Bab 22

11.3K 252 13
                                    

SEMINGGU sudah berlalu. Aku berada di zon selamat. Encik Darius lenyap selepas apa yang berlaku. Aku memanjatkan rasa syukur.Umi juga tak risau pasal aku ketika balik dari singapura dua hari lepas. Maknanya khalish menghormati permintaanku tempoh hari.

Sampai sekarang aku tak dengar berita Encik Darius. Projek Seria tu pun isteri pertama dia yang uruskan sekarang. Itupun aku tahu dari Eriq lah sebab aku serahkan semula projek tu kat dia balik. Dia tanya juga kenapa. Aku bagi alasan demi alasan untuk menutup mulut. Safura juga tak kurang bertanya. Cepat-cepat aku cakap aku nak bagi peluang kat orang lain untuk handle projek besar. Bukan nak riak tapi sebagai persediaan. Manalah tahu aku ni berhenti kerja. Hehe.

Aku melihat kalendar. Tak lama lagi hari lahir Amar. Setiap tahun aku dan Safura sambut hari lahirnya tapi sejak aku tolak pinangan dia. Amar makin menjauh. Tahun lepas dia pergi ke Johor kononnya ada kursus. Padahal dia nak mengelak dari bertembung dengan aku. Sudahnya aku sambut dengan aplikasi whatsapp. Wish dia melalui aplikasi itu tapi satu pun dia tak reply. Selepas beberapa bulan, baru dia nak berjumpa dengan aku tapi tak semesra dahulu. Kami bertiga amat rapat sejak belajar lagi tapi Amar ambil bidang yang lain dengan aku dan Safura namun tak mengekangkan hubungan kami.

Aku membuka laci meja kerjaku. Kotak warna ungu kucapai. Bungkusan dari Khalish yang dihantar oleh Evelgiline tadi sewaktu lunch. Penghantaran istimewah pula tu. Apa agaknya isi dalam ini? Waktu pejabat sudah hampir tamat. Safura pula sekarang ada kat site dengan Eriq. Kerja aku pun dah nak siap. Kalau dalam ini ada serangga taklah aku baling kat Safura ataupun potong mood aku berkerja.

Perlahan-lahan aku membuka kotak warna ungu itu. Woww...terlopong mulutku. Aku mengangkat perlahan isi dalam kotak itu. Aku mimpi ke ni? Cubit pipi sikit. Sakit. Aku tak mimpilah.

Iphone6 plus warna emas itu ku belek. Sebiji dengan gadjet orang yang bagi. Tapi kenapa dia bagi aku benda mahal ni? Dia bagi free ke? Tak bayar balik? Mamat tu bukan boleh dijangka. Baiknya ada makna. Karang disuruhnya aku mandikan Oteo. Habis kena cakar. Takpun mandikan 'kuda jadian' dia tu. Mamat tu kan cerewet. Banyak-banyak car wash di bandar ini, aku juga yang mandikan 'kuda jadian' dia tu.

Seminggu samsung note3 ku berkecai maka seminggu jugalah aku hidup tanpa gadjet. Bukan tak ada duit nak beli baru cuma aku tak dapat nak curi masa. Kalau beli gadjet ni aku memang cerewet sangat. Nak cari yang betul berkenan. Nasib baik aku sudah memaklumkan dengan Umi. Kalau tidak, memang risau sangat umi kat rumah tu.

Gadjet aku yang hancur itu sudah menjadi penghuni dalam kotak kenangan aku. Sedih kalau tengok balik. Nasib baik simkad aku aktif dan memori kad tak blank. Banyak gambar-gambar kenangan aku dalam memori kad itu. Nombor-nombor klien juga banyak dalam simkad itu.

Bersemangat aku menekan butang on.  Nak tergelak aku dengan wallpaper yang diset. Gambar beruk senyum sakan siap nampak gigi. Alahai. Lawaknya mamat tak reti senyum ini.

SENYUMAN tak lekang menghiasi bibir. Gembira dapat gadjet baru. Haha.

Aku memarkir kereta di dalam garaj. Kereta khalish sudah tersandai sudah situ.  Dia dah balik. Girang aku keluar dari perut kereta. Nak ucap terima kasih.

Dokumen dibahagian kerusi belakang kucapai lalu mengatur langkah menuju ke bilik kasut.

"Assalamualaikum" suaraku memberi salam. Ruang tamu ku tinjau sekejap. Tak ada orang. Kat atas kut. Laju kakiku meniti tangga. Pintu bilik khalish terbuka sedikit. Aku menapak menghampiri pintu biliknya.

Sejuk mata memandang. Khalish sedang menunaikan solat. Jiwa perempuanku tersentuh. Ya Allah. Jika aku adalah tulang rusuknya. Sempurnakalah ia menjadi satu.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now