Bab 48

10.7K 384 21
                                    

Hospital,

Aku yang masih beku, hanya mampu memandang lampu merah yang menyala di depan bilik pembedahan. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir laju. Daniel..

Daniel...

Daniel..

Namanya ku sebut-sebut berulang kali, ya Allah. Aku rasa bersalah ya Allah. Kalau lah aku tak cuai, kalau lah aku tak marah, kalau lah aku tak lari.. Daniel mesti-

“Lisa! Lisa!,” panggil mama Mila yang tercungap-cungap.mendapatiku. “Daniel.. Daniel mana?,”

Aku hanya mampu menunjuk ke arah bilik pembedahan. Kata-kataku tersangkut di kerongkong.

“Ya Allah, apa dah jadi sebenarnya ni?,” kata mama Mila seakan meratapi semua ini. Papa Mikail segera menyambut mama Mila yang semakin merebah.

“Lisa,” panggil Mira lalu segera memelukku. “What happen?,”

Aku tak mampu berkata-kata sekali lagi, akhirnya tangisan dan esakkanku yang menjadi jawapan mereka.

Dua minggu kemudian,

Sejambang bunga ros hijau berada di pelukanku. Niatku hanya satu, aku ingin menyampaikan bunga ini kepada kekasih hatiku. Daniel Mikail.

“Daniel,” kataku bila sahaja pintu wad persendirian ku buka dengan lebarnya. Menampakkan pesakit yang terlantar dan bergantung pada bantuan pernafasan. Ya, dia lah Daniel. “Now, bangun! Aku bawa bunga, jangan tanya aku kenapa aku bawa,”

Sekali lagi, hanya mesin nadi jantung yang menjawap teguranku.

“Sampai bila nak tidur ni, dah dua minggu, Niel!,” kataku. Nada suaraku semakin serak. Aku cuba untuk tak menangis. “Kalau kau tak bangun, aku akan cari orang lain, mungkin Zul, mungkin Senior Muiz, mungkin pembersih bangunan sekolah,”

Aku mengeluh, dah dua minggu dia masih berada dalam keadaan koma tapi aku tak akan mudah berputus asa. Aku yakin, suatu hari nanti dia akan kembali juga pada kami.

“Malisa?,” tegur Haquan di ambang pintu. “Daniel masih tak sedar ke?,”

“Ya,” jawabku sambil meletakkan bunga-bungaan yang ku beli tadi di jar berisi air sebagai hiasan Daniel. Aku terdengar keluhan Haquan di hujung katil. Dia nampak normal hari ni. Kan bagus, kalau dia macam ni. Cuma rambutnya masih panjang.

“Hmm, ini dah kali ke dua,”

“Apanya?,”

“Dia selamatkan kau,”

“What?,”

“Tak ingat? Kan dulu sebelum keluarganya pindah ke Belait, Daniel ditimpa kemalangan juga. Waktu menyelamatkan kau,” beritahu Haquan mengerutkan dahinya.

“Sebelum ke Belait? But he was six and younger!,” kataku semakin rasa bersalah.

Haquan tersenyum, “Cinta tak mengenal umur Lisa, I remember waktu mula-mula kami berkenalan, he talks a lot pasal kau, Lisa ni, Lisa tu, dari sekolah tadika sampai sekolah menengah!,”

Begitu suka ke Daniel kat aku?

“And I remember waktu dia main silat kat sekolah menengah dulu, dia cedera parah. Bahu dia dislocate tapi tak lah sampai terkeluar macam tu,” gurau Haquan, hanya membuatkan aku tersenyum hambar. “I think itu impak dari kemalangan pertama dia,”

Mataku menitis juga, setelah sekian lamaku tahan.

“Malisa, aku cerita ni bukan nak buat kau sedih. Aku cuma nak bukakan mata kau untuk melihat yang selama ini Daniel memang cinta mati kat kau,” beritahu Haquan betul-betul berdiri depanku. “Dia rela gadaikan nyawa dia sendiri demi melindungi kau,”

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now