Gulp !

Macam mana aku tak perasan ni ? Eh tak tak macam mana boleh tak ingat langsung dia tu...GOALKEEPER . Nyanyuk sudah . Dengar sahaja nama itu disebut . Tangannya yang mahu membuka zip terhenti . Jantung buat hal lagi !

Eliz memalingkan mukanya ke arah Izzah dan Nadya dibelakang . Matanya merenung tajam rakannya dua orang itu .

"Takde maknanya okay . Aku tetap sokong indah bakti ! " Eliz menjeling mereka berdua .

"Eleh yelah tu . Dalam hati siapa yang tahu " Izzah mula mengusik Eliz yang sudah menumpukan perhatian ke arah guru dihadapan .

"Mende merepek tah " Eliz malas mahu melayan rakannya yang berdua itu . Makin melayan makin menjadi pula nanti .

Izzah mencuit pinggang Eliz . Dia memuncungkan mulut memandang Nadya . Mereka berdua ketawa kecil . Geli hati melihat reaksi Eliz . Eliz tidak mengendahkan langsung usikan mereka berdua . Mogok dua minit !

●●●

Kelas 5PA1

"Perh lain macam siak korang berdua ni . Ehem macam hm macam ada jodoh gitu hahaha " kata Nadya apabila Eliz selesai menceritakan hal semalam kepadanya . Mereka bertiga ni memang selalu berkongsi rahsia . Triangle secret !

"Amin yarabbalalaminn !!" Eliz mengangkat tangan dan mengaminkan apa yang dikata Nadya .

"Amboi hahaha " Izzah mencucuk bahu Eliz . Bukan main gatal lagi si Eliz ni .

"Apa ? Benda baik kan ? Kenalah amin kan " Eliz tersengih sengih . Aduh malu la pulak .

"Okaylah . Kawan kawan ! Cakap amin !!! " jerit Izzah menarik perhatian rakan kelas yang lain termasuk Aiman dan Naqib yang baru sahaja masuk ke kelas . Dari koperasi lah tu . Tengok benda kat tangan tu pun dah tahu . Mencekik aja kerjanya .

Mereka yang lainnya terpinga pinga memandang tiga sekawan itu . Apa yang terjadi ? Entah .

"AMINNN!!!" pelajar yang lain mengikut kata kata Izzah . Aduhai sporting sangat kenapa .

Eliz bangun dari duduknya . Dia mengangkat tangan . Mukanya ditoleh memandang rakan kelas yang lain .

"Terima kasih terima kasih " Eliz mengangguk angguk kan kepalanya dengan berlagaknya .

Aiman dan Naqib yang masih blur  berjalan menuju ke arah mereka bertiga . Bukan main lagi si Naqib menyedut air kotak soya .

"Mende yang sedang anda bertiga perkatakan ? " soal Aiman lalu menarik kerusi yang berdekatan .

"Nothing . hal wanita " jawab Nadya .

"Wanita ? Seriously ? Anda bertiga ini wanita eh ? " tanya Naqib dengan muka yang sengaja dibuat buat terkejut . Bahalol !

Izzah Nadya dan Eliz serentak memandang Naqib dengan tajam sekali . Biji mata mereka tepat ke arah wajah Naqib . Naqib menelan air liur . Mampus aku !

"Lek ar . Gurau je . Chill chill sikit ar " Naqib mengangkat tangan tanda surrender . Tahu takut !

Mereka bertiga menjeling Naqib . Muka menyampah dipamerkan . Siap dengan mulut yang sengaja dicebikkan . Kata kata Naqib diejek dalam hati .

"Kitaorang pun gurau je !! hahahaha " Izzah mula ketawa berdekah melihat reaksi Naqib .

"Tahu kecut ! Poodah ! " Eliz menyambung agenda Izzah untuk mengenakan Naqib .

Aiman yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka berempat hanya menggelengkan kepala . Inilah mereka . Tak pernah lekang mulutnya dek senyuman apabila bersama .

'Aku harap kita akan selalu macam ni dan sampai bila bila macam ni . Aku sayang korang sangat ' ucap Aiman dalam hati lalu mempamerkan senyuman dibibir .

"Ha yang kau dah kenapa buang tebiat senyum sorang sorang ! " jerkah Nadya apabila matanya tertancap pada wajah Aiman .

"Entah gila . Izzah kat sebelah aku ni man . Kau berangan siapa pulak . Kau jangan buat hal . Aku karate kau baru tahu " Eliz memberi amaran kepada Aiman . Jangan berani sakiti hati sahabatnya .

"Mana ada . Aku cuma . Gembira sangat . Sebab kita masih berkawan sampai sekarang . Masih dapat ketawa sama sama . Aku harap kita akan jadi macam ni sampai bila bila . Sampai kita kahwin ada anak cucu cicit " Aiman memandang mereka berempat silih berganti .

"Aku sayang korang " sambungnya sebelum tangannya meraih bahu Naqib dan menepuk bahunya .

Mereka berempat tersenyum mendengar kata kata Aiman . Harapnya begitulah . Lima tahun menjadi rakan sekelas . Setiap ruang kosong dihabiskan berlima .

Kini merupakan tahun terakhir mereka . Mana mungkin selepas tamat spm mereka akan belajar di universiti yang sama . Pasti ada yang merantau jauh ke negeri atau negara orang .

"We are pentagon squad !!! " jerit Nadya bersemangat .

"No no . Kita kan dah berenam sekarang " kata Aiman mengingatkan mereka berempat .

"Enam ? Siapa lagi sorang " soal Eliz . Aduhai apa pelupa sangat dia ni .

"Pakwe kau lah . So..." selamba Aiman menjawab persoalan Eliz . Eliz memandangnya dengan terpinga pinga . Luthfi ? So dia dah masuk geng masuk air melimpah limpah ni lah .

"So we are heksagon squadd !! " Izzah kembali menyambung ayat Aiman . Aduh ada chemistry betul yang berdua ni .

"Yeah !!!" Serentak mereka berlima menjerit bersama . Bahagia sungguh . Saat ini takkan pernah sesekali dilupakan .

"Shhhhhhh" kedengaran suara bisikan dari rakan yang lain menandakan mereka terlalu bising .

Mereka berlima mengangkat tangan memohon maaf . Kerusi kembali diduduki . Mereka tersengih memandang antara satu sama lain . Mereka ketawa kecil mengenangkan kelakuan kanak kanak ribena mereka . Aduhai perangai . Macam ni ke gaya 17 tahun ? Macam 7 tahun saja .

"Oh ye . Btw esok jumpa kat padang okay geng . Kita lepak . Esok kitaorang bertiga takde latihan bola " ajak Naqib beriya iya .

"Korang bertiga ? " soal Izzah yang sedang bingung .

"Pakwe El sekali si Luthfi " selamba Aiman menjawab tanpa memandang ke arah Eliz . Dia pasti Eliz sedang merenungnya .

"Sejak bila dia jadi pakwe aku and sejak bila aku jadi makwe dia pulakkkk?? " Eliz memandang Aiman bagai nak ditelan . Aiman mengankat mukanya . Allahu . Seram betul muka kesayangan Luthfi ni . Dapat  ke Luthfi tahan ? Eh apa merepek ni .

"oh belum eh ? Eh lupa pulak . Bakal kan . Sorry lah bakal tu tercicir pulak " Aiman menyeringai dengan giginya memandang Eliz yang sedang menahan geram .

"Bongok !!" Eliz mengambil pemadamnya yang ada di atas meja lalu membalingnya ke arah Aiman .

Dush !

Tepat sasaran ! Dahi Aiman berkerut menahan sakit . Dahinya diusap lembut . Gila tebal pemadam minah ni . Tengok Luth ! Pasal kau aku yang kena aduhai !

"Sakit bodoh !" Aiman mencarut tanpa dia sedar .

"Tu padahnya kalau asyik nak kenekan orang !"kata Eliz seraya menjeling Aiman yang masih menggosok dahinya yang sakit . Eliz mengejek Aiman . Senyuman jahat diukirkan .






-Holla Holli Hollu !! Happy Eid Mubarak  . Mohon maaf zahir dan batin guys . Part ni takde kisah Luthfi dengan Eliz sangat . Tapi next part ada sesuatu yang akan membuatkan screen korang bersemut . So tunggu lah okay . Cikedowtt ! Thanks for read❤ -

Jodoh Instagram Onde as histórias ganham vida. Descobre agora