Bab 16

10.6K 208 4
                                    

" BUKAN aku tak nak tapi suami aku tu dah turunkan 'titah' suruh aku datang office dia" aku memujuk Safura. Muka sedih terpancar jelas dimataku apabila melihatnya sekarang.

" Alah...Ares. Kau bagitau lah si Khal tu yang kau temankan aku" Safura memaksa. Lenganku digoncang-goncang. Pen dijari kuletak di atas meja. Naik pening kepala aku sekarang ini. Akibat terlampau banyak minum air nescaffe kut.

" boleh lah" mimik muka Safura berubah. Aku menarik nafas panjang. Nak juga pakai bahasa minions nak bagi minah ini faham. Ufallah ufallah. Maksudnya pun aku tak tahu.

" Fura. Aku tak boleh. Manalah tau hal penting. Yalah aku ni baru kahwin dengan dia tu. Nak-nak lagi bos besar.  Manalaj tahu dia nak bawak aku jumpa klien dia ke. Nak kenal ke? Mana kita tahu" aku masih lagi dalam proses memujuk. Safura makin memanjangkan muncung. Lenganku yang dipegang dilepaskan.

" eleh! Tau lah laki kau tu bos. Jumpa klien konon. Entah-entah ke lain. Nak dating je kerja bila dah kahwin"

Aku tersengih dengar jawapan Safura. Rasa nak ketawa pun ada juga. Ke lain? Boleh blah! Aku nak dating dengan mamat kerek aka prince no smile tu? Hemm..agaknya mereng otak aku ni.

" tersengih tu sukalah kan berkepit 24/7 dengan si khal tu"

"Memang taklah" jumpaku tanpa selindung. Bibir kuketap. Cabul punya mulut. Riak wajah Safura berubah.

" maksud aku. Memang sukalah. Siapa tak suka berkepit dengan suami 24/7"  aku menutup kesalahanku segera.

" ceh!" Safura mencebik. Aku melepaskan nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Hati-hati Ainin! Take note tu dalan kepala.

" yalah! Tapi lain kali kau temankan aku" Akhirnya Safura mengalah.

" tak jadi masalah. Nanti aku temankan kau pergi site eh!" Jawabku. Aku membetul cara aku duduk. Bukan mencangkung tapi menegak. Bodohlah siapa duduk mencangkung dekat kerusi empuk macam ni. Badanku tegakkan.

" sukalah tu" ejek safura. Aku melemparkan senyuman. Itu diluar yang kau nampak Safura. Tapi dalaman ni. Nak menangis sampai buta macam kassim selamat cuma bezanya aku tak cucuk mata pakai garfu.

INILAH akibatnya masa kecil dulu umi bagi kismis aku tak makan tapi makan semut pula. Bungkusan hadiah pelbagai bentuk dari teman sekerja ku angkut masuk ke dalam kereta. Bungkusan yang terakhir kupeluk erat. Bungkusan paling besar dari bos besar. Jawatan besar jadi hadiah dari dia pun besar. Entah apa harta dalam kotak ini. Langkah kuatur lalu berhenti didepan pintu lif.

Tak lama kemudian. Pintu Lif terbuka. Berpusu-pusu penumpangnya keluar dari perut lif. Sesudah itu. Aku mengatur langkah masuk ke dalam lif. Hanya aku seorang diri sahaja. Maklumlah belum waktu lunch lagi.

Punat huruf G kutekan lalu menyandarkan badan sambil menutup mata. Nak semput aku dibuatnya. Nak minta tolong dengann Safura tapi dia dah jalan pergi site dengan Dewi. Terpaksalah aku mengeluarkan otot kering mengangkut semuanya masuk dalam kereta.

Lif berhenti. Aku membuka mata. Tingkat lima masih. Pintu lif terbuka. Derapan kasut kedengaran. Aku membuang pandangan kearah pintu lif menanti siapa yang bakal masuk.

" Ainin!"

"Hazriq!" Nama itu terbit dibibirku.

" apa awak buat di sini?" Soalku. Dia menapak masuk ke dalam lif.

" naik lif and then turun ke bawah" jawapan Hazriq mengeluarkan tawa kecilku. Alahai...cikgu muda ni nak melawak pula.

" Lawaknya..nak saya ketawa?"

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now