Bab 9

12.9K 538 5
                                    

Sekolah,

Aku menyandarkan badanku ke kerusi. Kerusi itu ku mainkan imbangannya. Tangan kananku memegang meja dengan selamba. Untuk mengelak dari hilang imbangan.

Kalau jatuh, buat malu je.

“Muka tu, murung je,” tegur Mira, mencucuk pipi kananku. Budak ni.

“Ada masalah,”

“Dengan Daniel?,”

“Luqman,” beritahu ku sepatah. Marahku timbul kembali bila menyebut nama lelaki tu.

“Hmm, kenapa dengan pakcik Luqman?,”

“Dia nak aku kahwin. Arghh, malas lah nak cerita, benci aku dibuatnya,” beritahuku malas.

“See, dia pun nak kau kahwin dengan Daniel,”

“Bukan dengan Daniel tapi dengan orang lain,” betulku sambil menongkatkan dagu. Aku nampak cikgu Ariel sudah berdiri di depan mejanya.

“What kahwin dengan orang lain??,” jerit Mira, membuatkan orang lain menoleh sama kepada kami. Aku tertawa kecil selepas menutup mulut bisanya.

“Ya, gila kan cerita tu!,” tipuku. Ah, si Mira ni, lebam juga aku kerjakan nanti.

Aku melihat cikgu Ariel sudah memeluk tubuhnya. Aish, marah lah tu aku buat hal dalam kelasnya. Tunggu, ini bukan salah aku, ya?

“Are you serious?,” bisik Mira.

Aku mengangguk, lalu melabuhkan punggungku kembali ke kerusiku. Tudung sekolah ku elokkan.

“Wonderful!,”

Tegang.

“Apa yang wonderful nya?,” soalku geram. Budak ni salah beri adjektif ke atau salah makan hari ni?

“Kehidupan kau ni macam novel lah,”

“Mira, Lisa please take out your notes for my lesson. We will start the lesson soon,” beritahu cikgu Ariel tegas. Eleh, bukan salah aku pun!!

“He called my name first,” sorak Mira sebelum duduk ke arah tempatnya.

Aku kemudian mengalihkan pandangan ke arah Daniel Mikail yang baru menampakkan dirinya hari ni. Rasanya cikgu Ariel tak perasaan adiknya ini baru menyelinap masuk ke kelas.

Nakal.

Petang,

Aku hanya duduk di kerusiku. Memang lah lepas ni aku akan terus pulang ke rumah tapi ada orang tu suruh aku tunggu dia kat kelas ni. Siapa lagi kalau bukan,

“Hai, Malisa Syaakaira,” panggil Daniel dengan muka teriang dia.

“Ada apa kau suruh aku tunggu kau ni?,” soalku terus. Malas lah aku nak berbasi-basi.

Daniel mengubah muka dia menjadi serius. Woi, jangan lah buat muka macam tu, naik seram aku dibuatnya.

“Mira beritahu aku, pak cik Luqman nak kau kahwin dengan orang lain,”

Si Mira tu!! Pandai-pandai je dia buka cerita aku! Nanti kau! Aku mengeluh kuat sambil badanku ku sandarkan  ke kerusi.

“Ya,”

Kini Daniel pulak yang mengeluh, “Habis kau nak tak?,”

“Tentu lah tak,” jawapku lalu menundukkan kepalaku. “Aku tak faham lah dengan semua orang ni, aku tak istimewa sangat, apa yang mereka nampak kat aku sampai mereka nak kan aku,”

Daniel melabuhkan punggungnya di kerusi berdepanan dengan aku, “So macam mana sekarang?,”

Aku tak tahu!

“Tak tahu,”

Sunyi~

“Macam ni lah, kita tangguhkan dulu rancangan kita untuk buat mama-mama tak kahwinkan kita sebaliknya kita kena yakinkan kat papa kau tu yang kita ni setuju nak kahwin,” cadang Daniel. “Aku sanggup tolong,”

“Tapi kan, kalau orang tua tu tahu macam mana?,” soalku. “Nanti diheretnya aku ke masjid lalu nikahkannya aku, brrr.. Tak nak aku,”

“Jangan risau, kita akan terus berlakon juga sampai dia putus asa,”

Fikir~

“Fine,” kataku bersetuju. “But, don’t call him, my father cause he is not my father,”

Daniel menjongketkan bahunya, “Alright,”

Aku tertawa kecil melihat reaksi Daniel. Entah kenapa, aku teramatlah selesa berada di sisinya. Aku langsung tak rasa terancam. Tak macam dengan si Mira, buat telingaku sakit adalah.

Lama-lama aku tenung wajahnya ini, makin aku sedar yang dia tiada kecacatan langsung. Memang tak diragui dia lelaki terbaik aku pernah jumpa.

Kalau lah nanti, kalau lah, umur aku dah cukup matang untuk kahwin, dapatkah aku mencari lelaki sesempurna dia? Layak kah aku?

“Thanks, Daniel,” ucapku dalam tak sedar.

“You are always welcome,” balasnya lalu tersengih bodoh.

“So tell me, apa reason kau tak nak kahwin?,”

Daniel terus mengubah posisinya untuk membolehkan dia merenungku tepat. Aduh, ini yang janggalnya ni.

“Betul kau nak tahu?,”

Aku mengangguk, terus ku menelan air liur. Amboi budak ni, serius semacam je merenung aku.

“Sebab-,”

Tuk! Tuk! Tuk!

Aku menarik nafas menahan amarahku dari meletus saat ku memandang ke arah pintu kelas yang diketuk dengan jengkelnya.

“Apa korang berdua buat kat sini, kan dah habis waktu sekolah,” beritahu abang Ariel. Ya, ABANG sebab dah habis waktu sekolah kan?

Aku dengan selambanya menjulingkan mataku, eh kepala potato ni. Aku baru nak korek profil adiknya.

“Sorry, abang,” beritahu Daniel seperti main-main. Ehh, budak ni. Dengan muka tak bersalah dia, dia menarik lenganku.

Walaupun dalam keadaan macam ni, anehnya ianya langsung tak membuatkan aku marah langsung. Aku ni masih normal kan?

Projek Bantah KahwinTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon