Bab 21

11.2K 265 10
                                    

SENYAP. selepas kejadian aku menari tak ingat dunia semalam. Aku senyap malahan kalau boleh aku menyorok bawah katil. Kalau waktu makan pun, aku senyap. Tak berani nak angkat kepala tengok dia. Dia pula macam selamba tak ada apa-apa yang berlaku. Aku pula malu menebal naik dua inci!

Aku menyemak buat kali kedua pelan Resort Seria. Kali ini lagi tak memuaskan hati hempedu dia. Memang aku pass bulat-bulat bagi Eriq balik. Tapi aku pelik juga tau sekarang dengan Encik Darius tu. Banyak kali dia buat panggilan hanya semata-mata nak tanya aku dah makan ke belum? Sihat ke tidak? Khalish yang dah sah suami aku pun tak over macam tu caringnya.

Kadang kala menegak dua inci juga bulu roma aku ni. Bukan aku tak tahu Encik Darius punya dua 'cawangan'. Bak lagu P.Ramlee.

kalau isteri tua merajuk.
Balik ke rumah isteri muda.
Kalau dua-dua merajuk.
Ana kahwin tiga.

Grrr..seram ante tau tak?!. Isteri tiga? Memang nak kena sulah oleh Abah lah Encik Darius tu. Dah trang ting tong dia tahu aku ni isteri orang tapi ada hati juga nak menggatal. Eh! Menggatal? Lebih kurang begitulah.

Aku tersenyum puas. Nampaknya hasil seni aku dah memuaskan hati aku. Tak tahulah pula hati Encik Darius. Tuan punya tanah tu kan cerewet yang amat sangat sampai tak terkata. Kalau dia tak suka. Memang aku buat sup lepas tu bagi dia makan.

Perlahan-lahan aku menggulung kertas pelan. Nampaknya aku boleh tidur lena malam ini. Jam lonceng menunjukkan jam sepuluh malam. Aku mengatur langkah keluar dari bilik. Minum air kosong sebelum tidur itu rutin tiap kali aku masuk tidur. Nak badan sihat kenalah rajin minum air kosong.

Sempat lagi aku menjeling bilik orang sebelah. Lampu bilik masih menyala.

" tak tidur lagi ke?" Gumamku sendiri. Aku masuk bilik balik. Tuala kusambar lalu menutup rambut. Manalah tahu mamat tu main chak chak lagi. Bukan boleh dijangka si khalish tu.

Aku melangkah semula menapak turun ke bawah. Ruang tamu gelap namun televisyen masih menyala. Kelihatan susuk tubuh seseorang sedang menonton televisyen. Erk? Mamat tu ada kat mana sebenarnya? Kat atas ke kat bawah tengah tengok televisyen?

Aku menggaru belakang kepala. Kalau mamat tu kat atas? Siapa yang tengah tengok televisyen? Hantu? Pencuri? Tapi takkan pencuri sempat lagi tengok televisyen. Tahulah rancangan bola sepak.  Kalau betul? Macam mana?

Grrr...tegak sembilan puluh darjah bulu romaku. Kalau hantu pula macam mana? Makin menegak lagi bulu roma. Rambut pun agaknya dah macam Afro zaman Alleycat.

Aku berselawat banyak kali dalam hati. Aku menutup mata lalu menarik nafas. Mata kubuka.

Ya Allah! Mana jelmaan tu? Hilang dari pandangan. Tadi duduk atas sofa membelakangi aku. Sekarang dah hilang. Makin bergegar kepala lutut. Aku menapak menuju dapur. Langkah ku amat perlahan. Jantung pun dah dup dap dup dap dari tadi.

Dalam hati tak berhenti membaca ayat suci. Peluh renik keluar didahi kuseka. Kalau ikutkan hati aku ni. Nak berlari naik masuk bilik. Tapi ikutkan kaki ini. Rasa nak terus perjalanan pergi. Mana satu ni?

Teruskan menapak menuju ke dapur. Tekakku memerlukan air untuk hilangkan dahaga. Baru saja aku sampai di ruang dapur. Susuk tubuh seseorang sedang membuat sesuatu dimeja dapur. Suasana gelap menyukarkan aku melihatnya dengan lebih jelas.

Aku pegun. Jelmaan itu tidak menyedari kehadiranku dibelakangnya. Relaks Ainin. Tarik nafas. Hembus nafas. Baca selawat dan ayat kursi banyak kali. Aku menutup mata sekejap. Tarik nafas. Jarakku dengan jelmaan itu lebih kurang lima tapak kaki. Tak ukur betul ya. Itu agak aku saja.

Mata kubuka. Terbeliak biji mata tatkala membuka mata. Jelmaan itu betul-betul berdiri didepanku sambil memegang sudu. Berketar-ketar kaki memijak lantai. Lutut pun macam dah cair.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now