JODINSTA 14

25 0 0
                                    

Hari ini merupakan hari sukan tahunan bagi SMK Indah Bakti . Macam biasalah , Eliz Syazia pasti akan tersenarai di dalam squad acara padang iaitu acara larian .

Tahun lepas dia tewas kepada senior dalam acara larian 100 meter . Dan semestinya pada tahun ini , dia akan merebut semula title Ratu Pecut . Untuk tahun terakhir ini, agak lumayan juga . Eliz memasuki acara larian 100,4x200 dan 4x100 meter .

Semua pelajar telah berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing masing . Lima sahabat itu terpisah . Lagi lagi yang bertiga itu . Aiman dan Eliz merupakan ahli pasukan Bumi , manakala Naqib , Izzah dan Nadya adalah ahli rumah sukan Neptune .

Atlet atlet yang memasuki acara dipanggil ke tempat masing masing . Dan untuk acara yang terakhir dan paling dinantikan , acara 100 meter .

Walaupun berbeza rumah sukan , lima sahabat itu tidak pernah putus asa menyokong rakan mereka yang terlibat dengan acara . Semua penyokong rumah sukan sudah bersiapa sedia di tepi dan keliling padang bagi menyaksikan perlawanan yang cukup hangat ini .

Debaran yang terlalu kuat kini dirasakan oleh Eliz . Inilah acara kegemarannya . Nervous sangat . Telinganya terdengar sorakan daripada empat sahabatnya .

Sempat dia mengerlingkan mata ke arah mereka . Eh berlima ? Siapa lagi sorang tu ? Belum sempat dia memerhatikan dengan betul , namanya dipanggil ke garisan permulaan . Haish kacau .

Bunyi hon yang paling kuat kedengaran menandakan bermulanya acara pecut itu . Eliz mengeluarkan segala tenaga . Tidak mungkin dia mensia siakan segala yang telah dilatih selama ini . Impian yang satu ini harus dicapai !

"Bumi !! Bumi !!"

"Eliz !! Eliz!! Eliz !!"

"Neptune !! Neptune !!

"Go Marikh goo !!!"

Suasana menjadi semakin hangat dengan sorakan pelajar . Semestinya mereka inginkan kemenangan bagi rumah sukan masing masing.

"Yeahh !!! " jeritan paling kuat daripada empat sahabat itu.

Termengah mengah Eliz di garisan penamat . Alhamdulillah . Dia berjaya . Berkat usaha gigihnya . Galakan guru dan rakan juga keluarga . Dapat juga beat medal along yang bergantung dekat dinding rumah tu .

"Congrats sayang !!" Izzah terus menerpa ke arah Eliz yang sedang jalan termengah mengah .

"hahaha macam tak percaya dapat emas tahun ni " bicara Eliz .

" Berkat usaha kau weh !" Nadya menunjukkn thumbs up .

" Eh tadi aku nampakk korang macam berlima . Kawan baru eh . Eh jap , satu , dua , tiga , empat . Kenapa empat pulak dah ni ? " Eliz makin keliru . Salah tengok kot . Maybe budak lain tetiba join diorang .

"Lima !!" sambung Luthfi datang bersama secawan milo ais .

"Luthh !!? " jerit Eliz kecil tidak percaya .

"Yes , i am " selamba mukanya dan menghulurkan air itu kepada Eliz .

"Macam mana.... "

"Minum dulu . Penat aku pergi hujung sana belikan untuk kau " potong Luthfi segera sebelum sempat Eliz menyoal .

Lega tekaknya . Haih terima kasihlah pakwe ku sayang . Lega tekak dinda . Sejuk pula tu .

"Aiman kata sekolah kau ada buat hari sukan . Then katanya buah hati aku masuk acara . Thats why datang " Luthfi tersenyum senyum memandang Eliz .

"Ohhh " jawab Elizz dan masih menyedut airnya .

"Yang kau tak bagitahu aku kenapa ? " soal Luthfi .

Jodoh Instagram Where stories live. Discover now