Bab 41

11.4K 472 57
                                    

“Daniel Mikail, apa benar kata Lisa ni?,” tanya mama Mila.

Daniel hanya menundukkan mukanya menghadap ke bumi, “Ya,”

Aku dapat rasa jantungku bagai berhenti berdegup sekarang. Mendengar kata-kata pengakuan yang dilontarkannya sendiri, memang sangat menyakitkan.

Aku melangkah setapak demi setapak menjauhi Daniel Mikail. Sakit! Dan, keadaan ini terlalu janggal.

Daniel Mikail ni pulak memilih untuk berdiam diri. Lisa, apa kah betul keputusan ku ini untuk membongkar rahsia Daniel tatkala dia belum sedia?

Mama Mila hanya ternga-nga mulutnya. Begitu juga dengan mama Umi, speechless..

“Pfffttt,”

Siapa lagi lah yang berani ketawa pada saat kritikal macam ni?

Zaien!!

“Wah, tak sangka pulak si Lisa ni lelaki,” kata Zaien dengan sinisnya. Amboi, bersandar kat dinding macam lelaki dewasa. Ceh, tak padan dengan usia betul budak ni.

Tunggu, apa?

Aku kembali memandang Daniel, bahunya teruncut-uncut. Hah? Menangis kah dia? Tak mungkin dia selemah ini. Aduh, sekarang mesti dia nak salahkan aku ni, sebab dah bongkar rahsia dia.

“Hahahaha!,” gelak Daniel besar sangat sampai denggunnya memecahkan kesunyian. Tangan kanannya diletakkannya pada dahinya.

Berani dia tergelak!!

“Daniel, apa semua ni?,” soal mama Mila. Mama Umi hanya mengeluh lalu mendudukkan dirinya kembali. Eh, tak marah ke mama? Atau dia dah terlampau kecewa dengan menantu pilihan dia.

“Hebatnya, Malisa, jangkaan kau memang di luar tandingan,” kata Aminah dari tingkat atas. Dia perlahan menurunkan diri lalu berdiri di tepi Zaien. Baju hitam yang tadi di tangannya kini tersarung elok di badannya.

“Apa yang korang akan buat kalau Daniel betul-betul homo? Ya Allah, Lisa. Serious, you are really the best in entertaining people,” kata Daniel sambil mengesat air matanya yang keluar akibat kuat tertawa.

“Aku tak faham,” kataku sambil memandang mereka. Daniel ni sakit jiwa ke apa?

“You cutey, I am not gay,” kata Daniel memakai baju yang dibawa Aminah dari atas.

“Habis, kan kau kata Aminah ni girlfriend kau? Which terang-terang dia ni lelaki!,” kataku lalu menjeling pada Aminah. “Tu, ada janggut lagi, 3 urat,”

“Kan aku dah kata, Min. Jangan underestimate Lisa,” marah Daniel, memandang Aminah dengan mata garangnya.

“Maafkan aku kerana mempunyai muka maskulin aku!,” kata Aminah dengan sarkastiknya. Itu muscle ke? Ugh!

“Apa sebenarnya yang terjadi?,” tanya mama Mila, masih memandang Daniel dan Aminah dengan serius.

“Aish, mama ni kan terang-terang, abang ni berlakon mempunyai teman wanita, ni si Aminnuddin Haquan ni lah jadi teman ‘wanita’ dia, kononnya nak buatkan si Lisa ni cemburu, tapi rancangan mereka gagal sebab Lisa masih nampak juga si Aminnudin Haquan ni sebagai lelaki,” Zaien berhenti untuk mengambil nafas.

Aminnuddin Haquan. Fuh, lawanya nama.

“Lisa buat tak nampak yang Aminnuddin Haquan ni lelaki sebab dia fikir abang Daniel ni gay, dan buat abang Daniel fikir dia tak tahu rahsia dia dah terbelit. Abang Daniel masih fikir yang Lisa ni tak tahu Aminnuddin Haquan ni lelaki,” jelas Zaien dengan cemerlangnya.

“Oohhh,” kataku serentak bersama mama Mila. Secara mentalnya aku bertepuk tangan.

“Kau ni siapa? Mana adik aku yang lima tahun tu?,” tanya abang Ariel yang sudah berapa lama tercegat kat situ. Zaien sudah buat muka tak suka dia.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now