Bab 13

3.6K 36 0
                                                  

WAJAH Wan akhirnya muncul. Nampak peluh kecik merenik atas dahi. Taqim sengih. Tak rasa nak mengamuk seperti biasa bila tengok Wan tunda motor itu masuk ke bengkel Rodi.

"Susah ke carik kedai ni?"

"Agak susah jugaklah..." Wan lepas lelah sebaik saja dia tongkat motor. Fuh... dahaga sungguh.

"Kau lambat, kenapa? Dah dekat satu jam aku tunggu."

"Biasalah, abang. Motor saya ni, bukan boleh bawak laju..."

"Kau berani ya, bawak motor tak ada lesen ni..." soal Taqim mengingatkan.

Wan sengih. "Saya lagi sanggup kena saman, daripada kena marah dek abang..."

"Ceh!" Taqim mencebek. Adik dengan kakak, sama. Pandai aje menjawab. Panjang betul akal korang dua beradik.

"Kau pergilah balik. Nanti, bila dah siap... aku bagi tahu. Haa... kau jangan risau. Aku tak juallah motor kau ni. Ada aje dekat sini. Ini bengkel kawan aku." Laju Taqim bersuara bila tengok riak wajah risau Wan.

"Err... saya tak risau pasal abang tapi risau pasal kakak dengan mak saya. Kalau diorang tanya..."

Taqim paut bahu Wan. Nak berbisik. Nanti, Rodi dengar karang... sia-sia aje hidup dia yang lone ranger ni.

"Dekat mak kau, kau cakap betul. Tak baik tipu mak. Tapi, dekat kakak kau, jangan cakap. Pandai-pandailah kau. Kau mintaklah mak kau rahsiakan sekali."

"Eh, bang... jangan. Abang tak tahu kalau kakak marah, macam mana..." Wan tunjuk wajah kecut.

"Kalau masa tu, dia marah... kau cakaplah dekat aku."

Pulak? Dahi Wan berlapis kerutan. Taqim tak kenal kakak macam mana. Tapi, ada orang dah sudi bantu dia repair motor, apa salahnya, kan? Niat baik orang, kenapa nak sekat?

"Err... yalah." Sudahnya, Wan akur.

"Lagi satu bang..." Wan dekati motor EX5nya. Plastik yang berisi sebuah mangkuk tingkat dicapai.

"Untuk abang..."

"Apa ni?" Wajah Taqim yang tadinya keruh, kian jernih.

"Saya cakap abang nak jumpa saya, nak bagi bil motor. Kakak suruh saya bagi ni..." Wan juga terpaksa tahan diri daripada terus mengusik Taqim. Karang, ada yang kena luku.

"Kakak kata, makan bunga... dosa. Makan nasi dengan kuih keria dia buat ni, kenyang. Abang pilihlah nak mana satu..." usul Wan lagi.

"Kalau abang nak pilih kakak saya pun, boleh..." Tak mampu bertahan, tawa Wan terhambur akhirnya.

Taqim jegilkan mata tapi tak lama, dia juga tersengih tipis. Menggaru kepala tak gatal. Aiseh. Tadi tak lapar. Kenapa sekarang berkeroncong lain macam.

"Sengih sikit-sikit aje, bang. Lebar sangat tu," tegur Wan.

"Eh kau ni!" Laju Taqim tumbuk bahu Wan sampaikan wajah itu menyeringai.

"Kau mainkan aku lagi, ya?"

"Gurau pun tak boleh." Wan tarik muka.

"Tak boleh. Aku bukan kawan kau, kau nak bergurau... kau bergurau dengan orang lapar, memang carik penyakit, tahu tak?"

Kata-kata Taqim kesat namun senyuman pada raut wajah tampan itu, Wan tahu... Taqim tak marah seperti kali pertama dia temui lelaki ini tempoh hari.

"Bang, saya nak balik dah ni. Bagilah saya bil abang. Nanti kakak tanya pulak..." minta Wan mengingatkan. Karang balik tanpa bil tu, dia yang kena pulak.

TAK SEMPURNA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now