Bab 53

12K 409 28
                                    

Di depan rumah Luqman,

“Niel,”

“Jom, aku dah minta izin kat mama Umi untuk bawa kau jumpa papa kau hari ni,” beritahu Daniel tanpa dipinta. Aku memandang Daniel, lebih kepada menjeling, bahu ku dipegangnya. “Please Lisa, allow me to fix your relationship with your father,”

“Niel, aku hargai semua ni tapi tolong lah, aku tak nak tengok muka dia, ianya cerita atau patut aku kata sejarah hitam antara keluarga kami, tiada apa yang patut diperbetulkan lagi, Niel. So please, kita balik je ya?,”

“Malisa Syaakaira, aku... Aku tahu semuanya, cerita di sebalik penceraian ibu bapa kau, pengkhianatan papa kamu, dan kematian arwah adik kamu, semuanya,” beritahu Daniel kini bertentangan mata di depanku. “Tapi, sejahat mana pun pakcik Luqman, dia tetap papa kamu,”

“Niel,”

“Please, kau tak kesian ke dengan mama Umi kamu? Dia menderita selama lebih 15 tahun ni, memilih antara kau dan pakcik Luqman?,” nasihat Daniel.

Betul, mama Umi memang pernah menyuarakan hati agar aku dan Luqman akan dapat berbaik semula tapi...

“Niel, aku tak tahu lah, aku takut nanti kata nak berbaik tapi lain jadinya, lagipun, aku tak nak jadi hipokrit kata dah maafkan tapi dalam hati..,”

Daniel memandangku sambil tersenyum, “Kita datang sini cuba bicara dari hati ke hati ok? Kalau mama Umi, orang yang menderita lebih, dapat memaafkan pakcik, kenapa tidak Lisa?,”

Aku menunduk, betul. Aku tak nak lah nak tipu yang kata-kata Daniel ni sudah menyedarkan aku sepenuhnya. Ya, kesedaran tu ada terbit. Tapi, tidak sepenuhnya.

“Jom,” bahuku dipegang Daniel lalu ditolak lembut menuju ke arah depan pintu rumah Luqman. Mesti lah aku gementar, ini lah pertama kali aku bakal menginjakkan kaki ke rumah lelaki yang aku benci selama ni.

Tanganku teragak-agak untuk menekan loceng pintu. Agaknya Daniel sudah rasa malas nak menunggu, dia sendiri yang menekan pintu loceng. Aku menoleh padanya, ada dia buat tak de ja.

“Hold on a sec,” seru suara dari dalam rumah. Tanganku ku genggam tapi segera dilepaskan bila teringatkan niatku datang ke mari.

Pintu ku lihat sedikit terbuka, kaki sudah bergerak untuk meninggalkan tempat ini tapi...

“Malisa,”

Dah terlambat.

“Honey, your daughter is here,” kata perempuan di depanku ini lalu mendakapku erat. Ini Luna ke? Sejak bila dia..pakai tudung ni?

“Malisa,” suara Luqman yang kedengaran dari belakang Luna. “Lisa?,”

Sebaik sahaja aku ternampak muka dia, perasaan benci tu datang membuak-buak. Sebelum ku sempat melarikan diri, genggaman tangan Daniel di bahuku memberhentikanku.

Luqman berarak padaku, aku mengerutkan dahi ku. Tangannya didepakan untuk mendakapku. Eeee!!

Aku terus melangkah jauh dari tempatku hingga belakangku melanggar Daniel secara tak sengaja. Terkejut dengan reaksiku, Luqman memaksa diri untuk tersenyum.

“Assalamualaikum, Pakcik,” sapa Daniel.

Luqman memandang Daniel dengan wajah yang aku rasa wajah rasa bersalah? Esh, biar betul.

“Waalaikumsalam,” jawap Luqman lalu hanya mendiamkan diri di depan pintu rumah. Janggalnya.

“Arr, please come in,” jemput Luna dengan loghat Amerika dia. Tapi, aneh. Aku tak rasa dia perempuan jahat mana pun? Atau itu hanya luaran je?

Projek Bantah KahwinOù les histoires vivent. Découvrez maintenant