Bab 27

11.2K 479 27
                                    

“Goda dia secara Islam,” beritahuku ringkas.

“Hah?,”

Aku mengeluh sebelum menyandarkan diriku ke dinding, “Goda dia dengan memperlihatkan sifat-sifat kewanitaan kau, goda dia dengan memperlihatkan kau memang isteri dia, bukan macam perempuan simpanan,”

Mira menggaru kepalanya, “Aku tak faham lah, Lisa. Selama ni, bukan aku dah tonjolkan sifat kewanitaan aku ke?,”

“Ah, tertiarap atas lantai, sentuh-sentuh jari macam tu wanita lah?,”

Mira tergelak menutup malu, “Jadi macam mana nak goda dia secara Islam?,”

“Pertama, kau dah berdoa minta tolong dari Allah?,”

“Arr, dah,”

“Bagus. Kedua, mama Umi pernah kata kalau nak pikat lelaki, pikat dia dengan perut,” beritahuku bangga, kerana masih ingat ajaran mama Umi sepuluh tahun yang lalu.

“Oh ya! Selama ni perut je aku belum tunjukkan kat dia,”

Hah?

“Lisa, temankan aku beli bikini nanti petang,”

Dengan kuatnya aku memukul kepala Mira, sampai dia hairan tahap tak terkata apa-apa lagi. Dia melihat aku. Mulutnya terngaga besar.

“Kenapa kau pukul aku?,” soal Mira sedikit menjerit sambil memegang kepalanya. “Kalau terjatuh nanti kepala aku ni, macam mana?,”

“Bukan literally perut lah!,” kataku tercungap-cungap. “Kau ni ke situ juga yang kau pergi ya?,”

“Daa, dia suami aku. Selain tu, apa aku boleh buat nak pikat dia?,”

Aku mengeluh, “Kau pernah tak cuba pikat dia dengan mengambil alih penjagaan makan hidup dia?,”

Mira terdiam, berfikir mungkin.

“Kau pernah tak, masak untuk dia?,” soalku lagi.

Aku lihat mata Mira sudah bersinar-sinar. Sinar harapan nampak gayanya. Aku tersenyum, melihat dia dalan posisi berfikir. Seminit selepas tu, dia melihat aku.

“Lisa, kau tolong aku!,”

Rumah mama Mila,

Dan aku juga akhirnya yang terperangkap kat sini. Aku hanya mampu mengeluh lagi dan lagi bila melihat barang-barang yang dibeli Mira untuk masakan malam ni.

“Betul ke Mira nak masak hari ni?,” soal mama Mila, agak risau melihat Mira yang sudah membara dengan semangat dia.

“Betul, mama berehat je malam ni, ok?,” suruh Mira tersengih bangga.

“Hati-hati ya?,” nasihat mama Mila sebelum meninggalkan kami. Aku memandang ke arah pintu dapur bila aku rasa ada kelibat asing di dapur.

Daniel hanya menyandarkan dirinya ke dinding, dia seakan memerhatikan seseorang. Aku melihat sekeliling, eh. Aku ke?

Dub.. Dub..

Apa tu?

Dub.. Dub..

Serius, ini tak lucu. Apa tu??

“Mira, esuk kau kena betul-betul temankan aku!,” beritahuku, separuh berbisik. “Ke hospital,”

Mira mengeluh selepas melihat aku bagai nak mencekik aku, “Fine, kalau itu nak puaskan hati kau,”

Aku tersenyum, sebelum melirik ke arah pintu dapur. Fuh, dia dah tak ada. Tapi, dalam- dalam hati aku, aku berharap dia masih di sana. Eh, kenapa pulak??

Selesai,

Mira mengesat-esat air matanya, sambil melihat masakannya sendiri. Aku pun.macam nak menagis dibuatnya. Bayangkan, perbelanjaan yang hampir berjumlah $200 habis digunakan ke atas masakan macam ni.

Masakan yang tak serupa makanan langsung. Ini yang si Mira panggil western food? Apa dia panggil? Cabonara? Huh, macam carbon merana je.

“Oh, apa tu?,” soal mama Mila. Aku rasa mama Mila berpura kagum melihat masakan Mira.

“Sorry, mama. Mira gagal untuk memasak seperti yang diharapkan,” ucap Mira sambil mengesat-esat air matanya.

“Tak apa, Mira. Nanti mama ajar Mira ya?,” pujuk mama Mila, membuatkan Mira tersenyum. Mira terangguk-angguk. Macam budak kecil.

“Mama, mama dah masak-,” abang Ariel yang baru masuk ke dapur terhenti bila melihat kami berdua yang tercegat di depan masakan Mira. “Apa yang korang buat ni?,”

“Ah, Mira cuba nak masak untuk makan malam tapi-,” mama Mila tak sanggup meneruskan percakapannya bila melihat Mira yang sudah bermuka merah.

“Boleh tak Ariel makan dulu?,” soal abang Ariel lalu menyendok masakan Mira dari mangkuk besar ke pinggan. Lalu mendudukkan diri di salah satu tempat di meja makan. Ugh!

“Ah, tapi-,”

Sebelum sempat Mira menghalang, abang Ariel sudah menyuapkan masakan Mira ke mulutnya. Kami menunggu respon abang Ariel. Tapi rasanya abang Ariel buat tak de ja.

“Tu lah kamu Riel, lain kali jangan nak skip breakfast,” usik mama Mila. Aku lihat Mira seperti terpegun melihat suaminya makan. Sedap ke?

“Se..se..sedap ke?,” tanya Mira tergagap. Abang Ariel tak memberi respon langsung. Huh, macam angin betul lah.

Lima minit kemudian, pinggan yang tadi penuh dengan masakan yang gagal. Bersih dimakan oleh abang Ariel. Lepas sahaja abang Ariel mencuci tangan dia meninggalkan kami berdua di dapur.

Aku memandang Mira dan Mira juga memandang aku, aku rasa dia juga memikirkan hal yang sama. Kami pun sama-sama mengambil masakan Mira yang masih tertinggal.

Suap!

Lima minit kemudian,

Aku terbaring lesu di salah satu sofa di ruang tamu mama Mila. Aku rasa nak muntah lagi. Aku tak kisah dengan keadaan aku yang tak senonoh terbaring di sofa. Tapi sungguh, aku tak berdaya.

Ya Allah, teruk sangat masakan si Mira ni. Aku lihat Mira juga terbaring lesu di sofa seperti aku. Geramnya.

“Kau-,” marahku tapi aku tak berdaya langsung. “Kau jangan mengada-ada nak masak lagi!,”

“Ah, yang kau makan juga tu kenapa?,” balas Mira yang tak berdaya untuk melihat ke arahku.

“Tapi, masakan kau tu teruk melampau, kalau kau bagi tentera musuh makan, tentu sekali kita akan menang,” kataku lalu terasa mual-mual lagi. Aaaaa...

“Setuju,” senyum Mira lalu memandang aku. “Tapi, aku gembira,”

“Hah? ”

“Ariel sanggup makan sampai habis,” kata Mira tersenyum lebih lebar. Matanya juga mengalirkan air mata. Aku tersenyum, sakit-sakit lagi masih gembira.

“Kamu masih tak sihat lagi?,” soal mama Mila melihat kami berdua. Tangannya membawa kotak ubat-ubatan. “Risau mama dibuatnya,”

“Maaf,”

“Hmm, ye lah,” balas mama Mila lalu mengusap kepala Mira. “Kamu Lisa, nak tak bermalam kat sini?,”

Aku gagahkan diri untuk bangkit dari baringanku, “Tak perlu lah ma, sebab nanti mama Umi keseorangan di rum-,”

Tiba-tiba rasa mual tu datang lagi, aku berlari laju menuju ke arah tandas berhampiran. Di tandas, selepas aku membuang isi perutku, aku langsung tak ada tenaga. Hampir-hampir aku terduduk di tandas.

Aku tekad mulai sekarang, aku tak akan sesekali makan lagi masakan Mira!!

Projek Bantah KahwinHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin