Bab 56

10.9K 422 15
                                    

Esuk pagi,

Badanku ku regangkan. Aku masih ingat lagi tadi subuh Daniel membangungkan aku untuk solat. Bagai robot, aku mengikut arahan tanpa banyak songgeh walaupun sebenarnya aku belum di‘charged’ penuh.

Aku rasa ini lah kelemahan besar aku, aku boleh buat apa saja untuk tidur. Harap-harap tiada lah orang perasan, termasuk laki aku ni.

“Lisa,” sebut Daniel, masih terlena di sisiku.

Dia ni panggil aku atau apa ni?

“Cutey,” sebut Daniel lagi lalu tersengih.

Aku menghampirinya untuk melihat budak ni mengingau atau memang sahaja nak usik aku?

!!

Mata dia masih tutup lah. Aku mengeluarkan jari telunjukku lalu mencucuk lengannya. Ya Allah, lelaki ini. Masih tidur rupanya. Dia mimpikan aku ke?

Ceh, walaupun dia tengah tidur, muka dia memang masih kacak. Kalau aku, mahu pecah juga cermin aku tu.

“Oi, Niel. Bangun!,” kejutku tapi masih tak berganjak pulak si Daniel Mikail ni. “Psstt, bangun!,”

Usahaku berjaya membuatkan Daniel mengeliat, amboi. Sebelum ni, mudah saja dia membangunkan aku ya? Tak kira, aku kena balas dendam juga. Semalam tidur lenaku kau kacau. Well, memang tak salah sebab dia nak kejutkan aku untuk menunaikan sembahyang tapi.. Yup, ada ubi ada batas, kali ini aku balas.

Sekali lagi, lengan Daniel ku cucuk-cucuk. Aik, tak berkesan pulak. Patut tak aku gusti dia sekarang? Smack down! Hohoho. No, aku guna cara aku.

Tanganku pantas mengambil telefon pintarku,

Gangnam style..

Gangnam style..

Mana dia, oh, ini dia daaaaaaan pasang!

“Oppa gangnam style!!,” jerit telefon pintarku. Laju Daniel bangkit dari tidurnya.

Aku tertawa besar melihat eksperasi terkejut dia, matanya yang belum terbuka luas memandangku bagai ingin tahu kenapa aku buat macam tu.

“Morning,” kataku bangga dengan kerjaku.

“Lisa, kenapa kejutkan aku macam tu? Ingat lah Psy yang ada kat dalam bilik ni,” kata Daniel, suaranya masih dalam keadaan separuh sedar.

“Balasan,” kataku. Baru sahaja aku ingin menginjakkan kaki ke lantai bilikku, tiba-tiba aku diheret semula ke katil dan dengan bagusnya, berada di pelukan Daniel.

“Amboi, banyak cantik muka kau terpeluk-peluk pagi-pagi ni,” marahku, tak adalah. Pura-pura je.

“Jap lah, masih awal lagi,” rungut Daniel mengeratkan pelukannya. Siapa sangka pelukan Daniel boleh seselesa begini. Damai rasanya.

Aku hanya mampu mengeluh berat bila aku tiada harapan nak melawan kudrat laki ku ni. Kata orang hidup pengantin baru bahagia rasanya. Penipu! Terseksa adalah. Ok, tak lah sepenuhnya terseksa but still.

Patut ke aku pasang sekali lagi lagu tu?

“Jangan,” larang Daniel.

“Stop it,”

“Stop what?,”

“Berhenti baca fikiran orang ok? I need my privacy,” rungutku.

“I need my sleep, ini masanya aku dapat tidur dengan lenanya, kerana wanita yang aku impikan selama hampir 18 tahun lamanya, sah milikku dari sisi Islam,”

Aku terdiam, senyum panjang terukir di bibirku. Sampai kini, ya, aku masih tak faham dengan perangai Daniel Mikail sepenuhnya. Kejap dia cool, kejap dia jealous tahap melampau.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now