Bab 3

5.7K 69 1
                                    

DADA Sirat berdebar tak sudah sebenarnya bila melihat tiga orang lelaki, akhirnya muncul di depan dia. Wan pantas berlari anak mendapatkannya. Yang seorang lagi lelaki dikenali sebagai Fiqri itu sudah keluar. Hanya Taqim yang masih berdiri di muka pintu. Menyeluk poket jeans yang koyak-rabak di bahagian lutut dan peha. Merenung dia seperti mahu tembus dibuatnya.

Ingat kacak sangat ke? Nampak lagi selekeh daripada dia orang miskin hina ni. Dia tahu, lelaki ini orang berada. Tengok pada perangai dan harta dunia yang lelaki ini miliki. Rasa nak aje dia tambah calar pada badan motosikal berkuasa besar tersebut. Baru padan dengan apa yang dah jadi.

"Wan okey?" soal Sirat mengalihkan pandangan. Harap sangat Wan tak trauma.

"Hurm..." Wan angguk dan kemudian melemparkan pandangan yang begitu kesal pada kakak. Tak sudah-sudah dia susahkan kakak.

"Tapi, kakak betul ke nak bayar ganti rugi?" Jujurnya dia lega bila kakak buat macam tu, tapi leganya tak lama bila dia fikir balik... mana kakak nak carik duit?

Yang ada pun, untuk perbelanjaan harian. Malah untuk kakak buat modal berniaga. Bila ingat tentang telur yang pecah, minyak masak juga tumpah malah beras juga bertaburan... dia rasa mahu menangis.

Terasa seperti titisan darah dan keringat kakak yang mengalir. Tanpa mampu dia berbuat apa-apa sebagai anak lelaki. Langsung tak mampu melindungi dua orang perempuan kesayangannya. Rasa tak guna!

"Kakak dah janji. Wan jangan fikir lagi. Tapi, satu aje kakak mintak..."

"Mak," celah Wan.

Sirat angguk. Bibir dia koyak lagi dengan senyuman. Menyapa bahu Wan lembut dan mengusapnya perlahan. Cuba dihalau segala keresahan pergi. Bukan hanya yang singgah dalam hati Wan tapi dalam hati sendiri.

"Wan balik dulu, ya?" suruh Sirat. Kejap lagi dah nak maghrib. Mak tentu risau.

"Habis tu, kakak?"

"Kakak selesaikan kerja ni sikit. Lepas tu kakak balik. Motor mana?"

"Dekat luar. Wan berkeras nak parking dekat situ. Lagipun, fork macam bengkok sikit. Kena bawak pelan-pelan. Rosak sikit tak apa. Janji tak kena sita. Tapi ini, kak..." Wan suakan kertas putih pada Sirat.

Melihatkan kertas tersebut, Sirat ketap bibir. Sebanyak ni jumlah saman yang Wan kena kerana menunggang tanpa lesen, terasa nak menangis. Saat ini, memang mata dia sedang basah. Apa nak kata. Memang ini jumlah kompaun mandatory pada yang melanggar undang-undang. Setidak-tidaknya ini saja yang dikenakan pada Wan.

Dia sempat toleh pada Taqim seketika. Mencari belas. Tapi, manusia sekarang... janji aku kenyang... peduli apa aku kalau kau lapar! Itulah prinsip hidup manusia yang bertamadun sekarang.

"Ini kakak simpan." Surat saman itu diselit dalam poket seluar. Sirat memandang ke langit yang mula bertukar merah tanda malam bakal menjelma seketika nanti. Cuba menghalau jauh air matanya pergi.

"Kakak betul ke okey ni? Wan temankan, ya?" Dia risau melihat keadaan kakak. Lagipun... Wan panjangkan pandangannya. Lelaki angkuh itu sedang mendekati. Bagaimana kalau kakak disakiti?

Setidak-tidaknya, jika dia ada... dia akan pertahankan kakak. Dia lebih rela dia ditumbuk dan disepak. Bukan kakak.

"Wan jangan risau..." Sekali lagi bibir Sirat terlorek dengan senyuman.

"Jangan risau. Dia tak akan apa-apakan kakak. Dia cuma nak hak dia. Wan balik dulu. Bawak motor pelan-pelan. Mak sorang dekat rumah. Nanti kakak ambik teksi aje. Lagi satu, barang-barang yang beli tadi, elok lagi?"

Dalam hati Sirat, tak putus berdoa malah berharap... setidak-tidaknya, adalah sesuatu yang tersisa buat mereka. Dekat rumah hanya ada bawang dan cili kisar. Niat dia nak buat sambal telur aje untuk makan malam hari ini.

TAK SEMPURNA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now