Bab 15

7.2K 99 17
                                    

ARGHHHH...

Jeritan kuat itu membuatkan Taqim terjaga. Dia pantas berlari keluar daripada bilik sendiri, menuju ke bilik daddy. Kenapa? Apa yang tak kena. Sebaik saja dia tolak daun pintu, dia tengok kaca bertaburan di atas lantai.

"Daddy?" panggil Taqim kuat. Risaunya menjadi-jadi.

Kaca itu dilangkah. Penuh hati-hati. Risau terluka tapak kaki nanti. Dia dekati pintu bilik air yang sedikit terbuka dan bila dia tolak daun pintu, matanya terjegil bila melihat ibu tirinya sekadar berkemban. Peha putih gebu itu jelas di depan mata, malah dada itu...

Taqim cepat-cepat berkalih namun belum sempat dia berlalu, tubuh sasanya dipeluk daripada belakang.

"Eh, mak cik... apa ni?" Tangan halus itu cuba ditolak tapi tenaga wanita muda ini sukar ditandingi saat ini. Seperti ada sesuatu yang sedang merasuk.

"Mak cik... tolonglah. Jangan buat macam ni. Tak baik!" Taqim tolak tubuh itu sekuat hati. Dia berpaling dan memandang wajah itu penuh benci.

"Kenapa mak cik buat macam ni?" Dia menggeleng bagai tak percaya. Silap dia tak keluar rumah bila Fiqri ajak dia celebrate sempena tamat pengajian.

"Kenapa? Tak boleh? Qim tak tergoda ke tengok saya?" Kening tipis itu terjongket tinggi.

"Mak cik memang gila!" jerit Taqim. Dia mahu berlalu pantas tapi kakinya terpijak kaca daripada cermin tilik yang pecah. Dia mengaduh. Darah merah meleleh daripada telapak kakinya.

Arhh... wajah Taqim berkerut lebat. Dia cuba seret kaki yang masih tersisa dengan cebisan kaca tapi, langkah dia pincang. Wanita gila itu sempat memaut tubuhnya hingga dia tersembam dan saat dia menoleh, wanita itu pantas memeluknya erat dengan tubuh yang terdedah sana-sini.

Bila dia tolak sekuat hati, butang baju tidurnya tercabut. Terpelanting entah ke mana hingga mendedahkan dada yang bidang di depan mata ibu tirinya yang sedang dirasuk. Apatah lagi bila tangan halus itu cuba meraihnya.

Baru Taqim nak tolak, wajah daddy dan dua orang pembantu rumahnya muncul di muka pintu. Mata daddy merah. Taqim tolak tubuh halus itu sekuat hati. Tak kisah lagi akan tangisan dibuat-buat perempuan jalang itu. Dia bangkit dan berdiri. Berharap pada belas ihsan daddy biarpun dia tahu, renungan daddy adalah renungan orang yang mula hilang kepercayaan padanya.

"Dasar anak tak guna! Aku suruh kau kahwin, kau kata tak sedia lagi! Diam-diam kau cuba buat tak senonoh dekat mak tiri kau? Bini bapak kau sendiri!" jerit daddy dan serentak itu, tangan kasar itu hingga tepat ke wajah Taqim.

"Tak, daddy... Qim tak salah..." rayunya dalam tangisan.

"Kalau tak salah, itu apa?" Suara Datuk Mustapha mengaum kuat sambil menunjuk pada isterinya yang sedang menangis teresak-esak di tepi dinding.

"Itu apa, Mustaqim? Cuba kau cakap?" Sekali lagi, ayunan telapak tangannya hinggap tepat pada wajah anak sendiri.

"Betul, daddy..." Taqim cuba mengesot dan meraih kaki Datuk Mustapha namun sayang bila dia disepak terajang tanpa henti.

"Daddy... daddy pandang Qim..." Kaki Datuk Mustapha diraih lagi dan dipeluk erat. Tak kisah biarpun tangan daddy terus meliar menamparnya hingga pedih bibir yang sudah mula mengalir darah.

"Daddy pandang, Qim... Qim tak pernah sakitkan hati daddy. Qim tak pernah bantah dan buat apa yang daddy tak suka." Taqim senyum bersama air mata yang mengalir. Dieratkan pelukan pada kaki daddy biarpun lelaki itu terus menolak.

"Qim anak daddy. Selama ni, daddy percayakan, Qim. Kenapa sekarang ni..." Bicaranya mati bila dia lihat senyuman sinis yang tersungging pada bibir perempuan tak guna itu.

Rasa nak meraung. Tangisnya sudah menjadi esakan. Kepalanya terus melangut pada Datuk Mustapha.

"Untuk kali terakhir, daddy... Qim merayu... percaya dekat Qim. Qim tak jahil untuk buat dosa terkutuk tu, daddy..."

"Hey, Mustaqim! Kau jangan nak sebut dosa pahala dengan aku kalau dah nafsu jadi raja dalam diri kau tu!!!" Sekali lagi, suara tua itu bergema. Kepala Taqim ditunjal kasar dan kakinya terus menyepak tubuh sasa itu agar menjauh.

Hingga anak itu terduduk tanpa apa-apa tindak balas lagi, Datuk Mustapha pantas mencapai kayu golfnya dan memukul anaknya berkali-kali biarpun berbuih mulut Taqim menafi. Hingga tiada lagi rayuan. Yang tinggal hanya titisan air mata bahana kebencian yang memuncak.

"Kau keluar daripada rumah aku ni, anak tak guna! Kau bukan anak aku lagi! Bukan!!!" Serentak itu, Datuk Mustapha campak kayu golfnya dinding. Dia dekati isteri tersayang dan menyelimut tubuh terdedah itu dengan selimut.

Saat ini, Taqim menoleh. Senyuman wanita itu, sekali lagi membelah hatinya. Sakit luka di kaki dan seluruh tubuhnya, hanya sementara dan dia tahu... sakit di hati yang akan dia bawa... adalah selamanya.

Dia bangkit... menyeka darah sendiri.

Berlalu dengan luka dan darah malah bersama kekecewaan yang bukan sedikit.

MATA kuyu yang sejak tadi terkatup, terbuka bila dirasakan vibrate telefonnya. Dia seluk poket dan menarik keluar telefon tersebut. Nama Wan muncul. Taqim senyum setelah melalui frasa hidup yang masih pahit kerana memori lalu muncul bila bertemu dengan daddy.

"Ya, Wan?" sapanya perlahan.

Aik... dahi Wan berkerut. Lain macam pulak sopannya. "Err... Abang Rodi call mintak ambik motor. Betul ke tak payah bayar?"

"Aku dah bayar. Kau pergi ambik aje. Bawak motor hati-hati. Kau tu tak ada lesen..." Sempat Taqim memerli.

"Iyalah, bang. Bolehlah saya pergi beli terus lepas ni..."

"Barang dapur?"

"Ya... kakak nak berniaga Ramadan ni. Bolehlah abang datang beli nanti. Support kami. Saya pun berhenti kerja dah. Kerja dengan kakak aje..."

"Iya ke?" Hrmm... Taqim suka semangat Sirat. Seperti mana dia dulu. Keluar rumah dengan penuh luka dan darah, tapi dia berjaya sekarang.

Sirat kena lebih tabah daripada dia.

"Nanti korang berniaga dekat mana?"

"Dekat rumah ni aje. Depan tu ada taman. Area situlah. Sikit-sikit aje. Modal kecik..."

Mendengarkan Wan sebut tentang modal, gamaknya duit hari itu untuk modal berniaga. Taqim tarik walletnya. Duit Sirat yang dia selit itu, rasanya dah sampai masa untuk dia pulang. Dia bukan hadap sangat duit tu. Dia saja nak tengok kesungguhan Sirat. Susah bukan bermakna Sirat boleh lepas tangan daripada tanggungjawab.

Ternyata, gadis itu begitu tabah.

Dan, Fiqri nampaknya kena potong jari!

"Lagi satu, bang. Kakak mintak mangkuk tingkat dia."

"Hah, mangkuk tingkat tu, cakap dekat kakak kau... sedekah dekat aku ajelah..."

Wan sengih. "Tak boleh, bang. Kakak sayang mangkuk tingkat tu. Lagi satu..." Wan menyepi beberapa ketika. Sebelum kakak tanya, baik dia tanya Taqim dulu.

"Kakak tak tanya lagi pasal bil abang repair motor. Sebab dia tak tanya, saya pun senyap ajelah. Saya rasa tak sedap hati pulak. Buatnya dia tanya, saya nak jawab apa?"

Hurm... nafas berat lepas daripada dada yang bidang. Taqim pandang siling pejabatnya.

"Habis kerja nanti, aku datang rumah kau. Kakak kau bagi alamat hari tu. Kau jangan tak ada dekat rumah pulak..."

"Iyalah, bang..."

Talian mati. Wan hela nafas lega. Fuh... seriau dia. Memanglah kakak lupa memandangkan sibuk untuk uruskan barang nak berniaga. Nanti, kalau kakak ingat... dalam tidur pun kakak boleh tanya. Bahaya tu.

Wan sengih bila kunci motor bertukar tangan.

"Terima kasih, Abang Rodi..."

"Sama-sama. Tapi, pergi cakap terima kasih dekat Abang Taqim. Dia yang bayar semua ni..." Rodi usap kepala Wan dan berlalu ke dalam kedai. Hai... manalah Taqim jumpa budak baik seperti Wan ni haa...

Kalau adik dah sopan gini gaya, macam mana pulak agaknya si kakak yang dia hanya dengar ceritanya sipi-sipi saja tu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAK SEMPURNA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now