JODINSTA 17

32 2 0
                                    

"Geng kita takkan pernah jadi pentagon atau segala gon gon lagi . cukup heksagon . no more ahli . kalau korang betul nak dia join balik , biar dia join . aku keluar " tegas Eliz berkata kata tanpa sekalipun kesah tentang perasaan Zahril di situ .

Baginya tiada kelembutan untuk lelaki itu . Straight to the point . Tak perlu berdalih . Lepas ni suka hati mereka nak buat apa . Kalau mereka rasa Zahril yang dah tinggalkan mereka tanpa sebarang berita tu lebih penting , go on . I dont and never care .

Semua yang ada disitu hanya diam . Masing masing memandang muka . Mereka dilema . Sama ada sahabat atau kawan . Sahabat yang bertahun tahun dengan mereka . Dan kawan yang dah bertahun tinggalkan mereka without no reason .

Eliz terus pergi ke perhentian bas seperti biasa . Moodnya sudah hilang dan berantakan . Stress . Dan seperti biasa iPhone dan earphone dikeluarkan . Ayat kursi ON . Sambil itu dia termenung sendiri .

Zahril yang terpandang akan Eliz di perhentian bas itu berniat untuk menyapa . Bukan sahaja menyapa , minta maaf dan segalanya . Zahril tersedar yang Eliz tak pernah berubah . Masih dengan hobi yang sama , lagak yang sama cuma hatinya . Hatinya kini tulus membenci Zahril .

Dia menarik nafas panjang . Sempat dia berfikir untuk cakap apa . Dia takut jika Eliz menghindarkan diri darinya . Perlahan lahan dia duduk disebelah Eliz . Eliz yang perasan ada firgura duduk disebelahnya hanya diam membisu .

"Syaz " Zahril mengerling ke arah Eliz .

Tiada sahutan . Zahril berdehem sedikit kuat . Eliz yang tersedar figura itu memanggilnya terus berpaling . BUMP !!! Seperti terhempap batu besar sahaja hatinya .

"Kau masih dengan hobi yang sama kan " basa basi Zahril .

"Aku datang bukan nak hancurkan persahabatan korang . Aku cuma , cuma nak berkawan balik . Nak kawan kawan aku yang dulu . Tu je " Zahril mengerling wajah Eliz sedikit . Tiada reaksi . Dia tersenyum kelat .

"Kau tak pernah berubah kan Syaz . Masih dengan perwatakan yang sama . Cuma....." Zahril menelan air liur . Peritnya untuk disambung .

"Cuma hati dan perasaan aku untuk kau dah berubah dah lama terpadam . Yang penuh cuma rasa benci menyampah muak geli loyar . " Tanpa segan silu Eliz menyampuk .

Zahril terkedu . Kata kata itu cukup mencucuk ke dalam . Sakit yang teramat . Beratnya hukuman ini .

"aku mintak maaf untuk segalanya . mungkin aku tak dapat ubah apa apa termasuk hati kau . tapi tolonglah jangan bencikan aku . aku cuma nak kemaafan itu saje "  Zahril menutup mata menahan segalanya .

"kenapa kau pergi tinggalkan kitaorang " pantas Eliz menyoal .

"kau tak perlu tahu . kalau kau tahu pun takkan dapat merubah apa apa kan ? " tidak mungkin dia membuka rahsia tentang itu . Eliz tidak boleh tahu .

"betul lah tu . nothing will change " selamba dan sinis Eliz berkata .

"El !! Jom !" jerit Luthfi dari motosikalnya . Eliz terus pergi ke arah Luthfi tanpa menoleh mahupun berpamitan pada Zahril .

"Abah amik lah harini " Eliz dah call abahnya awal awal lagi tadi .

"Oh , cuba call abah da sampai mana " arah Luthfi . Salah dia juga datang tak bagitahu .

"Jap jap " Nombor abah terus ditekan .

Tuttutttt

"Hello bah "

"hello"

"Abah kat mana " Eliz memandang Luthfi sambil menunjuk muka annoying .

"Baru nak gerak g kereta ni kenapa "

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now