BAB 31

9.9K 180 40
                                    

"KHALISH!!!"

Bergema jeritanku. Aku bangkit dari pembaringan. Air mata ku mengalir laju. Peluh membasahi badan. Wajah kuraup. Nafasku turun naik. Telapak tanganku bergegar. Ya Allah, apa maksudnya? Aku jadi tak keruan.

"Ya Allah, aku mimpi" aku melekapkan tangan di atas dahi. Peluh kulap sedikit. Jam kujeling. Patutlah. Hampir Maghrib. Nafas kutarik.

Setiap apa yang berlaku, aku ingat. Seolah-olah benar terjadi. Khalish ting...Argh! Tak mahu sebut. Aku tak izinkan itu berlaku. Telefon bimbit kusambar. Aku menelefon seseorang. Bersambung. Cepatlah angkat. Aku menanti sehingga panggilanku disambut.

"Awak kat mana? Awak boleh balik hotel cepat tak? Awak ja..."

"Saya nak sampai hotel dah ni. Kenapa awak gelabah sangat ni? Ada apa-apa ke?"

Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah.  Entah kenapa air mata mengalir laju. Suara dia. Ya Allah, andainya suara itu tidak lagi di dengari. Pasti aku ibarat layang-layang yang putus.

"Tak, tak ada apa-apa. Saya okey"balasku. Jelas suaranya tadi kerisauan.

"Kejap lagi saya datang"

Aku mengangguk kepala. Talian kuputuskan. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, seratus peratus bertentangan dengan mimpiku. Andainya itu berlaku, aku pasti hanyut.

Aku bangun dari duduk. Badanku basah berpeluh. Tuala ku sambar. Hatiku masih lagi seperti ribut.

USAI aku menunaikan solat fardhu, aku berdiri di balkoni. Angin menyapa pipi. Ya Allah semoga hubungan kami berkekalan. Engkau rahmatilah perkahwinan ini. Hindarilah kami dari orang-orang yang berdengki.

Air mataku degil mahu mengalir. Kenapa aku cengeng begini . Hati ku masih bimbang itu berlaku. Tak lama itu, bunyi pintu dibuka dari luar.

"Ainin? Ainin?!" Panggilnya. Air mata kulap segera lalu aku masuk ke dalam.

"Awak dah balik?" Tanyaku. Tiba-tiba tubuhku dipeluknya dengan erat. Aku kaku.

"Ya Allah, mahu tercabut jantung saya tadi. Suara awak yang baru lepas nangis. apa yang berlaku?" Peluknya erat seperti tak mahu melepaskan. Pelukkannya kubalas. Air mataku keluar lagi. Andainya itu berlaku, berpeluang kah aku?

"Saya okeylah. itu suara saya bangun tidur bukan lepas nangis" bohongku. Pelukkannya menenangkan hatiku yang Seolah-olah berantakan.

"Jangan tipu saya. Saya tahu suara awak macam mana. Kenapa?"

Aku tersenyum nipis. Macam tahu saja dia. Aku biarkan soalannya tanpa jawapan. Bajunya basah di bahagian dada. kami senyap. Tangisanku juga kian reda. Lama kami begitu. Lama-kelamaan suasana menjadi kekok. Entah kenapa malu rasanya.

"Awak dah okey?"tanyanya. Aku hanya mengangguk kepala. Ya Allah, kenapa aku malu ni? Membahang muka seperti dibakar. Tak pernah aku peluk dia erat begini. Okey, pernah tapi itu terpeluk.

"Ainin.."panggilnya. Terasa getarnya dihati.

"Hemmm..." aku masih lagi dalam posisi yang sama.

"Boleh tak awak lepaskan kejap?. Saya nak mandi. Saya belum solat lagi" laju tanganku melepaskan pelukan. Ya Allah, malunya. Nampak sangat aku suka dia peluk. Aku berdehem sedikit. Jelas kesan air mataku di bajunya.

"Sorry. Awak pergilah mandi. Karang terlepas solat" Agak kekok suaraku mahu keluar dari peti suara. Perasan matanya menikamku. Pipi merona merah seperti dibakar.

"Ehem..pergilah" aku seolah-olah menghalau. Malu aku ditenung begitu. Ketawa kecilnya kedengaran.

"Okey. Lepas ni kita makan luar"

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now