Bab 45

10.9K 444 27
                                    

“Sudikah kau menjadi isteri dunia dan akhiratku, Malisa Syaakaira?,”

Air mataku menitis di saat adik iparku melamar kawan baikku, Lisa. Air mata yang menitis untuk kegembiraan. Pengakuan sebelum lamaran. So prefect, so romantic.

Hampir tertawa juga ku dibuatnya melihat reaksi Lisa yang benggang melampau. Eksperasi budak-ni-nak-bergurau-pulak-dia terpamer jelas kat muka Lisa.

Pelajar yang nampak lamaran Daniel bersorak gembira. Ada juga yang menjeling melihat Lisa, cemburu lah. Mana taknya, beberapa bulan yang lalu, Lisa juga yang lamar di khalayak ramai.

Hmm! Novela novela.

Lisa mengangguk, lalu tersenyum puas. Begitu juga Daniel Mikail yang kini berdiri berhadapan dengan Lisa. Dia menyerahkan sebuah kotak berwarna merah kepada Lisa.

“Cincin?,” soalku. Mesti lah, Mira. Mengapa lah aku tanya soalan yang aku dah tahu? Hampir tersedak ku bila melihat batu yang bersaiz kecil yang berkilau menghiasi cincin tadi, “Berlian?,”

Daniel tersenyum bila memandang bakal isterinya semakin teruja. Senyuman Lisa kemudian pudar, “Niel,”

“Yes?,”

“Kau tak bergurau kan?,” tanya Lisa serius. Kalau aku tak waras sekarang, mahu saja aku menghentakkan kepala si Lisa supaya dia sedar yang sekarang bukan masa untuk bertanya soalan macam tu.

Daniel tergelak kecil, “Aku tak pernah bergurau selama ini,”

“It’s beautiful tapi,” kata-kata Lisa terhenti di situ. Tapi apa? Jangan lah reject pulak!! “Boleh tak aku mula pakai ni 5 tahun akan datang?,”

“Kau dah gila ke, Lisa?!,” jeritku, tak dapat membendung perasaan sebel aku bila Lisa secara terus-terus berkelakuan oblivious sangat sampai perasaan Daniel pun dia terus-terus seksa.

Aku rasa mesti Daniel akan marah lepas ni dan merajuk. Ala, macam drama kat dalam televisyen tu. Lepas tu, mengadu kat pokok ke apa. Kena sediakan perakam ni.

“Tapi, aku tak nak kahwin awal lah, berat tanggungjawabnya,” beritahu Lisa. Aku tak sangka pulak Lisa ni berfikiran jauh macam tu. Malu pulak aku bila memikirkan aku langsung tak pernah memikirkan apa-apa tentang tanggungjawab.

Aku memandang adik iparku yang eksperasinya, aku sendiri tak tahu. Gembira, tersentuh, geram semua bercampur aduk.

“Tak apa, Lisa. Aku akan tunggu, 5 tahun je kan? I’ve waited longer before,” kata Daniel sungguh halus. Lisa juga tersenyum memandang Daniel. Esh, tiba-tiba aku nampak bunga ilusi keliling mereka.

Pada masa macam ni lah aku tiba-tiba teringatkan suamiku. Oh, apa kata aku lawat dia waktu rehat nanti. Hehehe..

“Terima kasih, Lisa. Kerna sudi menerimaku,” jawab Daniel lalu tersenyum mekar memandang Lisa. Lisa juga tersenyum.

“Tolong jangan kata kau bergurau,”

“Dan untuk ke entah kalinya, aku sayang kau betul-betul. Ya Allah, how may I going to tell you that I am dead serious?,” kata Daniel selepas tertawa kecil. Aku mengangguk, si Lisa ni boleh tahan juga lurus bendulnya.

“Ok, kalau kau bergurau dengan semua ini, I swear aku tak akan maafkan kau walau kau bawa bulan sekali pun,” kata Lisa memberi amaran.

Aku tertawa, di kala mereka bergurau senda. Aku memilih untuk meninggalkan mereka kali ni. How romantic! Ceh!

Rehat, Staff room cikgu Ariel,

“Ada apa, Mira?,” soal lelaki kesuma dewaku. Cikgu Ariel sedang mengurut-urut bahagian di antara matanya. Oh, tampannya! Pada masa ni lah aku berharap akan menjadi kaca matanya. Aawwhhh..

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now