Bab 12

3.5K 38 0
                                                  

SUDAHNYA, hanya Fiqri yang makan. Dia hanya minum bagi membasahkan tekak yang kering. Rasa laparnya ditewaskan oleh rasa kecewa. Semalam kata datang. Kenapa tak datang pulak? Sakit pulak hati aku!

"Kau tadi kata lapar?" soal Fiqri saat menghidupkan enjin kereta. Macam-macamlah Taqim ni. Tadi, tak sabar-sabar nak sampai. Tiba-tiba aje kata tak selera.

Haih... memang sah budak Taqim ni kena penyakit sawan!

"Kau hantar ajelah aku ke bengkel Rodi. Pandai-pandailah aku ajak dorang makan kalau dorang tak sibuk," suruh Taqim perlahan.

Malas dia nak jawab soalan Fiqri.

"Yang kau ni, nak terus balik ke... nak lepak-lepak dulu?"

"Aku balik dulu. Malam nanti baru aku keluar. Papa aku dah bising, asyik ponteng aje. Kau tak apalah, kau bos..."

Ceh... Taqim menjeling Fiqri tajam. Bos lagilah penat buat kerja. Ini saja cuti sendiri. Eh, ikut sukalah. Company aku!

"Bukan kau kata ada meeting dengan Kuca ke?" soal Fiqri mengingat.

"Tengoklah kalau aku rajin. Kuca kata dia datang bengkel. Itu yang aku nak kau hantar aku ke sana."

"Tapi, tapi aku tak lepak. Lain kali..."

"Iyalah. Aku pun ada kerjalah," balas Taqim malas.

Fiqri simpan senyum. Apalah agaknya kerja Taqim, ya?

Tiba di bengkel, Fiqri terus berlalu. Taqim langsung dapatkan Rodi yang sedang rancak berborak dengan Kuca.

"Amboi, sejak bukak cawangan bengkel ni, kau... dahsyat, Di..." Salam berjabat.

Rodi gelak. Kuca juga.

"Kau kata nak jumpa aku, Qim? Rasmi ke, tak?"

"Dedua..." sela Taqim.

"Eh, boleh pulak kau..." Sempat Kuca kutuk. Apa lagilah tak kena. Muka sememeh macam ni. Ada lagilah tu yang sakitkan hati dia.

Ingatkan Taqim, teringat kisah sendiri. Hidup sendiri bila dibuang keluarga. Tapi dia, sebab sendiri. Berbeza dengan Taqim bila yang menjadi sebabnya, adalah orang lain.

"Kau okey?" Tangan Kuca naik singgah ke bahu Taqim.

Bibir Taqim koyak dengan senyum sinis. Angguk tak berapa yakin. "Petang aku singgah opis kau, Ca..."

"Hurm... datanglah. Aku spare masa untuk kau sehari ni..."

"Gila..." Taqim gelak lepas. Kuca juga. Rodi sekadar memerhati kawan dan abang iparnya.

"Eh, Di... berapa?"

"Motor kau tu free aje. Sikit lagipun. Aku tumpang cat kereta mana entah."

"Eh kau ni. Cat tu custom-made, tahu?"

"Aku customkanlah tu. Jangan risau..." Sempat Rodi kenyit mata pada Kuca.

Tapi tak lama, bila Taqim cuba tumbuk bahu Rodi dan tawa mereka bertiga lepas. Namun, tawa itu tak mampu menghalau gundah di hati Taqim. Dalam kepalanya berselirat dengan beberapa garis soalan.

Sirat yang buat dia berselirat!

"Eh, Di... mintak air sikit. Ca, aku nak call orang kejap..." Taqim bangkit dan menjauh sementara Rodi dapatkan dia segelas air.

Kaki Taqim menapak ke motornya yang gagah terparkir. Pandai budak Rodi buat. Nampak seperti asal. Jari telunjuknya menyentuh bahagian yang pernah kemek sambil menanti panggilan bersambung dan bila suara itu menyapa bersama salam, Taqim hela nafas lega. Seperti lepas bebanan yang begitu azan untuk dia tanggung. Padahal diri sendiri pun tak tahulah apa beban yang dia maksudkan.

TAK SEMPURNA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now