Johor Bahru , Johor .
Eliz duduk berehat di beranda bilik . Terasa sungguh sejuk angin malam ini . Hari kelihatan gelap . Tiada bintang bintang yang menerangi langit . Mungkin inilah petanda bahawa hujan akan turun .
Eliz mencapai iphone 7 pemberian abah apabila dia berjaya dengan cemerlang pada peperiksaan PT3 yang lepas . Eliz menjaganya dengan penuh hati hati . Tiada langsung kelihatan retakan di skrin tersebut .
Eliz membuka akaun instagram , inilah rutinnya . Malahan menjadi hobi dikala bosan . Eliz menonton video video yang dipost oleh rakan rakan instagram . Jaranglah tidak terbit senyuman dibibir tatkala menyaksikan aksi mereka yang melucukan .
Mata Eliz tertancap pada satu postingan sahabatnya iaitu Aiman . Aiman mengepost gambarnya bersama rakannya yang lain di Padang Seri Gelam , Johor Bahru .
Eliz membuka instagram rakan Aiman itu . Untungnya dia tidak private account . 'Handsome' gumam hati Eliz . Dia melihat semua yang dipost oleh _luthyusoff. Apa nama sebenar dia ? Yusof ? Luth ? Eliz masih lagi rancak stalk instagram lelaki yang mungkin bernama Yusof atau Luthfi atau Luthfi Yusof itu .
Dan yes akhirnya dia jumpa apa yang dicari . Setelah membaca kesemua komen , dia dapat menangkap siapa nama lelaki tersebut . Luthfi! Jadi nama panjangnya Luthfi Yusoff . Sangat indah namanya , begitu juga tuannya .
Memandangkan Luthfi itu rakan Aiman , Eliz berhasrat untuk tanya lebih lanjut mengenai Luthfi kepada Aiman , tetapi dia takut kantoi pula . Mulut Aiman tu bukannya boleh tutup . Kerjanya mengusik orang . Habis nanti satu sekolah tahu . Eliz terus membuka whatsapp dan ingin menceritakan tentang Luthfi kepada sahabat baiknya , Izzah .
Eliz
Weh ! Aku jumpa jodoh baru dok !Jap aku send gambar dia .
{PHOTO}Izzah
Wow ! Dah move on dari yang lama ke ?
Eliz
Ofcourse dah weh ! Sem arn yang baru ni ?Izzah
Jap ler loading ni .Eliz
Okayyyyyy !!!Izzah
Boleh tahan mana kau kenal ?Eliz
Kawan aiman la weh . Satu team bola maybe . nama dia Luthfi Yusoff . Aku ingat nak tanya Aiman tapi kau tahula mamat tu...Izzah
Ouh hahaha . Takpela biar aku tanyakan . Takdelah dia pikir bebukan sangat .Eliz
Okay babe pergi tanya cepat hahaha .30 minutes later
Izzah
Nama dia Luthfi Hilaz bin Md Yusoff . Sekolah SMK Sultan Ismail . Keeper bola katanya . Stay adda heights . Sama umur ngan kita geng .Eliz
Ouh... panjang lebarnya . Thankyou babe mwahh .Izzah
No hal la sis . Eh jap , aku mcm kenal la do . Ouh haah la . Kawan sekolah rendah gua babe . Maigad how come tak perasan .
YOU ARE READING
Jodoh Instagram
RomanceEliz Syazia , gadis yang sangat berjiwa kental . Pelbagai dugaan diharungi . Berkat orang sekelilingnya dia mampu lalui semua ini . Hati yang mulanya terbuka untuk si dia makin lama makin tertutup dan terkunci semula . Siapakah yang mencuri kunci te...