Bab 9

4.2K 49 0
                                    

PINGGAN, kuali dan periuk belanga, masih ada sikit berbaki. Tak laratnya. Wan nak datang tolong, tapi Wan pun baru habis kerja. Kesian dekat Safwan. Kerja Wan lagi memenatkan. Bahagian loading barang, memang memerlukan kudrat yang bukan sikit.

Apalah yang mak makan? Risau jugak biarpun pagi tadi sebelum keluar dia dah masak untuk mak. Tapi, mak... kalau seorang katanya kurang selera. Macam mana kalau mak pengsan? Haih... pelbagai fikiran buruk sedang meracun.

Sebut pasal racun, gamaknya Taqim ni dah nazak makan lauk yang dia masak. Eloklah. Biar kau keracunan. Senang sikit hati aku! Nak marah depan muka Taqim, rasa bersalah itu ada lagi. Kerana Taqim adalah mangsa. Kalau jenis lelaki yang sayang motosikal lebih pada sayang bini, jadi macam Taqimlah.

Mengamuk kalau yang tersayang disentuh, apatah lagi calar terus.

"Itu baru motor yang calar. Belum lagi aku cakar muka kau! Huh!"

"Daripada kau bebel tu, baik kau bunuh aje aku ni!" Taqim tenang bersandar pada dinding.

"Hah?" Sirat toleh dan melangut pandang. Eh, panjang umur betul lelaki ni. Pantang sebut, mesti dia muncul.

"Kenapa awal sangat datang?"

"Saja...." Taqim mencebek. Seperti biasa, menyilang kaki dan memeluk tubuh sendiri. Sedang elok dia masuk, dengar suara Sirat membebel tentang dia.

Eh, ikut suka akulah nak datang awal ke lambat. Yang penting kau ada! Dia nak jawab itu sebenarnya tapi melihat Sirat yang nampak begitu lelah saat ini, dia hanya telan jawapan itu sendiri.

"Takut saya lari ke apa?"

"Ala, setakat kaki kau yang pendek tu nak lari, berapa langkah sangat kau dapat lari daripada aku?" selar Taqim tajam.

Bibir diketap kuat. Sirat buat tak tahu. Terus mencuci sisa pinggan mangkuk yang masih ada. Dia dah janji dengan Wan dalam setengah jam lagi. Sedang eloklah ni. Keadaan kedai sepi. Kak Siti sejak tadi menjeling. Pasang telinga.

Arghhh lantaklah. Orang tak tahu apa yang sedang dia tanggung. Lelaki ini datang tuntut hutang. Rasa tak cukup udara untuk dia hela nafas sejak kenal seorang Mustaqim ni.

"Kak Siti, dah siap..." laung Sirat.

Kak Siti bangkit daripada bangku. Mendekat. Sempat matanya mengerling Taqim sebelum merenung tajam pada Sirat. Tadi, kemain budak lelaki ni merayu agar dia lepaskan untuk bertemu dengan Sirat. Sirat teman istimewa katanya. Tapi, tengok daripada cara Sirat, tak adalah istimewa sangat pun.

"Esok datang ke?"

"Insya-Allah, kak..."

"Nah..."

"Terima kasih..." Bibir Sirat lebar dengan senyum menerima upah hari tersebut. Tiga kali ganda daripada hari biasa yang dia dapat. Bolehlah daripada tak ada.

Dia terus buka apron dan menurunkan lengan baju-T hingga ke pergelangan tangan. Setelah itu, Sirat terus menapak keluar tanpa mempedulikan Taqim. Sebenarnya, dia lupa Taqim ada bersama. Iyalah, sejak tadi diam. Sebaik saja dia lepasi bumbung kedai, barulah dia teringat.

Aduh... Sirat mengaduh tak sakit.

Dia toleh tapi Taqim dah berdiri dekat di belakangnya. Hampir dia terduduk andai Taqim tak paut lengan dia, membantu dia berdiri dengan stabil.

"Terima kasih," ucap Sirat perlahan.

"Reti pulak kau terima kasih dekat aku, ya?"

Sirat lempar pandangan jengkel. Dah kenapa pulak? Orang terima kasih pun kau tak puas hati? Apa kau nak sebenarnya? Haih...

TAK SEMPURNA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now