JODINSTA 15

35 1 0
                                    

"Siapa"soal Eliz dengan malas .

"Taktahu . Dia kata kawan kau . Lelaki lah " terang Along dimuka pintu bilik Eliz .

Aiman ? Mustahil sebab Along kenal Aiman kot . Takkan dah lupa muka si goblok tu . Naqib ? Dulu mereka geng dekat sekolah agama juga . Along kenal semua kawan aku . Tapi sorang je... Luthfi Hilaz . Dia ? Mana mungkin dia datang sini . Takkan beranilah dia . Maybe classmate .

Tudung yang tersangkut dipaku dinding segera dicapai dan disarung . Langkahnya cukup longlai . Mengacau betul manusia ni . Dahlah tengah badmood. Time macam ni lah sebok nak datang.

Pintu dibuka . Gate dituju . Namun tiada sesiapa yang kelihatan . Along game aku ke apa ni ? Nafas dihela berat . Dasar ! Aku kena game la dengan Along . Baru sahaja Eliz memusingkan badan .

"Hai "sapa satu suara .

Gulp ! Menyesal aku fitnah Along . Tarik balik !!! Segera Eliz menoleh kebelakang .

Panggg !! Sedas tembakan tepat mengenai lubuk hatinya. Huh berdarah sikit terobek sikit . Apa mamat ni buat dekat sini ? Dah buang tebiat ke apa datang rumah orang .

Mata dipejam . Tahan tahan . Rileks . Ingat Allah . Zikir . Allahuakbar . Langkah dipusing kembali . Aku tak tahan . Adegan tadi terimbau kembali . Mana mungkin aku lupa ! No takkan pernah .

Kaki Eliz terhenti tatkala lengannya yang berlapik dengan baju dipegang oleh Luthfi . Nasib berlapik . Kalau tak memang makan selipar flippo Eliz .

"Eliz , bagi aku peluang please "ucap Luthfi dengan nada yang serendah rendahnya . Dia cuba untuk berlembut . Dia perlu berlembut untuk melawan hati keras Eliz .

Jeda .

"El , kenapa dengan kau ? Aku ada buat salah ke ? Bagitahu aku kalau aku ada buat salah please . Janganlah buat aku macam ni . Jangan palau aku macam ni . Sakit El sakit sangat " Luthfi menampar nampar dadanya . huh sakit ? tak sesakit hati Eliz .

Diam .

"El....pleaseeee"rayu Luthfi lagi . Muka Eliz yang memandang arah lain ditatap rindu .

Salah aku ke ? Ye salah aku . Aku terlalu cemburu sangat . Setakat pegang tangan . Mungkin Dyana sengaja tadi . Memang niat Dyana nak runtuhkan kebahagiaan aku . Mungkin ini salah satu jalannya . Bodohnya aku sebab terpedaya !

"Aku mintak maaf " mata Eliz teralih kepada seraut wajah Luthfi Hilaz . Mukanya nampak gelisah .

"Heih , kenapa mintak maaf pula ni ?" soal Luthfi lembut .

"Aku bodoh . Bodoh sebab tuduh kau tanpa usul periksa . Aku percaya bulat bulat apa yang aku nampak . Aku tak tanya kau apa yang jadi sebenarnya . Aku tak bagi kau peluang untuk jelaskan . Aku hukum kau tanpa sebarang alasan kukuh . Aku terpedaya dengan Dyana . Aku lagi bodoh sebab terpedaya dengan dia . Aku....." air mata menitis sedikit .

"hei hei ! El , dah dah . Stop . Jangan nangis . Kau tak buat apa pun . Kau tak salah . Jangan nangis . Aku tak suka . Paham tak ?" Luthfi cuba menenangkan Eliz yang bercelaru . Luthfi mengelap sisa baki air mata dipipi Eliz .

Terasa sangat . Terasa hangat sentuhan tu . Allahuakbar . Aku bagi dia sentuh ke tadi ? Astaghfirullah macam mana boleh lalai !! Eliz beriak kurang selesa .

"ssoryy " ucap Luthfi apabila perasan kertelanjurannya . Haih hati dia tak dapat kawal masa air mata tu menitis . Dia tak suka . Dia benci tengok air mata suci orang yang dia sayang gugur kerana sebab yang bodoh .

"Dah okay . Chill . Senyum ." Luthfi beria membuat senyuman semanis mungkin .

"tak come lah Luth " tercuit hati Eliz dengan muka Luthfi .

"kan senyum tu " hidung Eliz dicuit . Ee gatal betul tangan .

"Jom , aku cerita semuanya " Luthfi mengajak Eliz duduk dibangku hadapan rumah Eliz .

"Aku datang sekolah tadi takde sebab lain melainkan nak jemput kau . Kau kata ayah tak amik kan ? Sebab tu aku datang . Kelang kabut lepas habis kelas tadi , nasib tak accident . Aku saje nak buat suprise , tapi lain pulak yang jadi bila Dyana tu muncul tiba tiba "

"accident ? dekat mana ? kau okay tak ni ? dah pegi klinik ke tak ? "soal Eliz bertalu talu . Risau benar dia .

"weh ! aku tak accident lah . aku cakap hampir hampir . rileks lah , buah hati kau ni okay lagi . masih hensem seperti selalu "

"Ee perasan ! Dah sambung " Belakang badan Luthfi ditepuk kuat sehingga terjerit kecil mamat tu .

"Aku tengah tunggu kau kat depan tu . Tiba tiba dia datang kat sebelah . Apa lagi , merenyeh lah . Nak aje aku sekel kat situ jugak . Nasib baik boyfriend kau ni berperikemanusiaan lagi . Pastu aku tengok jam , kau mesti dah keluar . Aku nak terus chaw g bustop lah , eh tetiba dia pegang tangan aku . Ha meletop jugak aku kat situ . Teruk juga makan maki tadi " Luthfi ketawa teringat betapa geramnya dia sampaikan memaki hamun Dyana tadi . Tertunduk je si sotong tu .

"Bebual apa je dengan dia ? " soal Eliz

"Macam biasa . Dia kata masih sayang aku lah . Dia mintak maaf pasal dulu lah . Nak dengan aku lagi lah . Ee menyampah sia " terang Luthfi dengan mimik muka menyampah . Jelas sangat kebencian dia tu .

"Kau masih sayang dia ?" spontan ayat itu keluar dari mulut Eliz . Terkesiman Luthfi mendengar pertanyaan itu .

"Apa ni El ? Soalan apa ni ? " soalan dijawab dengan soalan kembali .

"Aku tanya je " rendah nada Eliz .

"Ofcourse no . And never ever . Sayang aku hanya untuk kau . Kau yang duduk dalam hati aku ni . Takde nama lain selain Eliz Syazia . Takkan pernah ada . Aku hanya nak kau je El .  "luah Luthfi . Aduhai cairnyaa !

"Thanks . Kau yakin yang kau akan sentiasa percayakan aku ? Dan janji jangan pernah buang nama aku dari hati kau " mata bertentang mata . Eliz cukup risau . Risau akan minah phsycho itu .

Kalau suatu hari nanti semua yang Dyana cakap tu akan termakbul . Apa akan jadi pada dirinya . Jika dia difitnah , mampukah Luthfi masih mempercayai dirinya . Masih kukuh ke hati Luthfi untuk dia .

"Aku janji aku takkan pernah buang nama kau wajah kau dari hati ni . Dan aku akan sentiasa percaya dengan kau . Kepercayaan tu yang mengukuhkan lagi hubungan kan ? I'll always , and i hope you too "

"Always Luth . Thankyou so much for having me in your heart "

"Thanks too for all this happiness "

"Sweet sangat kenapa kau ni hahaha " memerah muka Eliz menahan malu . haih blushing habis .

"Sweet dengan kau je pun " mata dikenyitkan . Gatal !

"Taknak balik ke ? Dah nak maghrib ni bang oi " hari sudah makin gelap petanda mahu memasuki sesi malam .

"Amboi halau nampak "

"Mana ada ! Tapi dah nak maghrib ni .  Nampak hari dah nak gelap " langit ditunjukk .

"Yelah aku balik . Orang halau kan . Nak buat macam mana " Helmet disi diambil .

"Luthfi ! aku pancung kepala kau kang " Eliz menyinga melihat Luthfi . Orang cakap benda betul . Dah nak maghrib . Tak baik duduk kat luar .

"Tengok tu ! nampak sangat tak sayang aku !" ajuk Luthfi.  Helmet dipakai . Kunci dimasukkan .

"Luthfi Hilaz !" jerit Eliz kecil .

Tergelak Luthfi melihat muka Eliz yang menyinga . Aduhai , dapat juga kenakan dia . Orang acah merajuk je . Ingat dapat pujuk , eh kena marah pulak .

"Memain je pun sayang oi . Balik dulu eh " Enjin distart.

"ish ! hati hati tau . bye ."

"Bye iloveyou . assalamualikum " sempat dia melambaikan tangan . Muncung mulut tu pun sempat dibuat . Hampir terjengil keluar biji mata Eliz . Buat hal betul mamat ni .

"waalaikumussalam gatal !" jerit kecil Eliz .

Pintu pagar ditutup setelah bayang Luthfi tidak kelihatan lagi . Kelakar Luthfi ni . Datang sebab nak settlekan masalah kecik ni . hm kecik ke ? Dia matang , sangat matang . Tak tunggu Eliz merajuk berhari hari pun . Bagusnya !

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now