kerempeng ni lah . Tahu ler aku nak bangun . Terjerit pagi pagi macam orang siaw je ' bebel Eliz dalam hati .

●●●

SMK Bakti Mutiara

Eliz datang lewat ke sekolah . Ini semua gara gara Angah . Bukannya nak check minyak ada ke tak . Da kering kontang tong minyak tu . Dasar tak peka dan prihatin betul .

Tak pasal pasal nama Eliz tercatat dalam buku pengawas . Ini merupakan kali pertama dia datang lewat . Sebelum ni tak datang je . Datang lewat belum masuk senarai .

Selesai tulis nama , Eliz terus duduk di barisan kelas . Macam biasa , memang sudah dikhaskan tempat duduk untuk Eliz Syazia , Penolong ketua kelas 5PA1 iaitu Prinsip Akaun 1 .

Eliz sudah menjadi penolong ketua kelas sejak tingkatan satu lagi sehinggalah tahun terakhir di sekolah menengah ini . Dengan sikap yang bertanggungjawab itu telah membuktikan bahawasanya Eliz sangat layak dengan jawatan ini . Ceh puji diri sendiri pulak !

Harini ada majlis watikah perlantikan ketua , pengawas dan pustakawan . Nametag yang tertera perkataan 'PENOLONG KETUA KELAS' yang berwarna merah disematkan di tudung putih bersih miliknya .

Setelah itu Eliz berlari ke arah belah tepi dewan , di mana tempat beraturnya para penerima watikah . Rasa gugup ? Tak pernah wujud dalam diri Eliz . Eliz ni seorang yang sangat sempoi , tak kesah tentang impression orang dan kata kata orang .

"Ketua kelas 5PA1 , Aidan Hazmil bin Mahamod"

Nama yang kedua di panggil .

" Dan penolongnya , Nur Eliz Syahzia binti Mohammad Kamarul " sebut pengacara majlis itu .

Manakala dalam hati Eliz sudah menyumpah seranah pengacara majlis itu kerana salah menyebut namanya .

Eliz menuju ke arah barisan kelasnya . Dia duduk di hadapan Izzah.Muka masam ditunjukkan .

"Geram sia aku ngan pengawas ketot tu . Ade ke dia sebut nama syahzia . Ee sejak bila pulak wujud h dalam nama aku . Sengal sia " leternya dengan muka merah padam yang menahan marah .

"Hahaha lek lek . Dia pelat tu " kata Izzah .

Izzah menahan ketawa melihat telatah aku yang serupa kanak kanak ini .

"Takde la bangang sangat . Cuba aku sebut nama dia salah . Mesti mental arn . Sedangkan kita panggil dia ketot pun dia mental teruk " Eliz menjulingkan mata .

Eliz , Izzah dan Nadya ketawa kuat . Dalam bebelan Eliz ni mesti ada lawaknya . Ada saja caranya nak buat kawan kawan sekelilingnya ketawa . Puji diri lagi ! Aduh .

●●●

Kelas 5PA1

"Woi makcik makcik bawang ! " sergah Aiman kepada Eliz , Izzah dan Nadya .

"Kau nampak kasut converse aku yang hitam lagi berkilat ni ? " soal Eliz sarkastik .

Aiman angguk .

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now