Bab3

11.5K 225 7
                                    

Dua hari lagi majlis pertunangan aku dengan mamat tu. Semua urusan sudah pun selesai. Hanya kenduri kecil sahaja yang diadakan. Dua- dua pihak setuju.

Aku melihat barangan hantaran yang terletak di tepi dinding. Alhamdulillah semua dah siap di gubah. Itu pun dengan pertolongan mama. Mamat tu nak tolong? Kirim salam saja lah. Sibuk tak ingat dunia . Peristiwa semalam buat ku geli hati. Umi terkejut  beruk bila tengok bilik aku dah siap gubah hantaran. Padahal umi dengan mama yang beria-ria nak buat.

Kedengaran bunyi bip! Tanda mesej masuk. Amar!. Ah apa lagi doktor ni nak?

Assalamualaikum ain. Sorry gnggu. Am cma nak jmpa Ain. Bleh?

Aku dengan malas membalas. Nasib baik hari ni hari sabtu tau. Aku tengah boring gaban.

Waalaikumsalam. Ok.

Lima minit kemudian kedengaran bunyi bip! lagi.

Am tnggu kat tmn anggerik. Jam 2.

Aku malas membalas. Apa lagi mamat ni tak puas hati kat aku. Jam di telefon ku lihat. Jam sebelas. Lambat lagi. Aku segera turun ke dapur.

Baru saja kaki ku menjejak lantai tingkat bawah kelihatan Abah sedang berbincang dengan seseorang di ruang tamu. Dengan siapa? Aku tak nampak.

Kelihatan umi sedang menatang air mahu menuju ke ruang tamu.
" umi. Siapa yang datang?" Soal ku kepada umi.

" oh! Cikgu Hazriq datang." Menyirap darahku bila dengar nama cikgu muda. Cikgu Hazriq. Ah! guru di sekolah abah yang pernah ku minati dulu. Tapi sayang, dia dah tunang dengan Kak isma. Seniorku di UTM.
Aku hanya mengangguk kepala.

Siapa yang tak jatuh cinta dengan dengan cikgu sejarah itu?. Pakej lelaki melayu sejati pula tu. Banyak mak datin nak lekat kat dia. Aku naik semula memakai tudung. Nak kena lempang dengan Abah. Cuba lah keluar.

Aku menghampiri umi di dapur. Kelihatan umi memotong kek lapis. Rajin pula umi nak buat kek.

" hah! Ainin. Hantar kek ni kat luar" Glup! Aku hantar kat luar? Berani ke aku nak bertentang mata dengan cikgu tu? Aku melihat piring yang berisi kek itu.

" hah! Tercegat apa lagi?" Sergah umi. Aku hanya menurut. Okey Ainin. Sejarah lama biar berlalu. Mari buka sejarah baru.

Aku meletakkan piring berisi kek lapis itu di meja. Aku perasan anak mata cikgu muda itu memerhati ku.

" Lama tak nampak Ainin" tegur cikgu Hazriq. Aku hanya tersengih. Sengih? Bodohkan respon aku?

" Ainin ni tak lama lagi nak jadi tunang orang. In sha Allah ada rezeki terima menantu lah kami ni" tu dia. Abah dah mula. Aku yang tunang abah yang gembira. Aku? Sikit pun tak. Mana taknya. Aku nak bantah Abah dah ' plaster' mulut aku.

Aku melihat respon cikgu Hazriq. Serius aku tak faham. Riak muka nya berubah. Kenapa? Atau aku terlebih perasan?.

Aku memandu kereta Gen2 ku menuju ke taman anggerik. Kenapa mamat ni nak jumpa aku ek? 

Usai meletak kereta. Aku mencari Amar. Kelihatan dia sedang menungguku. Mamat ni pun satu.  Nak jumpa aku pun kat taman. Tak ada tempat lain ke?.

Kelihatan Amar dari jauh sedang memegang sejambak bunga. Aku menghampirinya.

" Lama tunggu?" Sapa ku. Dia memusing ke arah ku. Dia tersenyum.

" tak juga. Am pun baru sampai" jawab nya. Aku tahu dia menipu. Kelihatan baju kemeja basah kerana peluh. Jam tangan ku lihat. Jam dua tiga puluh minit. Ya Allah.

" nah!" Amar memberiku sejambak ros merah kulihat tadi. Ros merah? Kenapa mamat ni tak berhenti nak berharap?! Aku ragu-ragu menyambut.

" thanks" ucap ku. Siapa yang tak tahu apa erti ros merah ini. Alahai. Amar. Sudah- sudahlah.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now