Bab 20

12.1K 486 14
                                    

Aku tidak mengendahkan langsung ekoran mata yang melirik-lirik melihat aku yang tengah mengheret budak mat saleh yang mengaku dia ni Zul.

Aku paling pantang lelaki bukan muhrim aku menyentuh-yentuh aku. Apa tah lagi, dia dengan sengajanya memeluk aku!

“Lisa, mengapa bawa Zul tempat jauh dari o-,”

“Diam!,” jeritku tapi tanganku masih belum berhenti menarik Zul dari pandangan pelajar lain. Zul terus diam. Zul = Luqman.

Lorong sekolah yang lebih dalam,

“Mengapa kau datang ke sini?,” bentakku. Tanganku ku genggam sekuatnya. Benci. Benci. Aku menahan diriku sepenuhnya dari mengeluarkan kata-kata kesat.

“Eh, masa tu Zul dah beritahu Lisa yang-,”

“Kotor,” bentakku. Zul terkejut, dia tak menyangka aku menuduhnya kotor. Ya, kotor! “Jangan kau panggil namaku dengan mulut tu,”

Sekarang depanku bukan lah Zul tapi, Luqman. Orang tua yang mengkhianati mama Umi. Orang tua yang pernah mencederakan mama Umi. Orang tua yang  bagiku telah mati.

“Arr, saya..,” Zul ingin berkata.

“Aku akan beritahu kau sekali, aku tak ingin kahwin dengan kau. Orang yang ada kaitan dengan Luqman,” ucapku laju tapi jelas. Matanya terbeliak. “I have Daniel lagipun,”

Zul terdiam, agaknya berfikir. Kelakuannya kat pandangan mataku bagai menunjukkan dia ni lelaki yang sangat friendly. Sampai orang yang baru dijumpai, dipeluknya macam tu aje. Atau dia ni penggatal?

Lelaki ini, aku sangka dia adalah jenis yang sombong, angkuh dan memandang rendah pada orang lain. Tapi, nampak gayanya aku salah. Tapi, dia ada kaitan dengan Luqman. Jadi, aku benci dia.

“Tapi, boleh tak kita kawan dulu?,” tawar Zul lalu tersenyum seperti kata-kata kasarku tiada kesan padanya. Eh, apa yang berlaku?

“Tak, aku tak mahu orang yang ada-,”

“Tahu,” kata Zul sambil tersenyum mekar.

“Habis?,” ya, habis?

“Saya tak ada kaitan dengan pak cik Luqman,”

“Ada, kau anak kepada kawan pak cik Luqman kau tu,” kataku dengan nada yang sengaja menunjukkan bahawa aku betul.

“Hmm, secara umumnya.. Pak cik Luqman hanyalah seorang rakan bisnes kepada Anwar, iaitu ayah saya dan di sini menunjukkan pak cik Luqman dan Anwar tidak mungkin menjadi ‘ada kaitan’ hanya kerana satu ikatan kontrak kerja,”

Aku cuba menangkap apa sebenarnya dia cakapkan ini? Kedengaran sungguh lah amat berbelit. Dia ni ada ilmu pschology ke apa?

“Tapi ianya berbeza dengan keadaan saya, saya memang ada kaitan dengan Anwar kerana saya adalah anak kepada Anwar ada atau tiada kontrak bisnes dan itu memang ada kaitan,”

Sah, dia bukan berbahasa melayu. Pening aku dibuatnya.

“Dalam situasi apa pun, kau, Zul memang ada kaitan dengan si Anwar tu yang which clearly ada kaitan dengan si Luqman,” jelasku, lebih kepada menjelaskan diri sendiri. Kan?

“Well again pak cik Luqman hanyalah seorang rakan-,”

“Just stop, tell me one good reason kenapa aku perlu berkawan dengan orang yang ada kaitan dengan Luqman?,” cabarku.

“Kan dah kata, pak cik Luqman-,”

“10 seconds, start now,”

“Aa...,”

Projek Bantah KahwinHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin