Bab 30

12.2K 447 17
                                    

Aku hanya mampu berdiri di depan pintu staff cikgu Ariel. Oleh kerana tiba-tiba sahaja cikgu Ariel membatalkan kelas kami, aku ingin meminta penjelasan dari dia.

Tapi, aku tak sangka, dengan keputusan semudah ini, aku akan mendapat tahu hal yang seakan-akan mematahkan kepingan hatiku yang mudah retak ini.

“Kamu cuba lagi kan, teknik tu?,” marah cikgu Ariel yang terdengar sampai ke luar bilik staffnya. Aku yang ingin mengetuk pintu pun terbantut, “Kan doktor dah kata silat dilarang sama sekali bagi kamu, ni, sakit kan. Apa abang nak beritahu kat mama dan papa nanti?,”

“Alah, tak ada luka sangat, bang. Itu pun Daniel buat sekali je teknik tu,”

“Apa pun, ikut abang sekarang, kita pergi hospital,”

“Tak nak lah, Daniel ok. Yang abang ni, tak kan nak tinggalkan kerja abang pulak,”

“Kerja abang tak penting, ni bahu kamu kalau luka lagi macam mana?,” jerit cikgu Ariel sekali lagi.

Lagi?

“Sebaiknya kita periksa dulu, kalau terseliuh lagi nasib lah kamu,” ugut abang Ariel.

Aku berlari-lari anak ke kelasku yang seterusnya, setelah terdengar bunyi tapak kaki menghampiri pintu staff room. Daniel pernah cedera teruk? Sekarang dia dah pulih ke? Mama Umi tau tak? Soalan ini tak kan terjawap kalau aku tak tanya mama Mila sendiri nanti.

Rehat,

Daniel cedera? Aku harap dia baik-baik saja. Ini semua salah Besi tu. Kalau aku jumpa dia, habis kepala dia jadi botak nanti. Tak apa. Tahan. Tahan.

Tapi tak sangka Daniel pandai,

“Silat,” gunamku tanpa ku sedar tersebut di alam nyata.

“Ah? Apa dia Lisa?,” soal Mira, menyangka aku berbicara dengan dia.

“Silat ni, bahaya ke?,”

“Mungkin, kenapa? Kau risaukan Zul ke?,”

Aku tergelak, ah!! Kalau lah boleh, aku akan delete dia dari dunia ini. Lagi senang duniaku, lagi indah duniaku.

“Aku macam tak percaya kau pilih Zul dari Daniel,” kata Mira. Lagi dia dah mula dah. Selalu membayangkan aku seperti hidup dalam novel. “Ya, sure. Zul handsome tapi aku tak rasa dia sesuai dengan kau,”

Kalau dibiarkan, imaginasi budak ni makin liar.

“Aku tak suka Zul lah!!,”

“Habis, Daniel?,”

“Diam,” perintahku. Aku menarik nafas dalam-dalam supaya dapat cepat bertenang. Mira tersengih. “Tak habis-habis,”

“Sorry, sorry,”

Aku mengeluh, “Dah, jom masuk kelas,”

Baru saja ku ingin masuk ke dalam kelas, aku ternampak Daniel sedang mengurut-urut lemah bahunya. Tetapi selepas memandang ku, dia berlagak seperti tak menunjukkan apa-apa. Sebaliknya hanya tangan pada melambaiku.

Aku tersenyum, aku tak tahu mengapa. Tapi hatiku ku rasa seperti mengecut. Kenapa? Aku sendiri tak tahu.

Akhirnya Daniel lenyap dari pandanganku, dia pergi ke kelasnya. Aku pergi ke kelas ku. Ironik betul.

Rumah Mama Umi,

Mama Umi dan aku sudah sedia menunggu kemunculan orang gila di depan rumah kami. Aku hanya memeluk tubuh bila orang gila yang ditunggu sudah tiba. Dengan suit.

“Terima kasih, Umi, Lisa, kamu sudi temankan papa,”

Aku menjeling, buang masa aku. Seperti biasa, mama Umi yang memahamiku segera menggosok-gosok belakangku agar aku sabar menahan. Untuk sekian kalinya, aku mengeluh.

Projek Bantah KahwinHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin