Bab 13

12.5K 511 13
                                    

“Wow,” ucapku sepatah ketika sedang berdiri di hadapan kawanku yang sudah bergelar sebagai isteri abang Ariel. Sebetulnya, memang aku tak terkata langsung.

“Lisa,”

Mira terus menerpa ke arah ku lalu memelukku dengan eratnya. Aku dapat rasa tangan dan badannya menggigil. Tanganku selamba memeluk kembali badannya. Belakangnya ku tepuk.

“Bukan ke patutnya kau gembira,” ejekku setelah melihat keadaannya mula reda. Dia melepaskan pelukan. Kemudian menekan-nekan dahinya lalu tersenyum lebar.

“Dia cium aku kat sini,”

Aku tersenyum kambing, tadi bukan main drama lagi budak ni. Sekarang tersenyum panjang pulak macam ayam memakan gula.

Tunggu, ayam tak pernah senyum. Sumpah, aku tak pernah tengok ayam senyum. Maksud aku, ayam betul-betul. Bukan ayam kartun atau apa-apa.

“Happy?,” soalku bodoh. Setentunya dia gembira.

“Sangat,”

“Ini namanya kahwin terjun,” beritahuku lalu mengundang tawa diantara kami berdua.

“Hello, kaka Ipar,” tegur Daniel yang sudah berdiri di samping aku dan Mira. Mira sudah mula tersenyum lebar. Tak sangka, dia sekarang berul-betul jadi kaka ipar Daniel.

“Hello, adik!,” balas Mira kembali. Aku tinggalkan mereka berborak sesama ‘keluarga’. Wah, terlalu banyak drama hari ni.

“Saya betul-betul minta maaf di atas kesalahan bodoh yang anak saya lakukan,” pohon perempuan tua yang matanya sudah memerah. Mungkin kerana menangis dari tadi.

“Saya juga minta maaf, kerena meneruskan pernikahan ini dengan anak Laila. Nampaknya Ariel dan Maya tiada jodoh,” jawap mama Mila kemudian menunduk. Mama Laila, iaitu mama kepada Mira juga bermaaf-maafan dengan mama kak Maya.

Aku lupa lah, siapa nama mama kak Maya ni. Hajah.... Hajah....

“Saya malu, saya malu atas kesilapan si Maya lakukan. Saya malu,”

“Esh, Minah bawa bersabar,” tenang mama Umi mengurut-urut belakang mama Minah.

Aish, peningnya aku dengan semua mama-mama ni.

Tapi,

Begitu kah reaksi mama Mila dan mama Umi nanti bila mereka tahu, anak-anak mereka sedang merancang untuk membantah impian mereka?

Mampukah mereka tersenyum lagi selepas melihat aku?

Masih sama kah belaian mereka terhadapku?

“Sudah-sudah lah menatap ibu-ibu berkumpul tu, kalau nak join. Dekati aje,” tegur Daniel dari belakang. Hampir-hampir aku berteriak dek terkejut dengan kemunculannya.

Aku dan Daniel sama-sama diam melihat mama Umi dan mama Mila menyabarkan mak cik Minah tapi tidak mengecilkan hati mak cik Laila.

Tekunnya Daniel melihat mereka. Mungkin, dia juga berfikir perkara yang sama dengan aku.

“Niel,”

Aku dapat rasa pandangan Daniel sudah teralih padaku dari ekoran mataku. Tapi mataku masih terarah pada mak cik. Ya, lebih baik aku panggil mak cik. Mataku masih terarah pada mak cik Minah.

Tanganku yang menggigil ku sembunyikan.

Tak, aku kena kuat. Ini lah risiko yang akan aku hadapi. Salah kah aku mencapai kebahagiaanku sendiri? Tanpa aturan dari mama Umi atau mama Mila?

“Bila kita nak mulakan projek kita?,” soalku dengan nada suara yang sengaja ditegaskan. Sumpah dalam hatiku ini, keyakinanku terbelah bahagi.

“Pada majlis Perkahwinan abang Ariel dengan Mira nanti,” jawap Daniel. “Kita akan mulakan,”

“Baik,”

“Argh, aku tak sanggup,”

Aku memandangnya, “Aku pun tak sanggup. Tapi..,”

Daniel berhenti memain-mainkan rambutnya.

“Kita kena lakukannya juga,” sambungku lalu mengeluh panjang.

“Ya,”

Pandanganku teralih pada abang Ariel yang angsung tak berseri langsung muka dia. Tak macam orang lepas kahwin je. Macam orang baru terselamat dari.perang dunia adalah.

Hmh, memang perang pun. Maruah dia pun hampir jatuh dek kejadian hari ni. Macam mana lah kehidupan dua merpati tu nanti?

Petang,

Aku merebahkan diriku ke arah katil. Tudung yang masih terpakai di kepala ku biarkan. Aku tiada kekuatan. Kekuatan untuk meneruskan semua ini. Aku takut akan merenyukkan hati mama Umi dan mama Mila.

“Selfish,” kata suatu suara yang seakan berbisik padaku. Aku melihat sekeliling. Tiada sesiapa.

Aku memeluk tubuhku. Betul ke aku pentingkan diri sendiri? Tak, Daniel juga tidak ingin disatukan. Ini rancangan kami berdua. Ya, kami tak salah kerana sememangnya kami sama-sama tak setuju.

Aku menghembuskan nafas legaku. Ya, kami tak salah.

Esuk, Sekolah,

“Cikgu Ariel dah kahwin?,” bisik perempuan sekelas aku. Aku mengangguk walaupun soalannya bukan padaku.

“Kelmarin?,”

“Jom tanya adik dia,” cadang yang seorang lagi. “Tapi Daniel belum sampai lah,”

Oh, ya, boleh ke Mira ni kahwin? Walaupun umurnya dah 18 tahun, aku rasa pelajar mana boleh kahwin. Pandai-pandai lah mama Mila berbincang dengan pengetua sekolah nanti.

“Mira!,” tegur perempuan sekelas kami selepas mendapati Mira yang sudah memasuki kelas kami. “Bersabar ya?,”

Hah?

“Kami tahu kau memang suka gila kat cikgu Ariel, tapi nak buat macam mana dia dah kahwin dengan orang lain,” pujuk perempuan tadi. Aku rasa dari segi ayat dia tu kan. Dia bukan memujuk pun, dia menyindir sebenarnya.

“Ah, ya. Nak buat macam mana?,” balas Mira sedih tapi eksperasi muka dia memang menunjukkan sebaliknya.

“Pfffttt,”

Shoot. Tawaku nyaris-nyaris tercetus. Bertuah punya budak.

“Seronok tengok drama?,” tegur Daniel. Aku kini menyedari yang budak seorang ni asal nak tegur aku, mesti dia menyoal aku.

“Ya,”

“Kesian Mira, kena lah dia menyembunyikan perkahwinannya,” simpati Daniel lalu melabuhkan punggung di sisiku. Eh, rapat sangat ni. Aku mengesot jauh sedikit dari dia. “Sekurang-kurangnya, sebelum mama berbincang dengan pengetua,”

“Kena rahsiakan ke? ”

“Ya,” jawab Daniel tapi matanya masih melihat kakak iparnya. “Takut pulak nanti ada orang yang menabur fitnah,”

Oh, betul juga. Mulut orang zaman sekarang, ada-ada saja nak diceritakan. Sanggup buat dosa. Silap-silap haribulan, kena fitnah lah pulak si Mira ni mengandung.

“Itu pun Daniel!,” jerit perempuan tadi, nampaknya dia baru sedar Daniel sudah ada di dalam kelas.

“Go,” kataku menampar belakangnya. “Pergi buat dosa,” kataku lalu tersenyum lebar. Aku tak tahu apa cerita yang dia buka dalam menyembunyikan pengantin baru abangnya.

Daniel menjeling sebelum tertawa kecil dan berjalan ke arah perempuan-perempuan yang memanggilnya. Mira yang seperti baru lepas dari siasatan polis cepat-cepat mengambil tempat di sisiku.

“Aduh, cramp terus muka aku ni,” kata Mira sambil mengurut-urut wajahnya.

“Banyak lah kau punya cramp,”

Mira mengeluh, tudungnya sudah ulang kali dia elokkan. Tapi bagi aku elok tak elokkan, posisinya masih sama.

“Hey,” panggilku. Dia menoleh.

“Congratulation, Mrs.Ariel,” bisikku lalu mengundang tawa antara kami berdua.

“Thanks, Mrs.Daniel,”

Kepala otak kau.

Projek Bantah KahwinWo Geschichten leben. Entdecke jetzt